Tuesday, July 31, 2012

3 days to go


  1. hari ni tak rehat lgsg. (bgn tghari la tapi). bgn terus masak lunch utk umar. sambung jahit baju pajamas utk spital. kul 3.30 masuk dapur nak buat karipap, lanjut sampai masak dinner sampai kul 8. tunggu hubby balik tgk2 kul 10.30 br dia sampai. hangin2 dah satu badan. now sambung menjahit lagi wpon badan dah letih sgt.
  2. received a msg from abah ptg, yg mendoakan semua nya selamat di sini. terus menangis. i miss my dad. i miss home.
  3. i know they are worried. but aku kat sini terlalu byk benda nak buat tak sempat nak risau pun. beg hospital pun tak siap lagi.
  4. besok still kene pi uni nak sign utk scholarship bulan 8. tiap2 bulan kene sign monbusho ni. kalu sign lewat, duit pun masuk lewat. kalu lepas dateline 2 kali, terus sangkut. mmg leceh tapi ni langkah2 diorg nak pastikan semua recipient gi skolah. bukan lesap je tapi duit keep masuk.
  5. im running out of time. nampaknye kene tinggalkan rumah dlm keadaan tunggang langgang. i hate this.
  6. but mama keep saying, this is the decision that we have made, dah tertulis rezeki kami macam ni. jadi nya kene kuat hadapi semuanya. 
  7. wish us luck. doakan kami. 
  8. next time bersiaran mungkin dari hospital.

Sunday, July 29, 2012

Tetamu pertama

Tiba sudah tetamu pertama yg menginap di rumah kami di Tokyo ni.. tetamu merangkap baby sitter umar sementara ibu nye dok spital melahirkan adik minggu depan insyaAllah. beliau dtg dgn pelbagai harta karun dr Msia seperti..

kuih raya..

brg baby..

burger2 mcDonalds.. 
(lepas gak la kempunan selepas hari2 dok lalu depan mcd outside tokodai gate.. huhu..)

brg2 masakan
(rempah kurma, asam jawa,santan kotak..)

buku menulis n brg2 mainan umar
(adik aku bijak pi bagi parts railway thomas yg xbetul. tak lengkap pulak tu. umar tgk dia kata, mana helikopter?? yg sepatutnya ada sekali dgn part yg adik aku bagi tu... adehhh.... mano pulak nak cari kat sini.)

2 minggu lg mak ayah dtg.. nak pesan apa pulak ye... 

p/s: i would like to recommend this one baby online shopping website. http://www.babykidseshoppe.com/
barang byk pilihan.. mcm littlewhiz.com tpai littlewhiz tu last time beli dah bayar sekali kata takde stok. kene pulang balik duit.. tak update pun website dia. hangin jugak. sbb masa suntuk nak pesan kat org bwk dtg sini. 
babykidseshoppe ni pun pantas. hari selasa byr, hari kamis dpt brg. bukan brg je. dia siap bagi reusable bag, pamplet brg2 yg tgh promotion, resit official yg lengkap dgn payment mode, bagus.. sape2 berminat sila la pegi.. aku ingat nak beli lagi brg nak pesan dkt next trip yg nak dtg sini. sng je terus suruh htr brg ke rumah org yg nak dtg tu. takyah kakak aku kene beli, adik aku kene htr, atau mcm haritu kwn hubby nak dtg sini, dia pulak kene dtg amik kat rumah... takmau susah kan.. dapat mintak tlg bwk dtg sini dah lebih dr baik dah..

ok dah. hari ni hubby sewa kereta nak pegi beli brg dapor n brg rumah sikit utk bekalan jangka panjang.. sepanjang aku dok spital, mak ayah nak dtg, sampai la raya.. alang2 sewa keta pi amik adik beliau semalam. kat msia tak susah nak beli groceries byk2 sekali gus. kat sini... mana wujud minyak masak 5kg. 2 kg je paling besar. detergent baju pun.. mana ada 5kg.. 2kg je. depa mmg tak beli brg besar2. brg fresh lagi laaa.... sbb diorg pentingkan sgt quality n freshness of the food.. suma jual portion kecik2. 2-3 hari sekali kene pegi supermarket. tak ke leceh. camana la org sakit ke tak sihat ke dah tua ke. 3 hari sekali kene gak kluar. klu tak takde benda nak makan... 

panjang lak bebel... byk kojo lagi ni .. til later bye2.

Saturday, July 28, 2012

Japanese Intensive Course [Poster Presentation & Closing Ceremony Pictures]

posing lepas arrange poster. sila ignore bhs jepun mengarut di poster tersebut. google translator ftw!

 awal2 present tergagap gile. lama2 aura mengajar menjelma kembali.. ahahah..

 one of my nihongo sensei..

 one of my classmates..

 receiving the certificate from tokyo tech international student centre director. arigatou gozaimasu.. 

 group picture

me n my certificate. lepas ni nak pegang lagi satu folder baldu biru ni dgn doctorate punye certificate pulak!..

**All pics credit to my fellow classmate firman-san.**

Friday, July 27, 2012

Selesai sudah..


Selesai sudah Japanese Intensive Course kami selama satu semester ni.. everybody was happy and sad at the same time. sbb tak de nak jumpa dah hari2 . lepas ni terbang la kami ke lab masing dok sensorang buat research syok sendiri ngadap lab members japanese yg tak brapa nak layan kitorg.. hehehe...
aku takde ler sedih sgt. kelas ni mmg best, bukan tak best. tapi terlalu jauh utk aku dtg. aku pun sejak awal bulan 6 mmg ponteng semedang. mula2 seminggu sekali, pastu seminggu 2 kali, pastu seminggu 3 kali. final weeks ni dtg hy utk amik exam n poster presentation je. so mmg dah jarang jumpa diorg dah. tu yg rasa sedih kurang tu. masa aku tulis ni, probably diorg masih lagi ber-afterparty mabuk2 kat dorm diorg di Komaba, somewhere in downtown tokyo.. selalu diorg invite the whole class dtg party. tapi takkan la aku ni nak masuk tokyo malam2 nak party2 mcm diorg. depa single lagi takpe. enjoy it while u can.

