Saturday, April 21, 2012

A whole new world

Hello April 2012!
This is the longest time I abandoned my blog since I started blogging. 
The reason behind it is I was facing some big changes ever since July 2012. More and more things happened and I did not want to reveal them until everythings confirmed. But once they are confirmed, there was too little time left to tell everybody. Dari kawan, makcik,pakcik, kazen bersepah2 yg terkejut. apo nak buek. sapo den jumpo, den bagitau. the point is i did not see that many people... or kalau jumpa pun tak duduk borak. kalu dah duk borak konfemm mesti dah bagi heads up.bila dah duk borak blablabla tgk muka orang tu, mesti akan pikir, ish kalu aku tak bagitau ni kecik ati dia bila aku dah pegi nanti... 

Ok meh la cerita sikit ttg kronologi perkara2 yg berlaku sejak setahun yg lalu........

January 2011 : Seperti yg korang tahu, kami sekeluarga telah bercuti ke Jepun pada waktu ni. we had a great time, this was my first time being in Japan, n honestly, tak puas! i wanted to come to japan again, tapi hubby dah warning, bonus tahun 2012 nak beli rumah. jgn ngade2 nak ajak travel lagi. terus tutup angan2. 

February 2011 : Still applying for jobs. I was jobless during this time. mmg rasa tak berguna. 

March 2011 : Iklan Monbukagakusho 2012 dibuka. we went to facon education fair in klcc to meet the person-in-charge. tanya2, the pic said that, scholarship tanggung seorang saja. no family allowance. tanya hubby, betul ke nak apply ni? he said, apply je.. 
Got an interview with @p!!t. sikit lagi nak bail out sbb kena buat mock teaching. tapi beranikan diri pegi jugak. tinggalkan umar dekat rumah. Alhamdulillah the next day dapat offer. Started working on the 14th. Masa ni fikir, tarikh akhir application monbusho 1 april. kalu stat keja march, boleh letak current occupation as lecturer. naik la saham. this was one of the main reason why i decided to work at @p!!t.

April 2011 : Sent in the application on 1st of april. End of April, received an email n a letter regarding notification of english exam.

May 2011 : Attended the english exam at a school in KL. apo tah nama skool tu. catholic skool apekemende tah. i remembered there were about 170++ candidates. need to compete for the interview spot. since i did not know japanese at all, i need to score BIG in the english exam.

June 2011 : Passed the exam. I was one of 87 interview candidates. Needed to compete for 25 scholarship spots. Lari2 mintak recommendation dari previous lecturer n also my boss. mujur la mintak recommendation letter dari boss sebelum bulan july where a student complained about me in class. complain yg sgt teruk. mcm tak layak jadi lecturer. wpon sakit sgt hati kene komplen, obviously tak reti nak handle kelas sampai mengamuk2 bad mood hence the complaints, dalam hati pikir, aku nak buat interview ni betul2 so that i can show to those students and also to my boss that i am better than they think. 
at the same time i started emailing lotsa professors in Japan. from nagoya u, tsukuba u, tokyo institute of technology. eh 3 je? hehe. bukan main taram je pilih univ. location penting. hubby juga penting. bidang prof2 juga penting. nagoya sebab hubby punya company hq nye di nagoya. maybe we can work something out if i got the scholarship. tapi kene rejek sbb prof nye dah nak pencen, interest tak sama, etc. tsukuba sbb bidang yg exactly dgn apa yg aku nak buat, malangnye kene perlekeh dgn assoc prof tsukuba tu. katanya aku tak penah publish papers, tak reti japanese... tokyo institute of technology, some tak reply pun. I only received 1 positive reply from titech.ok.. dgn satu positive reply tu aku pun pi lah interview kat embassy pada.. hujung bulan jun... pengalaman interview citer lain kali.

