Saturday, June 09, 2012

point form aje yg sempat

Perlu ke explain kenapa susah sgt nak update blog. baca blog org2 yg dok jepun ni loya pun ada jugak sebenarnya.. dtg buat phd kot. tapi more than half of the entries cerita pasal hal2 ngarut. phd apa kah itu?? balik nak berkhidmat kat ipt2.. jadi pensyarah.. nnt ajar anak aku... hmm...
bukan nye taknak kongsi pengalaman. tapi pengalaman perit ada org nak tahu ke? klu tahu konfem ramai xnak datang jepun ni. hehehe.. but in every dark cloud theres always a silver lining kan?
sbb masa mmg sume dha tahu dah mmg TIADA, aku update point form je la ye. point form ni pun brapa byk point pun taktau. caca marba je la takde topik spesifik. phd ka research ka nihonggo class ka pregnancy ka family ka campur semua sekali.

point 1
utk makluman, kami dah pun berpindah dari rumah sebelum ni.. tak jauh pun.. dari tingkat 2 ke tingkat 1... panjang citernye... kisahnya bermula begini.. we were happy enough that we got a house that is on the 2nd floor. lantai tengah tahu. kat sini ground floor tu tingkat 1. depa takda ground floor. even though we were happy, apparently our downstairs neighbour was not. pls notice the word 'was'. dari pemerhatian aku, aku bajet rumah bawah kitorg tu penghuni nye sorang je. sbb taknah nampak baju bergantung kat balkoni, tingkap/langsir tak pernah bukak (sng nak perati sbb dari jalan raya boleh nampak balkoni semua rumah bgnn ni). post box pun sll dikosongkan. lepas hubby n umar balik dari msia haritu, rumah kitorg mmg agak bising la.. logik la ada jantan 2 orang. yg kecik tu memang suka berlari. lagi kuat gema lagi kuat dia nak hentak kaki. whadddaya expect budak 3 tahun kot. yg besar pulak.. since tak stat keje lagi time tu, malam2 keje dia ngadap movie je la. dah beli tv, intenet bapak laju, keje dia mengdonlod muvie, time wife n anak tido dia melayan movie sampai pagi.. kdg2 dgn kitorg terikut tido lewat. kul 12 still belum tido. kul 4 bangun nak solat subuh, bunyi paip kuat.. kul 6-7 aku dah bangkit nak pegi kelas.. siang2 pulak anak gedung gedang berlari2. mmg pening la orang bawah ni. lantai pulak lantai konkrit tapi laminate dgn kayu. pastu pulak ada rongga antara konkrit n kayu tu. hubby kata utk keep the heat during winter.. so jalan kaki biasa pun bergema. apa lagi anak den lari2 dlm rumah. nak larang macamana.
1st complain yg kami dapat dari steering comittee univ yg jaga rumah ni, kata org bawah ni ngadu kat depa bunyi bising kul 6 pagi. that day laki aku dok membakar ikan dalam stove bawah dapur. bunyi besi keletung keletang kot laki ku dok cek ikan tu masak dah ke belum. mamat bawah ni takleh tido.. agaknye lah. fine. kitorg tak masak dah kul 6 pagi.
2nd time, takde komplen2 dah. one monday, about 3 weeks ago, aku baru balik dari kelas nihonggo, nak get ready utk lab pulak (kelas nihonggo di main campus, lab kat another campus. so balik rumah dlu utk lunch). aku sampai rumah je, biasa la umar happy tgk mak je balik, terus lompat2 n said ibu ibu ibu ibu ibu ibu dah balik... tak sampai 10 minit lepas aku masuk rumah tu, dgr pintu rumah lain dibukak (pintu sini pintu besi. boleh dengar clearly klu ada jiran 5 rumah lagi bukak pintu.), pastu GEDEGANGG!!! bunyi kuat kat pintu rumah kitorg.. eh apehal lak ni?? tengok sampai terkangkang mailbox yg melekat kat pintu tu, punya kuat gegaran tu. aku mmg cuak dah. mujur hubby ada. mula2 ingatkan ada org guna kayu ke jolok mailbox tu n tolak. sbb mail box tu agak ketat jugak nak bukak. kalu ditolak dgn kayu bunyi kuat macam tu la. hubby pun kata, takkan pencuri kot, nak tgk ada org kat rumah ni ke tak. time ni mmg cuak la.. apakah jepun ni. melampau gila threat orang sampai macam tu??? aku nak keluar balik ke lab pun takut.. mintak hubby teman turun bawah ke parking beskal. keluar je dari rumah, tengok pintu rumah dari luar, dekat dgn tombol ada kesan tapak kaki. demm... ada orang tendang pintu rumah sampai terbukak mailbox! the footprint is very clear n in fact still visible until today. mmg kitorg tak bersihkan pun. aku dah agak mesti orang bawah buat ni. bengang dgn anak aku excited mak dia balik rumah. bangsat punya jiran. aku dah tuduh jepun ni macam2 dah. tak cukup dgn tu, bila turun bawah menuju ke beskal, aku tengok mail box yg kat bawah pulak. masa sampai rumah dr kelas nihonggo tu, aku dah clearkan dah mailbox unit kitorg. hari2 mmg ada junk yg org letak. iklan itu ini. jadinye masa naik atas tu aku dah amik semua. tapi bila turun lepas pintu kene tendang tu, tengok, iklan yg sama yg aku bawak naik ke rumah tadi ada dlm mailbox kitorg. n mailbox neighbour bawah tu dah kosong.(masa aku balik tu aku jenguk mailbox dia ada lagi iklan tu) ye mmg aku jenguk sbb nak tau dia ada kat rumah ke tidak. kalu ada mmg akan tegur umar supaya jgn buat bising sgt. not only dia pegi letakkan junk2 dia dlm mailbox kitorg, he (yes pls notice the word he) also poured some sticky liquid into our mailbox. by the looks of it air minuman manis la. babi betul jiran ni. aku pegi lab dgn rasa nak meletup dah ni... kurang ajar betul jepun ni.. ni ke bangsa paling maju di dunia??
kitorg mmg saspek org bawah ni yg buat. a couple of days after that dia buat lagi dajal. pi masukkan plastik n kotak minuman mcm peel fresh tu dlm mailbox kitorg kat bawah.. macamana dia masukkan kotak minuman tu? siap lipat bagi leper spy boleh muat masuk dlm mailbox mcm surat. susah payah dia nak menyakitkan hati kitorg. mmg org gile betul.. padahal ni rumah student!! semua yg dok sini student tokodai. world class univ nye student perangai suka tendang rumah orang ke??

