Thursday, December 29, 2011

belum last entry lagi

agak byk masa senggang sekarang ni so i guess i will be typing away a lot for the next week or two.
tadi ada nak mencari catatan2 lama dari blog lama. baca2 balik blog lama sambil mencari maklumat yg dikehendaki, aku rasa, positive n happy je tulisan aku dulu. rasa macam anything is possible, the world is a happy place.

tapi bila tengok penulisan sekarang, masyaAllah... dahsyat nye. dah masuk dunia kerja ni baru rasa macam, this is a cruel world. ketidak adilan berlaku dimana2. haritu punya post kata hari2 do'a supaya Allah jauhkan aku dari manusia yg suka menzalimi manusia lain. tapi aku rasa selagi tak berakhirnye kerjaya aku kat tempat sekarang ni, selagi tu la akan bergelumang dgn manusia2 sebegini. organisasi lain macamana ye? semua tempat kerja ada ke manusia2 mcm ni? apa lah yg puas hati sgt dapat menjatuhkan orang lain tu? ni sek2 yg takde life lain selain dari kerja. makan kerja tido kerja minum kerja? dtg opis seawal 7 pagi balik selewat 7-8 malam kemudian buang masa kau memonitor colleague sendiri? how pathetic. aku kategorikan orang mcm ni sebagai tiada life outside this organization. tu yg sanggup bermati2an nak menjatuhkan karier orang supaya karier ko naik mencanak2 sudahnya menjadi org atasan kat opis? aduh. my advice, find a guy, or a girl, make a baby then i think u will go easy on kecoh2 kenapa colleague kau takde kat tpt duduk dia waktu dia dah habis mengajar.

besok sambung lagi. bye.

Wednesday, December 28, 2011

last entry of 2011, kot

Menulis dikala office kosong semua org bercuti akhir tahun. kenapa aku tak bercuti? byk sebab.. satu tentulah sbb cuti dah habiss.. tinggal 0.5 day to be exact. pastu ada 3 keje perlu disetel sebelum hujung minggu depan. pastu bos baru n lama mcm bangsat main tuduh2 aku cuti suka2 hati tanpa apply annual leave padahal hari2 terkejar2 bangun awal nak gi kelas 8.30pagi. dasar org takde agama. islam ke buddha ke hindu ke kristian ke, semua ada atas aku ni. tapi kalau guna perangai suka bersangka buruk kat orang lain, mmg agama tak dijunjung la tu. mana2 agama pun takkan suruh penganut bersangka buruk kan. not only that, bos turut sangka aku ada pending job yg aku tak selesaikan. padahal yilek pocik. record clear. takde apa overdue tasks pun. 2 tuduhan melulu dikenakan atas aku.


biarkan diorang. diorg nak bersangka buruk dgn aku. jeles sbb aku dah nak blah. duduk la sini sampai pencen. im moving on to greener pastures.
Semoga lepas ni dipertemukan dgn majikan dan orang atasan yg memahami, adil dan saksama. berhati mulia, willing to listen to other ppls opinion, tak kisah apa agama dianuti.

bila rasa dianiaya dgn tuduhan2 tersebut, mula la hati panasss... nak balas dendam la, nak mengamuk la, nak tulis email la, tapi pk balik, dari buat semua tu baik aku doa byk2. Allah makbulkan doa org yg teraniaya. takde nye aku nak doa depa ni terlingkup, aku nak doa yg baik2 indah2 utk aku dan orang2 sekeliling ku saja. tapi suami pulak suruh, doalah bagi bos2 tu dapat hidayah. itu macam ka? aiya... tgk lah dulu.

latest update :

sudah selamat mengresignkan diri dari hell hole ini. my last day is on the 17th of February 2012. kenapa pilih tarikh ni? it is over 2 months than the date when i tendered my resignation. padahal aku ni konfirm pun belum lagi kat sini. patutnya 6 bulan dah konfem kalu takde apa2 masalah. tapi sbb aku mmg tanak konfem (kalu konfem kene bagi 2-month notice). buat apa konfem takda beza pun. gaji tak naik, bonus tak dpt. member yg dah buat appraisal pun tak nampak surat confirmation. banyak cikadak punya organisasi. tapi aku pilih utk resign tarikh tu sbb kesiankan students. minggu 17 feb tu adalah minggu terakhir lecture week depa. bila dah habis lecture, dah submit assignment, dah present assignment (140 org punya assignment tu!) baru la lega aku nak blah. exam, org lain mark pun takpa, sbb depa akan ikut marking scheme yg aku dah(akan) buat. Alhamdulillah student2 sem terakhir ni baik2 belaka. willing to listen, excited to learn.. ada lah sikit2 yg disrespectful terutamanya yg dari timur tengah ni tapi gua bolayan.. ada jugak dari belah sana yg baik2 tapi hurm mmg depa ni sek2 pandang rendah kat perempuan. lu nak rude lu boleh pegi tempat lain. gua jugak nak tanda lu punya assignment nanti kan? SO PLAY NICE. (tiru gaya woody dari toy story 1 masa dia cakap dgn sid yg suke torture toys tu.)

Bila hantar surat resign pun diterima dgn diam je dek bos2. takde sapa nak pujuk suruh stay. pastu mulalah terasa, adakah aku tidak diperlukan? pastu pk balik. elok lah aku tak diperlukan di sini kerana aku juga tidak memerlukan tempat ini. lagipun, apa sangat lah organisasi ni nak dibandingkan dgn tawaran baru yg aku dah terima tu? boleh lawan ke? ada nak bagi aku ~257k nak suh aku sambung phd? tak nak kan? so ko dok sini diam2.