July 2012 : Berdebar tunggu result. One tuesday, masa tgh mengajar kelas yg student komplen pasal aku tu, I accidentally broke my @p!!t ID card. i was wearing the id card on my neck. tgh ngadap laptop atas meja,tertekan id card yg tergantung tu dekat bucu meja tiba2 'ktak!!' patah dua. dalam hati, eh ni petanda ke im leaving soon? poyo je. padahal kad tu yg low quality. 2 days later, i received an email saying that I passed the interview, also known as the first screening. terus call hubby n said, "congratulations, we are going to Japan." hubby cakap tahniah tapi suara dia sangat unsure. 
I was instructed to submit 3 letters of acceptance from 3 professors by August. But until the due date, the only professor who is willing to accept me is the one from titech. so i submitted only 1 LoA. mcm2 kisah jugak nak submit LoA ni. tak sampai 2 minggu dari request LoA dari tokyo, dah sampai bangi dah surat nye. guna std post je. tapi dari bangi nak sampai ke embassy, brapa kali pegi embassy tapi dah tutup. bila sampai tengok LoA hilang! patah balik opis tengok tercicir cantik atas rumput sebelah parking.. mujur ada. kalu tak, tak pegi dah.. Last2 berjaya jugak hantar the one n only LoA to the embassy.

August 2012 : tunggu...

September 2012 : tunggu...

October 2012 : tunggu...

November 2012 : LoA accepted. I passed the second screening.

December 2012 : Tendered my resignation in @p!!t, after i found out i am pregnant with my second child.

January 2012 : prepare mentally. loya teruk hari2 muntah. hari2 doa, mintak petunjuk.. boleh ka pegi ni. Alhamdulillah nampak macam semua benda dipermudahkan. I took it as a sign that I should go. When hubby informed his boss, the company has decided to send him to the branch in Tokyo and work there as long as I need to finish my study. never thought this would happen but nonetheless we are truly grateful to Allah swt.

February 2012 : 17th was my last day of work. macam2 jugak hal jadi kat opis time ni. yg paling tak tahan minggu lepas resign pun boleh my new boss bg email suruh mark exam papers. ridiculous.
informed the student service and lab in titech that i am pregnant. semua gelabah. siap suruh pikir betul2. helloo aku dah resign kot! kalu tolak scholarship ni mana boleh dapat balik dah! im going i dont care.

March 2012 : kemas, kemas dan kemas lagi. hari2 keluar beli barang. luggage besar 4 bijik terlentang sepanjang bulan march. apa2 nak bawak keep campak masuk dlm beg. the final week baru kemas.
Banyak sgt benda jadi bulan ni. lagi2 dah nak sampai ke hujung2. paling dahsyat minggu last la. tak nak ingat lagi dah kekelamkabutan tersebut so taknak tulis kat sini.

1 April 2012 : Petang, semua datang KLIA hantar kami. my family la semua. hubby's family, tak semua adik2 dtg tapi takpa lah dah jumpa dah sebelum pegi. But only my sister in law je yg tahu bhw hubby is planning to come back in 2 weeks. sbbnya, since I am coming to japan on Japan Airlines(JAL), hubby had to get on the same plane too. mmg dah janji tak akan bagi aku dtg sorang2. so during matta fair in march we went to pwtc to buy the tickets for him n umar. matta fair kan ada promo so promo nye adalah tiket return lagi murah dari tiket one way. tapi maximum length of stay is 14 days. so since kami terbang 1 april, 14 april la tarikh baliknye. tak konfem lagi nak balik ke tidak sbb tu tak cakap dgn parents kami. kecoh je nanti.

2 april : arrived in narita, nak pengsan keletihan. dlm train ke downtown tokyo terlelap baek punya. dlm flight mmg tak selesa lgsg nak tido. terus tuju ke rumah sementara di sangenjaya, tokyo. 

3 april : hubby pegi opis. me n umar duk saja di rumah. tapi bukan macam rumah. mmg agak sesak napas sbb sgt kecik. rumah nya lengkap, semua ada. tapi muat utk 1 adult je. dgn kami beg sampai 6. mmg sesak!.