As for me.. malam ni takleh pk lagi nak buat apa utk prepare kedatangan new baby. just nak rehatkan otak.. layan umar, borak dgn hubby, makan pancake dgn umar at midnight.. besok baru start sinsing lengan mengerjakan apa yg patut dikerjakan.. coz i only have exactly 7 days to prepare the house before the baby comes. 7 days is hardly enough. itu pun kalu sakit tak datang lagi awal.dibuatnye datang awal.. adeh takleh bygkan. sbb nye ada waktu2 sakit mmg takleh belah, tapi dia belah jugak. kot la tiba2 datang tak belah2.... campak je brg yg ada masuk dlm beg terus panggil teksi gi hospital.. lets pray for the best...

hari ni pun dok kelam kabut telepon family kat msia nak passing brg ke rumah hubby di serdang. kuih raya dari superzety, brg2 baby dari my sis, my bro pegi warta beli lagi brg2, surat menyurat dari rumah.. adei... malu nak mintak org prepare kan. ikut hati byk lagi nak mintak bawak. tapi mengenangkan semua org sibuk dgn kedatangan bulan puasa.. aih lupekan je la. nnt mak n ayah dtg pesan lagi. by that time dah 2/3 selesai bulan puasa so hopefully depa dah rilek sikit. now call mama kul 10.00mlm pun tak berjawab sbb xbalik lg dr surau. malam2 semua sibuk beribadah. siang2 takde tenaga pulak nak melayan aku punya demand dan arahan.. hehe.

anyways, pada yg tertanya2 ramadhan kami di sini macamana.. senang kata xde beza pun dgn hari2 biasa. hubby balik dah malam, so dia dah buka puasa dulu makan ringan2, balik makan nasik mcm dinner biasa. aku pulak, as im already in my 37th week, mmg aku amik keputusan utk tidak berpuasa. sbb tak puasa pun dah asyik rasa nak tumbang. puasa kalu... tak bangun dr katil agaknya.

dah la poster hari ni aku citer pasal ramadhan in msia. kelakar pun ada. jepun2 ni terkejut, ha kene puasa sepanjang bulan? air pun takleh minum? aku jawab, dr sunrise ke sunset aje.. and org sakit, org mengandung, org menyusu, kanak2, tak wajib. baru diorg lega. tapi tricky jugak nak terangkan dgn cara paling mudah utk diorg paham. dgn bahasa jepun merangkak2.... adoi....

tapi apa pun, aku rasa topik ni agak interesting. tak tau la depa pk apa kan. dan aku rasa perlu utk aku cerita pasal ramadhan ni. sbb masa dok sibuk buat script presentation tu, aku baca wikipedia in japanese pasal ramadhan, dahsyat sungguh explanation nye. siap mention pasal taliban yg kononnya dlm bulan ramadhan masih buat jahat, and how org2 muslim kaya naik kapal terbang travel jauh2 supaya duk dlm keadaan musafir so tak payah puasa... perghhh... sapa la yg buat artikel tu. mmg nak memburukkan islam sungguh.

tapi aku pun dgn asyik tak dtg je pun tak menunjukkan contoh yg baik sebagai seorg muslim jugak. mmg malu la. tapi respek dgn sorang indonesian dlm kelas kami, pada aku dia la best student dlm kelas tu. xpenah ponteng, paling rajin, paling pandai, paling modest, paling baik, paling suka tolong classmates, tak annoying... very decent bloke. terselit rasa bangga ada muslim macam tu.

tu yg bila dtg sini n jumpa fellow indonesian malay muslim.. rasa mcm jauh sangat diorg ni dari yg datang negara kita jadi pembantu rumah ni. dan jadi sgt tak setuju bila baca komen2 majikan2 atau masyarakat sekeliling mereka ttg indonesians. selalu kata, biasa la indon, indon gitu gini. well let me tell you yg aku jumpa kat sini 100 kali ganda lagi bagus dari orang2 yg komen pasal indon2 yg dtg msia tu. no kidding.

certificate utk course ni pun selamat dah amik tadi.. Alhamdulillah. cumanya aku harap, bahasa ni takkan berkarat dlm otak. sbb ada kat 2 bulan gak takkan kluar lepas bersalin nnti. kat lab pun, mmg cakap english je dgn labmates n sensei. so harap nye takkan ditinggalkan la apa yg aku dah kaut kat intensive course ni. tapi kalu nak suh aku amik normal course kat campus kecik ni... mintak mahap jer la ye.. kerana masa sgt mencemburui daku di sini.

somehow hubby agrees with me regarding this how fast time is flying here. sedar tak sedar, dah 4 bulan kami kat sini. pejam celik 2x, satu semester dah habis. aku ada 5 semester lagi sebelum sensei pencen, plus another semester nak habiskan PhD. terlalu laju! (but not that i want it to go slower. lagi cepat lg bagus!) kdg2 hubby balik, makan borak layan anak etc, tengok, aik dah kul 11 malam?? pdhl kat msia pun biasa je dia balik waktu2 mcm dia balik kat sini. ntah la tapi tak pernah rasa masa berjalan cepat mcm ni kat Msia. we dont know why. mungkin lifestyle nye kot. aku ni pun pujuk hati/buat tak layan je bila memikirkan argh susah nya hidup kat sini! sbb nya kami tau ia cuma sementara je. bygkan org jepun yg mmg hidup dlm keadaan ni... adoi. mmg la hari2 ada org bunuh diri.... aku rasa mmg boleh paham dah kenapa life kat sini sgt stressful.
kelaka betul lately ramai org share satu gambar kat facebook. gambar ni :


dlu aku pun akan setuju dgn gambar ni. tapi sekarang... haa... korang taktau betapa bertuahnya korang dapat buat bad habits tu semua. aku malas nak terang lebih2, tapi amik satu contoh iaitu point kesepuluh pasal being late tu. cuba dlm hidup tu lewat 1 minit pun dikira being late.  mmg kat msia pun ramai akan terjun depan keretapi. hahaha.. 

ok lah nak take a nap before kejut hubby bangun sahur. dia ni skarang jadikan bini nye alarm clock. alasan nya, "ibu kan queen of the house..." tapi telinga aku ni mcm dengar, "ibu kan kuli of the house.."dgn aku2 skali bergolek gelak bila aku cakap macam ni. 