tapak kaki bawah tombol pintu

air minuman kene curah. wpon sikit tapi tau benda manis. smpi harini ada lagi kesan melekit tu kat dlm mailbox ni. mmg kitorg tak cuci sampai la pulangkan kunci rumah ni kat comittee.


2 days later,hubby tepon steering committee cakap pasal hal ni.. mmg 2 hari tu hati tak tenang la mengenagkan kene berjiran dgn org macam ni.. nak dok sini 3 tahun lagi kot.... balik dari kelas nihonggo hubby bagitau, committee tu kata, org bawah ni nak pindah keluar.. takmau duk sini dah.
Alhamdulillah..  cerita mcm cepat je tapi 2 hari ni rasa laaama sgt.. bila dgr dia nak pindah tu betul2 rasa mcm miracle... walhal aku siap buat solat hajat. lembutkan la hati mamat bawah ni supaya tak marah sgt dgn kitorg.. tengok2 nak pindah terus! 
n then the committee siap tanya kitorg, nak pindah bawah tak? itu satu lagi miracle. 
hubby was reluctant sbb teruk nak pindah ni. kitorg dah la rearrange macam2 daripada keadaan asal. nak ubah balik jadi keadaan asal, rumah bawah tu nak ubah pulak ikut cara kitorg arrange rumah atas... nak kene pegi city office tukar alamat lagi, nak pegi post office tukar alamat lagi... ingat senang ke... tapi aku mintak dia terima gak offer committee tu. tenang hidup kat tingkat bawah. anak nak melompat pun tak kene marah dah (surpirisngly dok bawah ni gema dia tak ler kuat sangat... umar pun tak de nak lari2 sgt sbb gema tak kuat.. boleh?)
aku ni dgn perut dah 30 minggu ni mmg tak dapet nak angkat barang2 besar lagi dah. ikut hati nak kuatkan diri tapi ikut akal, jangan. hubby pun tak paksa buat. kdg2 dia tersuruh gak. yg mana larat aku angkat. tapi sstgh brg klu rasa lain macam cepat2 letak n warn hubby, lain macam rasa perut ni. 
baik sgt comittee ni bagi sampai hari ni utk setel kemas rumah tu. walhal kitorg dah pindah bawah sejak 1/6 lagi. sikit2 bawak turun brg. yg byk nye last wiken la. sbb nak start tido bawah on weekends kan. weekdays byk urusan. mmg xsempat nak kemas teruk2. tapi hubby mmg determine nak bagi rumah atas gleaming mcm kitorg baru masuk dulu. so extra work la. teruk gak dia menyental segala dapur sink toilet etc. 
Nak pindah bawah ni pun mula2 cuak gak. nak ke duduk rumah org gila yg pegi tendang pintu rumah orang ni. luckily dia dok sorang je. 2 dr 3 bilik tak dikacau. peti ais pun dia tak bukak, stove pun tak guna.. org bujang kan.. tapi tak tahan bilik yg dia duduk ni bau perfume kuat gila. dah seminggu kitorg duk sini penuh barang pun tak hilang2 lagi bau dia. nak muntah aku. siap beli febreze. tapi aku pulak tak tahan bau febreze tu. mmg time mengandung ni bau pelik sikit mmg rasa hangin satu badan. tak loya pun, hangin je. rasa nak mengamuk. bau busuk takleh, bau wangi pun takleh.
selesaikah semua nya?? belum lagi... sejak pintu kena tendang tu, aku betul2 nak tengok, sape kah gerangan nya org yg dok bawah ni. org jepun ke, org asing ke.. punya la cuak/risau/marah masa tu.. sampai kan dalam uni pun, berselisih dgn org buat aku terpk, org ni ke, org ni ke org ni ke yg dok bawah rumah kitorg tu. sbb aku tau mmg org kampus yg sama dgn aku.. labmates sendiri pun kene saspek gak. aku tau ada sorang labmate aku duk kat sini.. tapi taktau sapa.. aku tau ni pun sbb masa secretary lab nak sign borang approve utk sewa rumah ni, dia tgk alamat dia kata, "oo si polan ni pun duk sini gak.." sape nama polan tu aku tak dapat tangkap. 