4 april : pegi lab for the first time. a lab member picked me up in sangen jaya station. jumpa sv for the first time. terus dia bgtau expectation dia. berpelohh.... 

5 april : orientation day for monbusho scholars at the main campus. my lab  is at another campus, that is 1 hour train ride away from the main campus.

6 april

7 april : cari rumah.. tapi tak berhasil. location jauh dari stesen ketapi n stesen bas. n mahal. 

8 april : cari rumah dgn agent lain pulak. wasted the whole day sampai malam. aku dah mengamuk2 dah. rasa macam ridiculous sangat agent tu. bagi rumah yg agak tahape2. kami pun tak tau apa yg kami cari.. dah la dah letih gilee hari2 jalan jauh sampai keting ni sakit! malam2 pulak mmg terbongkang tak sedar apa sbb letih sangat. hubby dah risau takut tak sempat cari rumah sebelum sewa rumah di sangenjaya tamat. tempoh sewa di sangenjaya tu sampai 15 april je. nak setel urusan masuk rumah usually takes 2 weeks or more. time ni mmg ingat tak jadi balik msia dah dia tu.

9 april : its monday again so i went to the lab. one of my lab members so check kat coop pasal rumah2 utk disewa. dia dah bgtau sejak 5 april lagi. tapi aku yg tak pi tgk sbb asyik2 rush nak balik je. risau anak n suami kat rumah. pagi ni baru pi tengok. the advert seems promising. the apartment is handled by the university itself. and it is very near to my campus. time ni mmg dah desperate sbb hubby kira2 duit mmg tak brapa nak cukup kalu accept jugak rumah yg kami buang masa sehari pi tgk dgn agent smalam. dia call the steering committee, diorg suh dtg ke opis diorg esok. tapi takde maklumat pun rumah tu macamana, kat mana, tingkat brapa.. mmg doa bagi dapat yg elok. susah jugak kami ni mcm2 preference yg agent2 sebelum ni takleh nak bagi.