Ahh life is good.. takde lain yg boleh sebut selain dari.. Alhamdulillah....

bye2.

Tuesday, July 24, 2012

Cuteness overload

jangan marah aa.... 






Self research declaration n Baby Blanket GAP


Makin nak dekat bersalin ni, makin galak pulak aku mengomel kat sini. Ni mungkin sbb aku rasa, bukannya buleh pregnant byk2 kali dah. abis kuat pun 2 kali lagi(insyaAllah itu perancangan aku.. tapi apa pun Allah swt yg sebaik2 perancang.. ) so i want to cherish the moment while im waiting for my sweet baby to come out. cerita sedih ke, happy ke tak kisah. i just want to remember how i felt during these moments.

ok kita teruskan dgn update2 menarik dan juga tak menarik dlm hidup aku skarang ni..

tadi, selesai sudah kelas2 seminar di lab ku utk semester ni.. kami semua anak2 kambing dlm lab tu diwajibkan present kami punya self-research declaration sempena cuti musim panas ni. sbbnya  sepanjang bulan august n september mmg takda seminar dlm erti kata lain tak wajib dtg lab.. hehehe. mcm budak undergrad ler pulak kan. cuti 3 bulan suma nak balik kampong. tapi bezanya dgn lab aku ni, ok, ko tak dtg lab takpe, tapi kene plan apa nak buat 2 bulan ni, n what is your target by the end of it.

tokojut gak sstgh org bila tau kitorg takyah dtg lab. sbb nye mmg dah sedia maklum student postgrad mana ada cuti semester. hey dah sensei tetapkan gitu, ikut jer la. mu nak dtg lab takde sape nak halang.. mu nak balik buat keje kat rumah pun xde sape halang. tapi sbb dah present apa ko punya plan spnjg cuti ni, naik balik sok siap la kene tanye, tercapai tak target b4 cuti haritu?? hohoho..

sbb tu la aku rasa enjoy jugak ler duk dlm lab ni. sensei otai.. paham dah perangai anak2 kambing beliau. nak paksa2 pun semua dah dewasa. bukan budak undergrad nak dipush2. honestly i like his style. sbb tu la aku tak paham bila sorang lagi research student mcm aku, ca alip but dari lab ni.dgn alasan dia tak leh terima cara sensei aku handle students. dia ni jenis yg perlukan one to one consultation dgn sensei. walhal sensei aku dgn 35 students mana la ada masa nak layan sekor2 anak kambing ni one to one. sbb tu kitorg ada seminar 2 kali seminggu. the seminars include book reading, article reading, basic seminar where everybody takes turn to present their work. so that everybody can learn from them. semua teguran,komen2,cdgn2 dr sensei, semua boleh dgr. semua org boleh tanya soklan. in the end semua org would benefit from it. awat la mamat iran tu boleh nak blah pegi lab lain pulak?? dah la tu meninggalkan aku terkontang kanting menjadi research student sorang2 dlm lab tu. mamat tu ada dlm gambar japanese intensive course kat bawah ni. teka la mana satu. sonang je sbb dia sorang je org middle east. hehehe. mmg sensei aku a bit kecewa dgn tindakan beliau. ni kisah 2 bulan lebih yg lalu tp aku nak mention gak kat sini. dah la sama2 monbusho dgn aku. sama2 muslim. buek malu yo... ye la sensei tu yg terima ko sampai ko dapat jejak kaki kat bumi jepun ni. dah sampai sini ko nak campak dia ketepi lak en... mamat ni pening gak nak cari sensei baru yg nak accept dia haritu. sbb nye semua sensei yg dia email, pi email balik ke sensei aku ni seolah2 menanyakan, whats up with this kid? mmg kid pun. dlm kelas nihongo tu agak playful. baru kawin. dtg sini nak enjoy n experience the culture. walhal sensei aku tu, as i said b4 dah nak pencen. org lain yg dtg under monbusho tahun2 sebelum ni jadi research student setahun baru masuk doctoral program. tapi aku ni 6 bulan dah jadi doctoral student dah aka D1, insyaAllah bulan 9 ni. so si mamat iran ni takleh cope with the pressure la kononnya. meh sini tukar tempat dgn aku nak? baru ko tau apa itu maknanya pressure. hehehe. tapi Alhamdulillah semuanya turn out well for him. senasty2 aku taknak la tgk dia kene hantar balik sbb dah takde org nak sokong application dia nak masuk doctoral program ni kan. ada la sorang young assoc. prof kat dept yg sama yg sudi terima dia. itu pun sbb sensei aku yg mintak dia accept. tak ke menjatuhkan air muka sensei aku? tak malu sungguh tau budak tu. padahal dia dah pegi bukan setakat dept kitorg, dept lain, fakulti lain kat main campus. even pegi todai! tak paham apa yg bermain difikiran dia. ini salah satu reason kenapa aku jadi lagi tekad nak buat yg terbaik dlm lab aku tu. nak tunjuk kat sensei. bukan semua monbusho scholar camtu. dan yg penting, bukan semua muslim macam tu! suka2 nak quit n ca alip but when things get tough. mcm kita pulak yg kene pick up the pieces. dan seperti yg aku kata, sensei aku dah nak pencen. so sbb si mamat iran ni blah pegi lab lain, kemungkinan besar aku la doctoral student beliau yg terakhir... wah lagi terasa pressurenye di situ. tapi insyaALlah, aku rasa dah boleh tangkap macamana sensei aku ni bekerja. apa dia suruh buat, apa dia cdg, ikut je. coz obviously he knows better. kalu dia kata tak cukup, buat lagi. klu dia kata salah, repair. buat sampai dapat. gitu lah kisahnye.