not only that, org yg berselisih nak balik rumah pun aku saspek gak... mmg dah agak paranoid dah.. sbb pada aku dia dah ancam keselamatan kami sekeluarga. comittee pun ada dtg tangkap gambar tapak kasut tersebut(kebetulan aku terserempak dgn diorg yg dtg jenguk apartment ni waktu balik dr kelas nihonggo), yg handle rumah ni tu kata, be careful.. dia tgk perut aku besar pun dia risau.. dah la mengandung, ada anak kecik, org gi tendang pintu rumah. layak kene repot polis je. tapi comittee tak buat apa pun sbb mamat tu dah nak blah. mcm tutup kisah tu kat situ je.
tapi aku tak puas hati selagi aku tak nampak muka manusia tersebut.
One fine Monday masa aku balik dari kelas nihonggo, Allah swt bagi peluang nak tengok muka hamba dia ni yg dok rumah bawah ni. aku tgh bawak beskal dari train station. 2 minit je nak sampai rumah. depan aku about 100m nampak mamat sorang ni tgh jalan. aku naik basikal so mmg boleh kejar la. bila dah agak dekat, aku tengok kasut dia. mmg ala2 boot, bukan senakers ke selipar ke. lebih kurang dgn tapak kasut kat pintu rumah tu. aku siap doa, mintak2 la mamat ni masuk simpang rumah kitorg tu. mmg betul pun dia masuk simpang tu. aku masuk simpang yg sama bbrp saat kemudian. and... aku toleh ke arah beliau yg sedang bukak mailbox .. mmg milbox yg dibukak adalah mailbox rumah bawah ni. dan... orangnya adalah.... lab member ku sendiri......... 
rasa nak pegi terkam terajang2 je sebenarnya. berdebar2 gile dada ni... aku jeling je dia, dia pun mcm pusing jugak tgk aku tapi mcm tak amik peduli.. naik rumah terus bagitau hubby. 
wpun aku jarang ke lab(hy 2 minggu sekali utk seminar yg wajib hadir. hari lain pegi kelas nihonggo je), tapi aku dah penah buat presentation 2 kali depan lab members. mamat tendang pintu ni pun 2 kali dah present. so aku mmg cam la muka dia (lab members ada lebih 30 orang.. tp sbb dia dah present so cam la muka dia) dan bukan orang jepun pun. taiwan mari. boleh cakap jepun. senang cerita japanese wannabe.. pooohh!!! mcm langit dgn bumi la perangai ko dgn jepun. org jepun takde tendang2 pintu rumah orang ni. klu tak tahan depa repot polis la. depa dah bayar tax. they dont take matters into they own hands like you silly gaijin. berani gaijin ni tendang pintu rumah orang. hubby siap bagi idea, jom ugut repot polis nak. dtg negara orang nak buat pasal lak mamat ni. 
sama macam aku, dia pun new lab members di lab kitorg ni. tapi bezanya, dia dah official jadi phd student, wlahal aku masih status research student. lepas entrance exam bulan depan, oktober ni baru aku official jadi phd student. kira dia sempai la. ahh sempai makpai. perangai tak macam orang. 
aku tengok balik jadual seminar, hari yg dia tendang pintu rumah kitorang tu adalah hari presentation dia depan lab members. dia tendang lebih kurang pukul 1.20ptg.. waktu presentation dia start 3.05ptg.. tengah menggelabah la tu nak present depan professor n lab members, jiran atas gedung gedang .. padahal like i said aku baru je sampai rumah dlm 10 minit. terus dia hangin pegi tendang pintu.. tak ke baghal namanye tu??
since every monday mmg kami ada seminar wajib, sume labmembers wajib hadir. n hari aku kantoikan mamat tu pun monday jugak. so aku tau aku akan jumpa dia lagi petang tu kat lab. masa nampak kat rumah tadi dia pakai baju merah n kasut but tu. aku nak pastikan kat lab tu. betul ke ni orang nye. so masa seminar tu mmg aku pilih duduk kat meja blakang skali. walhal waktu lain aku slalu dok depan sbb tak nampak kalu dok blakang. nak konfemkan mamat ni punya pasal aku dok blakang gak. 
dan bila dia masuk dia pun duduk betul2 depan aku. apa lagi, bukak phone terus tangkap video kasut dia, n baju merah yg dia masih pakai. balik tunjuk kat hubby. mmg sah la ini orang nye. tengok kasut pun sama. kalu amik kasut n letak kat pintu tu mesti matching. dah mcm csi pulak.