10 april : kami lewat hampir sejam dari masa yg dijanjikan. aku dah panik dah. jepun kan mana boleh accept lewat2 ni. tengok2 mmg kene sound pun. you are very late.. tebal 10inci muka. tapi sekali dia tengok blakang aku ada suami n anak dlm stroller. terus diammm layan baik2... wahahaha...! ko try la tolak anak dlm stroller naik train 40minit, turun naik bukit 30minit nak sampai opis ni..(my campus is a hilly campus. naik turun bukit.). the steering committee, sama seperti semuaaaaaaaaaaaa jepun2 lain, bila tau hubby boleh cakap jepun mmg tak layan langsung dah aku ni.. wpon yg studentnye aku... tapi aku suka je.. takyah nak pening2 kepala... hahahaha.... semua hubby setelkan. sgt kesian dgn hubby waktu ni. nak penuhi cita2 isteri.. sanggup berkorban macam2.. 
diorg pun terangkan la rumah tu. hubby tengok gambar ada aircond, ada peti ais dapur,microwave, katil. pastu takyah bayar agent fee. hanya security deposit je, dia tak cakap banyak terus accept je. padahal taktau pun rumah tu kat mana n macamana. but he said we can save a hell lot sbb tak payah beli electrical appliances, tak payah bayar agent fees yg sama dgn harga sewa rumah sebulan. aku pun akur je la. doa je la   yg terbaik.
anyways, they said that i need my sv's signature atau jepun punya style, sv punye name seal. yg aku ni panik kot2 sv aku takda. terus pecut tolak stroller naik bukit lagi (my lab duk di building paling blakang paling atas bukit. toksah bayangkan). Alhamdulillah, wpon sv mmg takda(dah kujangka. he's a busy person)sv punya secretary pun boleh copkan.. isi borang, dapat seal, terus nak lari balik ke opis steering committee tadi. janji nak jumpa balik steering committee after lunch so we had our lunch at the cafeteria. suh hubby rasa chicken curry halal kat kafe tu. we had a great lunch sbb time tu sakura cantik lagi. umar lari2 kat atas rumput depan cafe n pokok sakura.
when we came back to the steering committe's office, tengok2 diorg dah siap nak bagi kunci dah! hubby mmg senyum lebarrr.... 
kami pun terus tolak stroller lagi pegi cari rumah yg dimaksudkan.. kawasannya adalah berhampirah dgn station ketapi campus aku iaitu suzukakedai. cari2 mmg agak rumit sbb taktau kat mana. bila jumpa n masuk tengok, terpegun. everything is brand new.. err except for the mattress. tapi hubby kata takpa, kita mmg nak beli futon pun. tanak tido atas tilam. tilam nye masih elok tapi agak tenggelam n aku n suami mmg ada masalah sakit blakang kalu tido tilam macam tu (dah tuo!).. 
rumah kami ni 3DK iaitu 3 bilik, dining area & kitchen. bangunan 3 tingkat n rumah kami tingkat tengah. ok tak la teruk aku yg mengandung ni nak panjat. n get this. only 5 minutes walk to the train station. hohoho. bilik ada 3 mmg ada org tanya, buat apa nak bilik byk sgt? but notice that we dont have a living room. mana ruang keluarga? takkan bilik tido nak jadi bilik tgk tv jugak? tak sesuai sbb tiap2 bilik cuma 2x3m jer. n satu lagi kurang, since rumah ni disiapkan utk 3 org student yg berkongsi 1 unit rumah, tiap2 bilik lengkap dgn 1 katil single n satu meja study. so kami plan nak gabung 2 katil single jadi double bed. satu bilik yg dah tak ada katil tu jadi balik letak baju2, buku2, etc. satu bilik lagi jadi ruang tamu. ada satu lagi single bed tapi hubby suruh transform katil tu jadi sofa sbb masa duk di sangen jaya mmg takda sofa, balik dari mana2 penat berjalan jauh tapi takleh nak berehat. taknak baring kat katil. itu lah some of our plans.

11 april : hubby sewa kereta utk bawak barang dari sangenjaya ke suzukakedai. jauh dlm 30 minit lebih juga perjalanan. sbb kami sewa kereta, kami kena buat 2 trip utk angkut semua barang. hari ni agak dahsyat. seawal 8.30 pagi kami dah bergerak dari sangenjaya ke suzukakedai utk hantar beg2. lepas tiba, kami ke city office utk tukar alamat di alien card n tukar alamat national health insurance n register utk cari nursery utk umar n register my pregnancy. dah petang baru selesai semua urusan. balik ke rumah baru utk solat. tapi badan penat. jam 6 kami ke viva home, 4km dari rumah utk mencari futon, bantal selimut rice cooker n brg rumah lain. sampai ke 9pm di viva home sbb terkial2 nak cari futon. sampai dah tutup viva home tu kami masih disitu. maklumla tak biasa.. kat msia kan kedai tutup pukul 10...  
kami cuma sewa kereta 24 jam. dgn badan dah letih, belum dinner, brg2 futon semua masih tertinggal divivahome sbb delivery cuma ada sampai 8pm saja. lepas dinner di saizeriya yg berhampiran, kami ke rumah baru utk htr bantal2 n apa2 yg muat dibawa guna kereta, kemudian pecut balik ke sangenjaya utk amik beg2 lagi for the second trip. dahsyat, sampai di sangenjaya pukul 11, kemas2 barang, buang sampah, nak spring clean the house malam tu jugak sbb  besoknya dah nak pindah ke suzukakedai. kemas2 tak sedar dah pukul 1. tak sampai hati nak tgk hubby drive sorang2 ke suzukakedai htr beg2, balik semula ke sangenjaya sbb aku decide mahu tidur di sangenjaya juga malam ni sbb besok ada opening ceremony of my intensive japanese language course di main campus ookayama, yg lagi dekat dgn sangenjaya nak dibanding dgn suzukakedai. tambahan pulak, futon masih ada di viva home. besok baru hubby boleh pegi viva home utk htr brg ke rumah (delivery service bukan mereka deliver. customer 'pinjam' truck viva home utk htr barang ke rumah dan pulangkan truck ke viva home n balik sendiri.. beginilah hidup di tempat yg kebanyakan orang tak guna kereta ye tuan2 puan2..... mmg sekso!!!).