berbalik kepada self research declaration tadi. sorang cume perlu present 3 slide je. 5 minit. pok pek pok pek. aku org ke-3. dapat komen, target tak cukup. hehehe. padahal aku bantai je buat slide tu semalam. takde target pun. target aku nak beranak je cuti ni. tapi stakat reading books n articles n sitting in front of the pc exploring stuff. boleh buat jugak kot aku punya plan tu.. tapi awal2 present dah bagi mukadimah dah, setakat ni kelas nihongo tak habis lagi. minggu ni last, lepas ni baru boleh fokus pada research n study... kira ok la tu, pening2 dgn kelas bahasa pon, entrance exam lepas, english exam lepas, boleh start fokus nak create J1 this early.. wpon bila boleh submit nye tu wallahualam.. tu yg rasa hii cepat la nihongo class ni habis... mmg melarikan tumpuan sungguh2 laa!! tu yg aku kata, bukannya saja2 taknak fokus blajar nihongo, saja2 taknak practice, saja2 xnak buat homework hari2. mmg xde masa!! boleh nak jadi bagus. bagi blajar bahasa je, mcm sstgh classmates lain. sensei lab tak kaco langsung. dah aku ni kene kaco. kene gak gi seminar tiap2 ptg isnin n jumaat.. present itu ini.. mabuk wei (tu yg mamat iran tu lari.. lembik!) tapi aku tak kisah pun sbb aku pun nak ca alip but asap dari sini.

so, sekarang ni kene bersabor 3 hari je lagi sampai khamis ni. utk present poster n mengarut dlm nihongo sempena closing ceremony japanese intensive course tu. besok siapkan poster n script dlm english, malam mintak hubby translate dlm japanese. hehe. rabu pagi pegi hospital utk final check up 37th week, pastu aku nak pegi GAP sbb dapat kupon 40% off for normal price merchandise (nak beli satu lagi blanket utk baby.. kain dia sedap giler! tapi corak yg lain cuma ada kat GAP Shibuya je. GAP kat outlet kat rumah aku n yg ada on d way nak gi spital tu sama mcm yg aku dah beli sebelum ni.. ) - tgk la 3 kedai GAP boleh sampai anytime. mujur la aku belum biasa lagi dgn fesyen jepun ni. dah biasa/byk duit sok.. siap....

lepas je kamis ni..... taknak tgk buku dah sampaiiiiiiii raya!!!! do you hear me?!!!! no more study until raya!!!!!!!

ok gambar penutup.. blanket yg target nak beli :



ni yg dah beli haritu, n ada kat semua store.

ni cuma ada kat gap shibuya. ni boy punye design, xcomel sgt. tapi takpe nak gak. kain sama sedap.

bye2.

Saturday, July 21, 2012

Plan terbantut


Plan nak basuh2 baju baby wiken ni terbantut. Tensen pulak hai. bila dah plan elok2 ada benda yg dtg mengganggu mmg boleh buat satu badan hangin, sudahnya takmau buat apa2. tido lagi baik. begitu lah dahsyatnye bila mood swing dah datang.
Kelas bahasa jepun atau nihongo dah berlalu. result final exam mmg hampeh. ppl tell me to take it easy, tapi kalu sensei pun tak take it easy, camano? ni yg buat aku benci dgn cikgu2 bahasa ni tautak. cikgu english ke, ustazah bhs arab ke, cikgu bm ke, now sensei nihongo. fanatik sgt dgn bahasa yg diorg ajar. ingat dlu masa skolah menengah, budak2 yg terer english jadi kesayangan cikgu english. budak2 terer bahasa arab jadi kesayangan ustazah bhs arab (suami aku ler tu!! sampai dah kawin ustazah kenal dia. aku ni tak ingat pun... poooohh!!), cikgu bahasa melayu pun over sensitip klu org salah guna ayat.
hiii aku rasa belajar bahasa is much more than that la.. aku tak bagus bukan makna aku tak cuba. ingat sng ke blajar bahasa. cuba suruh depa blajar bhs lain pulak. sensei yg skema kat sini pun wpon penah gi blajar kat us sekejap, sebut level one masih lagi raberu one. bengang tau. bahasa bukan nye dlm 3 bulan dah boleh terer. budak lain nak terer lantak pi depa la. blajar tunggang tebalik semata2 nak pass. pastu bukannya guna sgt pon. kalu dah research buat dlm english, cakap dgn sensei dlm english. grrrrrr....

salah satu sbb lagi kenapa tenson pasal kelas nihongo ni adalah besok sebenarnya dah masuk 37 minggu. baby can come out any time now. cakap kat hubby, dibuatnya besok sakit kene pi hospital? pedulik apa ko nak suh aku dtg present poster ke hape ke minggu depan kalu nak bagi aku sijil. siap kata klu x present poster takleh dpt sijil intensive course tu. yg aku berkali2 nak pitam dok dlm train pegi kelas tu ko tak pk. pastu nak salahkan aku dtg jugak wpon pregnant. hei klu aku tunggu lepas bersalin ko nak sponsor pulak aku dtg sini ke? sensei lab aku pun takleh accept kalu aku pilih utk dtg oktober sbb dia pun nak pencen dah 2015 ni. benci betul. (masaapply scholarship haritu boleh pilih utk dtg april or october. wpon aku boleh pilih utk dtg october iaitu lepas baby lahir, aku still nak dtg april gak. sbb rasa kalu tangguh takut ada hal lain pulak yg buat takleh dtg sini.)