kasut but

baju merah

wpon lega dia dah blah dari bgnn ni, dah tau sapa, dtg dari mana etc., satu benda lagi risau adalah lambat laun mesti kena kerjasama dgn dia gak. dah nama pun lab members kan. doakan satu hari maybe 3 years from now kalu kene bekerjasama dgn dia, aku dapat kumpul keberanian nak tanya dia, betul ke dia yg buat. 
bbrp hari lepas kantoi kan mamat tu, aku nampak dia lagi, masih di posisi yg sama, tgh cek surat kat mailbox. walhal time tu dah 31/5.. hari terakhir dia kat rumah tu. kami bajet dia dah pindah dah tapi dtg utk cek surat je. kali ni mmg aku pandang straight kat muka dia, dia pandang aku jugak, mcm terkejut, eh ni lab member aku ni. tapi aku buat bodoh je tak tegur langsung. padahal logically klu nampak lab member sendiri mesti la akan tegur kan. korok2 pun senyum kalu dah ramai sangat tak larat nak mesra dgn semua orang. ni mmg aku ignore sahaja. pi mampus la hang.  lepas ni kalu la ada apa2 event yg memerlukan kiotrg student2 phd bekerjasama, tulis paper ke, present kat seminar ke. mmg taknak der cakap dgn dia. 
skang ni aku belum full swing lagi ke lab sbb byk masa habis kat kelas nihonggo. so mmg tak kenal sgt org lab. oktober nanti insyaAllah full swing ke lab. 

dan berakhir la episod pindah rumah n tendangan pintu ni... amacam saspen tak?? ni baru satu cerita. kalu nak cerita hal2 lain.. pergh... tak habis seminggu.

dah la itu je utk hari ni. sempat satu point je!!  ni pun dha nak pengsan tahan mengantuk. akachan kat dalam ni menendang tak sudah2.. lagi kuat dari umar ni.. next time kalu sempat la nak citer pasal taska umar, keje ayah, my nihonggo class.. my sensei... 

bila dah penah blajar kat india, kat jepun, kat msia, dari undergrad ke fresh grad internship ke master course, ke doctoral course.. all i can say is. blajar kat mana2 pun sama je. i mean, bahan yg kita blajar tu same je. cuma exposure yg kita dapat from living/staying at one place tu yg akan membezakan kita. so peeps, nak pegi belajar, choose the place wisely!