12 april : lepas subuh pukul 4.30pagi aku n hubby bawak turun semua saki baki beg utk dihtr ke suzukakedai. hubby ke parking lot yg jauh utk amik kereta, aku tunggu di bawah apartment dgn beg2. bila dia sampai, kami masukkan beg2 dan hubby terus pecut ke suzukakedai and back to sangenjaya sbb nak pulangkan kereta sebelum 8.30 am. juga perlu elak jam masuk ke bandar tokyo pagi khamis tu. lepas hubby bertolak, aku naik atas sambung tido.. mujur umar tak terjaga. ada la dlm 20 minit jugak kami tinggalkan dia sorang2 kul 4.30 pagi tu. dalam pukul 7 lebih hubby sampai semula ke sangenjaya. kereta dah dipulangkan ke lokasi nye yg dlm 7minit jalan kaki dari apartment sangenjaya. terus beliau terbongkang kepenatan. jam 8.30 aku pun bangkit utk ke opening ceremony di ookayama. tghari, opening ceremony pun tamat, tengok hubby tak bangun pun lagi. i decided to go back to sangenjaya. tlg hubby kemas the loft before leaving it for good. hubby kata dia mcm dah suka duduk situ (ye la dah masak makan tido solat apa suma situ.. mmg rasa mcm rumah dah.. ).. tapi pk2, jauh nak ke lab aku (sejam..) n jalan jauh, kos tinggi sbb mmg sgt dekat dgn shibuya. plus masa aku tgh tunggu hubby amik kereta jam 4 pagi tu ada la kapel jepun mabuk2 dok bercengkerama pulak kat luar pintu apartment tu.. cium2 peluk2... takut tengok. tak balik lagi ke dah 4 pagi.. besok takyah gi keje ke... tak paham aku... taknak anak2 hidup dlm masyarakat macam tu. suzukakedai ni mmg jauh dr downtown wpun masih dlm 'negeri' tokyo. dah bersempadan dgn yokohama. in fact alamat campus aku mmg dah dlm yokohama pun. tapi train station n kawasan rumah yg paling dekat adalah yg aku dok skarang ni la,masih dlm alamat tokyo. kalu nak dok belah yokohama tu kene ada kereta/motosikal sbb dah bukan tokyo kan.. train station pun jauh, so orang semua ada kereta. nak jalan kaki mmg impossible.

dalam pukul 2 lebih baru kami bergerak pulang ke rumah baru dan meninggalkan penginapan sementara di sangenjaya. sampai di station suzukakedai, kami cuba cari jalan yg paling pendek utk sampai rumah. Alhamdulillah, mmg 5 minit jalan kaki dah sampai... sgt dekat, wpon dari rumah ke stesen ketapi mendaki bukit. cuma kami berdua pulang ke rumah, hubby pulak terus ke city office nak tukar alamat lagi! rupenye steering committee bagi alamat yg salah kat kami. semua urusan tukar alamat haritu kene buat lagi sekali.. penat! lepas selesai, hubby terus ke viva home utk htr futon2 ke rumah. beli juga beli heater utk letak di dapur, n macam2 lagi. lepas tu pecut balik ke viva home utk pulangkan trak kecil tu. patutnya balik naik bas tapi hubby terus beli basikal di viva home utk dikayuh balik! basikal yg siap dgn motor (mudahkan kami yg duduk di kawasan berbukit ni.), n toddler seat utk umar. nnt adik umar keluar, ganti bakul depan dgn baby seat pulak. tak sanggup nak tanya brapa harga nya.  balik tu hubby terbongkang kepenatan... 