ekceli sensei nihongo ni penah tanya masa awal2 dlu, masa dtg sini dah tau ke pregnant. apekah punye soalan tu..... kalu tau dah pregnant takleh dtg ke... lagi skali aku nak tanya, sape yg bagi aku rezeki ni. orang ke. manusia ke. bukan kan.. yg ko nak soal macam2 tu ape sal. dah la tipu masa ada klas trip pegi satu tempat ni. kata tepi laut la etc. aku tanya, banyak jalan tak? dia kata taktau la, kalu tak larat boleh duduk kat kafe la sementara org lain jalan. aku dah sense mcm tak kena, so aku tak join pun trip tu. sekali tgk klasmate tangkap gambar. kene panjat tangga tinggi gila ok! utk pegi tengok temple pulak tu!!!!! dlm hati, ceh nak cover konon... silap besar.. tgk air muka pun tau nak sorokkan fakta sebenar.

hii bengang2...

if there are a few things im good at, one of them is, reading ppls expression. masuk bakul angkat sendiri tapi who cares.

dapat suami yg err... banyak akal ni mmg makin handal la baca perangai orang. oi aku bukan ngumpat suami aku oi. dia dari kecik lagi mmg budak bijak, mcm2 idea dlm kepala (bdasarkan cerita mak,ayah,kakak dia, dan juga pemerhatian aku sendiri sejak kenal dia di umur 14 tahun). so kene prepare utk anak yg mungkin ada byk akal gak. lama2 ni makin terer baca perangai orang.

anyways what i meant to say it.. byk betul pandangan serong orang2 jepun ni pada aku yg perut besar ni datang stadi kat tokodai ni. semua risau. masa entrance exam utk masuk ke doctoral course ni, hal ni jugak yg jadi tajuk soalan. anak macamana. aiyaa.... padahal aku nak feedback pasal future plan nak dapat phd ni. depa pi risau hal lain pulak. anak2 tu biar la aku uruskan.. just bcoz u dont see it happening here, doesnt mean that it does not happen anywhere else...

bukannye kalu ada keluarga takde masa nak siapkan phd. aku tau labmember aku yg foreigners pun brapa ramai yg buat baito.. sbb cost of living kat tokyo ni tinggi. stakat scholarship mmg tak cukup. so apa bezanya. at least takde aku huhahuha nak pegi parti sana sini, jalan sana sini. mmg pegi lab,pegi kelas, balik rumah. wiken je jalan kdg2. rasa dgn keadaan kewangan mcm ni,dgn sensei nak pencen soon, dgn hubby kata, my company needs me in msia. so we need to go back as soon as u get ur phd. mmg tak kemana la kami ni.. ah tapi aku tak kisah pun. rasa dok tokyo ni dah sangat2 interesting dah. dgn syorga beli belah shibuya tu 40 menet je dari rumah. disneyland boleh pegi balik hari... more than enough dah pada aku. klu hubby nak gi main snobod dia tu time winter setahun sekali, ah silakan... cukup dah. waktu lain mmg akan fokus kat blajar n family je. itu pun patut dah lebih dr bersyukur dah kan?

n bukannye kalu ada anak or pregnant IQ mak ni akan turun. ini pun kene buktikan kat sensei gak. haritu amik toeic dapat kat2 full marks. komen dia nmpk macam dia impressed. padahal aku rasa soklan senang jer. reading n listening je. yg buat aku nak muntah sbb sampai 200 soalan. tapi objektif je kot... bukannya subjektif. mmg tak mustahil ada org boleh dpt perfect score. exam english utk monbusho haritu jauh lg susah. tapi impressed nya sensei sampai tunjuk kat examiner lain masa entrance exam. padahal dlm hati aku kata, terer english tak semestinye terer blajar benda lain. tapi kalu dia dah anggap macam tu, masak ler aku. sudahnye dlm seminar pun tak nak cakap english byk2 dah. dia anggap aku sng paham bahasa baru (padahal dah blajar english dr dajah 1. sini dah brapa belas tahun baru blajar english). makin kurang dia nak translate jpns ke english dlm seminar dah skarang. aku yg tensen. dia taktau aku cuma paham 50% je dr nihongo yg dia cakap tu.. adeh la sensei..

lagi satu, ni aku omelkan jugak ke suami, di sbbkan mak2 jepun ni bila kawin beranak je terus dok rumah, mcm syumul sangat. tapi aku kata, alah dok rumah dgn anak sampai dia 10 tahun pun belum tentu anak tu turn out jadi baik. kalu cam tu seluruh jepun ni dipenuhi dgn org2 yg baik2. ni byk sakit jiwa je aku tengok.
mak2 jepun ni pun byk yg aku tgk esp kat tokyo ni, tgh2 hari or awal ptg dok berkumpul dgn mak2 lain mcm utk sesi play date ke, tunggu anak2 balik skolah,tadika ke... depa sibuk borak je (dah boring dok rumah tak buat apa2.. laki dah malam baru balik mcm laki aku..)... anak lari kat jalan batu2 buat dono je.  anak lari kat kwsn rumput yg curam buat dono je. anak naik beskal kat jalan curam buat dono je. haritu nampak satu group mak2 dok sibuk borak2 kat taman depan stesen ketapi, anak dia biarkan dok atas bench, gedebuk budak tu jatuh tersembam sbb bench tu agak tinggi. naik suara mak dia mcm salah anak tu pulak dia terjatuh. padahal aku rasa baby tu baru setahun lebih kot. ingat aku tak nampak ke semua tu. pastu dok lunch bawah pokok suap anak makan mcdonalds.. tu belum cerita anak baru 2-3 tahun dah kene pakai baju,seluar,pampers,kasut sendiri. yg ko tu dok rumah je buat apa? tu yg boring sampai kene keluar kawan dgn mak2 lain tu. bila anak dah besar, keluar rumah, tinggal lah depa ni berseorangan. dah ko ajar anak ko buat semua sendiri masa kecik. dia dah besar dia pun suh ko buat semua sendiri jugak la kan? kan bagus kalu paham depa paham maksud rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kamarabbayaa nissoghiro.. baru akan treat anak dgn lebih kasih sayang.
nak cerita pasal warga tua kat jepun ni lagi sadis. dah bongkok seribu masih kene keluar naik bas/train sendat sbb nak beli brg dapur. brapa byk mati sorang2 dlm rumah n org cuma tau bila dah rumah dah ada bau......