Geram betul bila difikirkan, aku dah htr surat resign, and ive been doing my job as i am supposed to, tapi kene panggil masuk bilik bos ditanya macam2 sampai aku mcm nak naik hantu. tak ke jahat tuduhan2 tu. ikut hati nak mengamuk pastu tanak datang opis dah. tapi mengenangkan students, ah dtg jugak lah. aku buat keja bukan kerana ngko ye bos. aku buat keje ikhlosss... nak mengajar students yg dtg dari jauh dan dekat utk menimba ilmu. bukan mcm korang kejar pangkat, kejar nama, kejar duit.. honestly i dont give a damn kalu korang nak bayar gaji aku ke tidak sampai hari akhir aku keja kat sini. aku dah dapat dah apa yg aku nak  dari korang. korang ingat korang je boleh cekik students dgn fees mahal, cekik lecturers bagi workload byk2, push dari kiri kanan depan blakang, kami pun boleh take advantage dari korang jugak.

Huh puas hati aku. Lepas resign nanti nak buat entry dlm english supaya org yg google pasal nak dtg blajar kat organisasi ni pk dua tiga pat kali.


Ok dah itu je bye

Sunday, December 11, 2011

my latest project III

sambungan daripada entry sebelum ni..
just regarding this project of mine :

  • one fine day i went to jakel alone to buy more cotton lycra, sbb rasa macam tak cukup. plus nak beli thai silk@ shantung silk utk awning. mula2 risau sbb silk@sutera kan dah sah2 mahal. mmg masa kat jakel tu pun sales assistant pi tunjuk kain yg harga nya rm25. taknak lah aku. lagi mahal dari kain utk badan tudung tu sendiri. tapi mmg murah rezeki hari tu. kebetulan masa aku tanya "takde ke yg lagi murah?" ada pulak one of the managers tgh berdiri kat situ borak2 dgn staf. dia tanya aku brapa meter aku nak, aku kata la 1 meter satu warna, n aku nak beli 5 warna. terus dia bagi rm12 permeter. terbaekk!!!! sales assistant tu siap suruh aku simpan resit, so that next time kalau nak dtg lagi beli kain jenis tu boleh dpt harga sama.. ish ish ish... dah alang2 dapat murah, aku pun pi la lagi bahagian tudung, n beli lagi 5 meter! adeh.. sudahnya total tudung yg mampu aku jahit dgn 10 meter cotton lycra + 5 meter washable thai silk, ada lah 20 helai! mak ai byk ngat... tapi takpa, jahit je lah kan dah raw materials nya. lepas ni takleh request kat suami nak gi munawwarah dah la...
  • perihal mesih jahit pulak, walaupun dah servis tapi jahitan masih tak kemas. tensen2. pastu satu hari terdetik nak pegi kedai singer utk beli sekoci aka bobbins. sekali akak kat kedai tu kata sekoci yg aku guna selama ni tak betul!! sbb aku dok guna hak besi! utk mesin jahit aku tu kene guna plastik. itu pun ada 2 jenis yg rendah ke yg tinggi. aku main bantai kata yg rendah. sekali balik tengok, yg tinggi rupanya! besoknya gi balik kedai singer utk tukar sekoci plastik rendah yg aku beli tu. balik rumah, yg sekoci besi semua, BUANG!.. merosakkan jahitan n mesin jahit aku jer(kalu guna yg salah lama2 mechanics dlmn dia lari).. bila dah guna the right bobbin, baru la jahitan perfect!! hua hua hua!!!! puas hati!!!
  • last weekend, pegi jakel lagi. wpon rasa macam dah tak termampu nak jahit sampai 20 lai tudung, tapi gi jugak sbb tgh sale.. kain yg selama ni aku beli, harga papar rm25. sbb aku slalu beli 5 meter, dpt rm20, tapi time sale dapat la rm15. ok la tu tak byk beza sgt. dan ada warna2 yg aku dah beli haritu dah habis dah pun. so takda la ralat sgt wpon harga nya sikit murah. tapi kali ni ada kain cotton lycra baru, tapi tebal sikit dari yg aku beli sebelum ni. harga papar rm28, tapi sbb sale dia bagi rm18. tak tahan, amik jugak la 1.5meter, 2 warna. kenapa kali ni aku amik 1.5 meter? sbb kalu 1meter tu cukup2 sgt. sampai kene buang masa nak adjust pola sana sini nak bagi cukup kain. kalu 1.5 meter mesti lega sikit, byk lebih, boleh guna kain sama utk awning nya. tgk lah camana nanti.
  • so total tudung yg patut boleh dapat adalah.. 22 lai! skang ni baru siap 2. hehheeh. cita2 nak wat sehelai satu wiken tak brapa tercapai sbb wiken asyik kuar jalan je koje nye. plus i dont think i even have 20 weekends left. hmm hmm....
to tell ya the truth, this is no longer my latest project. ada berpuluh2 lagi project yg dah tiba, along with 2 multi mega project, yg menyebabkan aktiviti menjahit tudung ni seakan2 di tinggalkan. bukan tu saja, si umar ni pulak pantanggg nampak ibu start usik mesin jahit, mula lah dia, "nak kat kat ibu." <-- dia ajuk org lain cakap "nak gi kat ibu" meaning masa dlm kereta masa duk atas riba org lain, bila dah boring nak gi duk atas riba ibu, so org tu (whoever he/she might be, will say, "oo umar nak gi kat ibu ye..") tu yg dia kalu nak duk atas riba dia akan kata, "nak kat kat ibu". sudah nya, camana nak godek mesin tu kalu kepala dia yg depan mesin jahit tu instead of kepala kita? adeh... kene tunggu dia tido malam, atau kene bgn awal pagi, baru leh jahit. kalu tak mmg tenson je. reminder to self, kene siapkan jahit as much tudung as possible as soon as possible!!! 

dah la tu utk malam ni. til next time. massalamah.