13 april : lepas masak nasi goreng utk bfast n lunch, aku keluar ke lab sbb ada seminar. hubby n umar ke immigration office utk buat multiple entry permit utk pulang ke msia besok. aku stay back sampai malam sbb ada bbq welcome party for lab newcomers.. aku ni dah la sedih2 n cuak sbb besok umar n ayahnye nak balik msia tinggalkan aku sorang... malam tu hujan pulak.. hujan2 pun aku redah jugak dgn basikal.. selawat sepanjang jalan sbb tak pernah seumur hidup malam2 kene naik basikal dalam hujan nak balik rumah kat jalan berbukit2.. Alhamdulillah xsampai 15minit perjalanan dari lab ke rumah dgn basikal.. main2 dgn umar dulu, bila dia tido kami pun stat kemas2 utk diorg berangkat balik besok...

14 april : pukul 7.30 dah keluar rumah nak ke narita.. sejuk.. umar mintak naik stroller tapi kami tak bagi sbb tak cukup tangan kami nak tolak 2 luggage besar n pegang umar. sampai di narita 9.40am.. check in. umar dah lari2 tak terkawal sampai terhilang sekejap kat area restaurant.. dgn aku n hubby still letih tak sudah2 sejak tiba ke tokyo ni, mmg agak stress di airport. sudah nya dlm pukul 10.30 hubby n umar pun masuk ke ruang berlepas.. aku tengok sambil meleleh air mata... tgk suami n anak pergi jauh meninggalkan aku sorang2 kat sini... sampai tertinggal payung yg baru beli bbrp hari kat narita tu. diorg hilang dr pandangan je, aku pun bawa diri... shopping di sekitar tokyo.. hehehehe... sedih tapi hidup mesti terus. minggu seterusnya dah mula kelas intensif bahasa jepun di main campus. maknanya tiap2 pagi kena kejar train pukul 7.30 pagi dari suzukakedai ke ookayama utk kelas jepun pukul 9pagi. pukul 12.15 kelas tamat, lari pulang ke suzukakedai utk lab. selalunya akan terlelap dalam train pulang ke suzukakedai. mujur lah hubby dah belikan basikal. perjalanan jadi lagi pantas n kurang meletihkan. cuma bila perut dah besar mungkin kene jalan kaki jugak.

ada baik nya jugak hubby balik sekejap dgn umar. bagi aku ni rehat sikit, dah alang2 nak kena travel jauh hari2. but so far dah 1 minggu kelas berjalan, Alhamdulillah. tak sepenat masa duduk di sangenjaya haritu. skarang ni takda pun sakit2 urat kaki sbb byk jalan. sbb most of the traveling adalah naik beskal yg ada motor atau naik train. train wpon sesak, Alhamdulillah slalu dpt tempat duduk. tapi kadang2 rasa nak siku je lelaki2 yg buat bodoh je nak berebut seat dgn aku yg dah besar perut ni. kalu la depa yg kena bawak perut baru tahu... stakat ni belum pernah ada orang yg offer aku duduk, wpon di tpt yg khas utk org tua,kanak2, n org mengandung. samada jepun ni pelan2 jadi bangsa yg pentingkan diri or they just don't like us aliens.

insyaAllah hubby akan pulang minggu ni.. in the meantime, aku cuma rehat, kemas2 rumah, tumpukan perhatian kat kelas bahasa n entrance exam. besar tanggungjawab ni. doakan aku berjaya.

next entry mungkin boleh cerita pasal umar n hubby punya plan di jepun ni pulak...