ada satu peristiwa menarik masa kami tgh beli groceries kat supermarket baru2 ni. ada satu mak ni tgh beli brg gak dgn anak dia. mak muda, anak kecik lagi dari umar tapi girl. the kid being a kid, mmg nak pegi pegang semua barang la. segala mala price display dia nak pegang/tarik.. yg mak nye dok sebut, "dame! dame!" meaning, tak boleh! tak boleh! (si umar pun itu la perkataan nihongo pertama dia sebut. dame! cikgu byk sebut kat skolah la ni.) sekali masa tgh bayar brg2 kat kaunter, dgr ada baby jerit/protest/nangis kuat gile mmg malu la kalu jadi mak. bila kitorg toleh, tgk, that girl yg tgh mengamuk dgn mak dia. hubby kata, ha tu la cakap lagi dame dame kat anak.
tergelak aku dgr suami cakap camtu. tapi mmg betul pun. budak tu 3 tahun belum sampai lagi. mak nye dah cakap. itu takleh, ini takleh!
bukannye nak kata, biarkan dia nak buat apa yg dia suka. tapi nama pun budak. takde ke perkataan lagi lembut dari dame tu. kalu bm mungkin ada, jangan.. intonasi pun kene lembut. dame tu lebih kepada, tak boleh! dah semuanya tak boleh, apa yg boleh? menjerit la yg boleh. no body can tell me that i cannot menjerit because this is my voice and i can do whatever i want with it.

n takde pun nampak cium anak ke, peluk anak ke, jalan pun tak pegang tangan... ok mungkin sbb bangsa diorg ni very private. tak tunjuk affection sgt. but i wonder, kat rumah pun tak tunjuk ke? bukannya org boleh baca perasaan kita, wpon org tu anak/suami sendiri. klu u tak cakap, u tak tunjuk, how would they know? jadi lah mereka bangsa yg membesar dgn tanggapan, aku hidup di dunia ni nak buat benda bagus utk mankind dan tidak menyusahkan orang lain! hasilnya hari2 keluar notis kat papan tanda jadual keretapi, ada kemalangan melibatkan nyawa. sbb hari2 ada org bunuh diri. sbb dah penat hidup tanpa menyusahkan/xnak bergantung pada orang lain... isnt that just sad...

seriously 3 bulan baru dok sini, mcm2 perangai msyrkt jepun ni masuk dlm kepala. kata2 sstgh org yg aku penah dengar iaitu, jepun ni cara hidup diorg dah perfect, cuma takde hidayah je lagi. kalu ada mmg jadi masyarakat yg ideal. pada aku, mmg jauh panggang dari api. byk lompongnya di sana sini. smalam boleh cikgu skolah umar ni, balik sekali dgn kitorg, jalan kaki tuju ke stesen ketapi, dia tak acknowledge pun yg dia kenal umar/aku ni. masa tunggu train pun betul2 duk depan kitorg cuma arah berlawanan. dia buat dono je. umar dok tengok berkali2, eh tu cikgu aku tu, gaya dia. aku pun heran. takleh tegur ke? professional sampai tahap macam tu ke? outside the school i dont know u. is that it?

dah la penat aku membebel. tu yg kdg2 nak keluar rumah pun malas. mmg ingat dlm hati ni, hantar anak pegi skolah, aku pegi skolah, balik skolah, amik anak dari skolah, balik rumah. wiken kita dok rumah spend time sama2. dah. orang2 kat luar sana ramai sgt prejudis dgn makcik bertudung perut besar bawak beg skolah menuju masuk ke tokodai. aku rimas!

ni baru dari aku punya side. belum side hubby lagi. camana org2 company dia komen bila tau situasi kami ni. lagi dahsyat. boleh tak jgn dok bawah tempurung je n cuba blajar budaya masyarakat lain yg datang tempat korg ni??  melainkan ko nak kata ko lah bangsa paling perfect kat dunia ni. which we all know is not true.

bye.

Friday, July 20, 2012

Japanese Intensive Course

i look old. (and i look like my mom)

Tuesday, July 17, 2012

36 weeks and counting

isnt this cute or what?

cubaan menjahit newborn pants Alhamdulillah berjaya, kot. korek kotak yg berisi baju2 lama umar. dapat la 2-3 helai seluar newborn n 0-6 months utk dijadikan contoh. cuma tak pi beli lagi tali getah utk pinggang seluar ni. aku masih fail lagi dalam menjahit terutamanya kat bahagian cawat tu.. ye le kalu nak pandai patutnya pegi kelas menjahit, biar ada cikgu yg tunjuk the correct way. tang baju pun sama. kat ketiak mmg fail la nak jahit. ikut logik je. kalu ada cikgu baru boleh tunjuk benda yg tak terlintas kat kepala ni. tgk video kat youtube pun tak cukup... nak belajar mmg kena berguru.
satu lagi benda yg rasa agak kelaka, kain2 ni bawak utk jahit tudung sebenarnye. tapi dah beralih arah. guna utk jahit seluar/baju baby je lah. kain jenis lycra cotton yg sejuk n stretchy. sgt sesuai buat baju/seluar esp utk girl. klu boy tak brapa sbb mcm stretchy. tak penah terlintas pun nak guna kain ni nak jahit selura utk umar. utk umar guna kain cotton biasa yg non stretchy. nampak boyish sikit. 
tudung2 pulak, so far bekalan masih mencukupi. kalu dah lusuh nanti, either dah balik malaysia beli tudung lagi, atau mintak akak den poie munawwarah belikan tudung utk gue. 
nak htr barang kat sini insyaAllah tak susah. every couple of months ada je kenalan,ahli keluarga or sanak sedara yg datang. so far dah 2 group dah. satu sepupu hubby, satu kawan sekolah hubby. tak lama lagi adik hubby nak datang, pastu parents hubby. hoi semua nya dia punya. bila kawan,keluarga aku pulak nak dtg ni????? hohoho.... tapi mak ayah aku dah sebut dah, they would prefer if kami yg balik. so that semua boleh jumpa. kalu dtg brapa org je yg boleh jumpa kami. tu bukan tuju kat aku sebenarnya tu tapi kat anak2 aku. ramai nau nak gomol2 depa. so theyd rather wait for us to come back. insyaAllah.. doa2 kan dapat balik sat b4 the end f this year. ada mcm2 reason kenapa kena balik.. new born baby punya urusan (think hard, apa kah yg kene buat sampai perlu balik).. n hal fellowhsip tu. dokumen2 kene submit within 3 months.. ni semua alasan yg nak kena bagi kat sv kalu nak balik. dia takde la strict sgt tapi nak la nampak sebab musabab yg penting lagi tidak boleh dielakkan... 
as of now, until the end of august masih perlu berada di sini utk urusan2 kemasukan ke doctoral course. come september, insyaAllah jadual kosong sampai hujung nya, bila new semester starts. 
result entrance exam keluar dlm tgh september. wpon unofficially dah tau dah mmg akan masuk, tapi kena tunggu gak official result dari uni. so for now i just need to keep reading n reading.. which can be done no matter where i am.. hopefully....
perihal beranak pulak, aku dijadualkan utk elective cesarean pada 3 august ni. kenapa elective cesarean? sbb kat sini mmg once a cesarean, always a cesarean. itu je yg mampu aku explain. nak fight utk cuba vbac pun tak tau berguna ke tidak. bcoz last time masa bersalinkan umar pun, bukan masalah yg one time thing, mcm breech ke, umbilical cord terbelit ke, jalan tak bukak ke. semua nya perfect except, kepala baby tinggi. n most probably due to the fact that tak muat nak lalu tulang pinggul. i had to read all of my previous blog posts regarding giving birth to umar to come terms with this situation.
awal2 masa tau nak kena elective cesarean ni mmg sgt sedih. i wnt to try to give birth normally. nangis2.. sampai rasa nak balik bersalin kat msia. tapi hubby pujuk, redha lah. mungkin ini yg terbaik. aku pun buat la solat istikharah mintak petunjuk. call mama berkali2 nak luahkan perasaan n mintak pendapat. lama2 hati ni pun lembut n redha dgn ketentuan Ilahi. perhaps this is the best for us.
and now, at 36 weeks.. hari2 sudah merasakan braxton hicks contractions. esp today! perhaps due to the fact that semalam berjalan tak hengat dunia kat shibuya. pegi crocs,gap,seibu,oicity, lunch kat yoyogi park. 2 km jugak jalan rasanya. hari ni rasa perut mcm dah turun! hoho.. sakit2 pun dah beralih tmpat. so i know my time is getting nearer. that is one of the reason kenapa takleh focus dah ke hal2 blajar, sibuk nak shopping brg baby n so on. i feel like she can be ready to come out anytime now. walhal belum masuk tempoh matang lagi.(hjg minggu ni matang ler insyaAllah) orang keliling pun memahami. takde pun push2 suruh buat itu ini. rilek sudah. kdg2 jeles jugak bila teringat mak2 kat msia, up until the delivery day masih mampu ke opis. alah tapi tu drive or org htrkan. cuba kene jalan kaki berjam2 cam kat sini. boleh ke? jgn marah ni ayat2 nak menenangkan hati sendiri sebenarnya. last time masa mengandungkan umar pun, dlm hujung bulan ke tujuh dah dok lepak rumah dah. masa tu baru habis 1st semester masters. best je lepak kat rumah, menjahit, main game sambil tunggu umar keluar. tu yg skarang ni bila dah start sakit2, keinginan nak balik rumah tu sangat tinggi. rindu kat mama n abah. rindu nak rehat2 je. i told hubby,"rindu nak balik rumah.." hubby kata, "ni pun rumah jugak.." makin panjang la sedu sedan.. rumah ni takdo mak bapak den.. huhuhu.. sabor mas.. sabo.....
ok itu je la utk hari ni. besok ponteng lagi kelas terakhir nihongo sbb ada appointment kat spital. now dah 36 weeks, weekly dah kene pegi appointment. tapi tak sampai week 40 la sbb week 38 dah kena operate... sekali lagi, aku mohon kawan2, kenalan yg membaca supaya doakan semuanya berjalan lancar... 

till next time. bye2...

Saturday, July 14, 2012

Pink, with a dash of yellow and blue

comel sangat tak tahan

honestly dah takleh pikir pasal exam nihongo ka, research ka, offer fellowship dari msia tu ka... 
hari ni ajak@paksa hubby pegi one stop baby center nak angkut sume baju2 n barang baby. wpun byk keja lain lagi tp aku bagi alasan, "kut tak sempat kang.. haru awak nak pegi beli sendiri.." heh heh heh. 
mmg kalau nak diikutkan masa dah suntuk sangat2 dah. wiken ni beli brg, wiken depan basuh, wiken lagi satu prepare rumah utk penghuni baru n bekalan makanan utk hubby,umar n adik hubby sepanjang aku berada di spital. takde masa dah nak pegi beli barang. hopefully cukup la ni.
tapi agak menjadi masalah bila pakaian baby kat sini tak sama mcm kat malaysia. sini punya berlapis2. pening tengok. nak pesan kakak aku beli dr msia,  takut tak sesuai dgn cuaca pulak. dia beli 3-4 pasang newborn clothes jadi la. lain suma aku beli dari sini je senang. tapi kan. kalu nak diikutkan negara cuaca 4 musim ni kan, US,UK pun 4 musim gak. aku tgk oshkosh, carters, gap, takda pun berlapis2 mcm jepun ni? leceh tau. mahal pulak tu bila dah kene beli byk. pandai2 la aku mix n match sendiri nanti.. n most probably kene jahit sendiri newborn pants. mujur bawak byk kain lycra cotton yg kononnye nak jahit tudung haritu. lembut,comfy utk buat sluar baby imho. tgk lah apa hasilnya nanti. mampu tak nak buat semua nya sebelum 2th of August!

anyways wiken ni adalah a 3-day wiken sbb isnin adalah cuti. the pregnancy hormones have driven me to suggest ridiculous things to hubby such as, "jom pegi disneyland besok?", or. "kenape tak penah kata,[kesian ibu masak hari2, hari ni takyah masak la kita pi makan saizeriya..]".. etc etc.


ok dah tak larat nak tulis. harap2 besok hubby setuju nak pegi shibuya utk gi softbank shop yg ada english speaker(my suggestion jugak) n ehem also do some more baby shopping. pastu gi akihabara makan kebab! alasan : kalu tak pegi besok, plg awal pun late october baru mampu pegi downtown tokyo balik.. huhu.. hubby kesian lah isteri mu ini...

Wednesday, July 11, 2012

cerita sikit2

ok i have to admit, nak cari masa update panjang lebar memang susah sgt nak dapat. lagi baik la tulis sikit tapi kerap. nak tunggu ada 2 jam nak mengarang, sampai abih phd sok mungkin takde kot.
hari ni i felt a bit better than the past couple of days, so i went to the main campus for my nihongo class. peratus kedatangan dah berada di bawah 80% tapi masih di atas 70%. hopefully takkan turun bawah 70% lah. buek malu den yo.
bukan kelas tak best, bukan kawan2 tak best. caye lah, kelas mmg best, blajar benda baru mmg best, kawan2 lagi best. tapi aku dah tak larat nak jalan kaki n berdiri dlm train. sampai main campus rasa perut macam nak luruh. sampai je kelas, amik nafas sikit, ok lah. sbb dlm kelas duduk je. tapi nak menyampai ke kelas tu yg perit. nak balik pun sekso. Ya Allah please give me strength to complete this language course.
dan yg paling terharu sekali, sampai je kelas tadi, klasmates n cikgu sambut mcm rindu sangat. (sbb dah 3 hari ponteng + 2 hari wiken) dgn perut besar jalan pelan2 masuk kelas. kelaka pulak bila ingat balik.
selalu nye gini la. wpon tempat tak best ke, kene buat benda susah ke, selalu compensate dgn berkata, kalu aku tak dtg sini, x terima offer ni, or keja ni, or peluang ni, i would not have met these wonderful people. contoh : infosys, apiit, n monbusho ni lah.
eheh aku ni suke jugak keluar bertemu dgn kenalan baru rupanya. bukan la suka dok ngadap komputer je. lama2 pun jadi biol. sesuai la dgn kerjaya pilihan ni insyaAllah.
oh ye satu lagi perkhabaran gembira, sudah menerima tawaran bersyarat dari sebuah uni di klang valley. utk berkhidmat dgn mereka setelah pulang dgn PhD nanti insyaAllah. the bottom line here is, we need as much money as we can get. nak survive hidup kat tokyo dgn 2 orang anak yg dihantar ke nursery swasta... pendek kata scholarhsip aku habis utk sewa rumah dan nursery anak2 je. brapa jumlah nye? ada la 6ribu rm setiap bulan. so honestly i welcome any support from any institution yg sanggup menaja aku di sini, disamping scholarship yg aku tgh dapat skarang ni. yes mmg suami bekerja jugak, tapi aku nak hidup senang. bukan mewah, just senang. as of now mmg cukup makan, tapi mahu lebih sikit utk keselesaan keluarga, iaitu, kereta! nak beli barang dapur, jalan2 hujung minggu senang. n nak htr anak2 gi nursery pun senang. doakan semua berjalan lancar....

besok sambung lagi kalu ada kederat.
bye2..

Monday, July 09, 2012

janji tinggal janji

haritu janji nak tulis entri panjang gile wiken lepas. tapi tak kesampaian pulak. tengok2 dah bizi balik. kali ni bizi dgn quiz, exam nihongo. need to chatch up selepas ponteng kelas 2-3kali seminggu bulan Jun. sbb badan dah tak brapa nak larat n sibuk prepare/pk pasal entrance exam phd last week. now dah lepas entrance exam boleh la fokus balik ke nihongo class. nihongo final exam is in 2 weeks. wpon takde credit/grade, tapi korok2 mesti la nak pass kan (60%). at this moment mcm mustahil je. stress haku. malu la kalu fail.
tapi, at 35 weeks, nothing much i can do. ikut hati malas dah nak pegi main campus utk nihongo class tu. tapi kuatkan diri jugak. balik pengsan. counting down the days i have to take the dreadful congested train every morning to ookayama, where the main campus is located. 12 hari je lagi mas! bertahan lah!!

ok bye.

Saturday, July 07, 2012

PINK

Waiting for our new arrival next month, insyaAllah.

Excited sbb lama dah teringin nak beli. skang baru ada peluang. n ada outlet dekat dgn rumah yg GAP tgh sale 50%. kuikuikui.

Tuesday, July 03, 2012

hanya seminit utk update blog

looking back, sometimes i don't know how did i end up here.

perut, boleh tak berenti buat mcm2 bunyi?

i promise this wiken akan buat entry panjang lebar gile2!