Tuesday, July 17, 2012

36 weeks and counting

isnt this cute or what?

cubaan menjahit newborn pants Alhamdulillah berjaya, kot. korek kotak yg berisi baju2 lama umar. dapat la 2-3 helai seluar newborn n 0-6 months utk dijadikan contoh. cuma tak pi beli lagi tali getah utk pinggang seluar ni. aku masih fail lagi dalam menjahit terutamanya kat bahagian cawat tu.. ye le kalu nak pandai patutnya pegi kelas menjahit, biar ada cikgu yg tunjuk the correct way. tang baju pun sama. kat ketiak mmg fail la nak jahit. ikut logik je. kalu ada cikgu baru boleh tunjuk benda yg tak terlintas kat kepala ni. tgk video kat youtube pun tak cukup... nak belajar mmg kena berguru.
satu lagi benda yg rasa agak kelaka, kain2 ni bawak utk jahit tudung sebenarnye. tapi dah beralih arah. guna utk jahit seluar/baju baby je lah. kain jenis lycra cotton yg sejuk n stretchy. sgt sesuai buat baju/seluar esp utk girl. klu boy tak brapa sbb mcm stretchy. tak penah terlintas pun nak guna kain ni nak jahit selura utk umar. utk umar guna kain cotton biasa yg non stretchy. nampak boyish sikit. 
tudung2 pulak, so far bekalan masih mencukupi. kalu dah lusuh nanti, either dah balik malaysia beli tudung lagi, atau mintak akak den poie munawwarah belikan tudung utk gue. 
nak htr barang kat sini insyaAllah tak susah. every couple of months ada je kenalan,ahli keluarga or sanak sedara yg datang. so far dah 2 group dah. satu sepupu hubby, satu kawan sekolah hubby. tak lama lagi adik hubby nak datang, pastu parents hubby. hoi semua nya dia punya. bila kawan,keluarga aku pulak nak dtg ni????? hohoho.... tapi mak ayah aku dah sebut dah, they would prefer if kami yg balik. so that semua boleh jumpa. kalu dtg brapa org je yg boleh jumpa kami. tu bukan tuju kat aku sebenarnya tu tapi kat anak2 aku. ramai nau nak gomol2 depa. so theyd rather wait for us to come back. insyaAllah.. doa2 kan dapat balik sat b4 the end f this year. ada mcm2 reason kenapa kena balik.. new born baby punya urusan (think hard, apa kah yg kene buat sampai perlu balik).. n hal fellowhsip tu. dokumen2 kene submit within 3 months.. ni semua alasan yg nak kena bagi kat sv kalu nak balik. dia takde la strict sgt tapi nak la nampak sebab musabab yg penting lagi tidak boleh dielakkan... 
as of now, until the end of august masih perlu berada di sini utk urusan2 kemasukan ke doctoral course. come september, insyaAllah jadual kosong sampai hujung nya, bila new semester starts. 
result entrance exam keluar dlm tgh september. wpon unofficially dah tau dah mmg akan masuk, tapi kena tunggu gak official result dari uni. so for now i just need to keep reading n reading.. which can be done no matter where i am.. hopefully....
perihal beranak pulak, aku dijadualkan utk elective cesarean pada 3 august ni. kenapa elective cesarean? sbb kat sini mmg once a cesarean, always a cesarean. itu je yg mampu aku explain. nak fight utk cuba vbac pun tak tau berguna ke tidak. bcoz last time masa bersalinkan umar pun, bukan masalah yg one time thing, mcm breech ke, umbilical cord terbelit ke, jalan tak bukak ke. semua nya perfect except, kepala baby tinggi. n most probably due to the fact that tak muat nak lalu tulang pinggul. i had to read all of my previous blog posts regarding giving birth to umar to come terms with this situation.
awal2 masa tau nak kena elective cesarean ni mmg sgt sedih. i wnt to try to give birth normally. nangis2.. sampai rasa nak balik bersalin kat msia. tapi hubby pujuk, redha lah. mungkin ini yg terbaik. aku pun buat la solat istikharah mintak petunjuk. call mama berkali2 nak luahkan perasaan n mintak pendapat. lama2 hati ni pun lembut n redha dgn ketentuan Ilahi. perhaps this is the best for us.
and now, at 36 weeks.. hari2 sudah merasakan braxton hicks contractions. esp today! perhaps due to the fact that semalam berjalan tak hengat dunia kat shibuya. pegi crocs,gap,seibu,oicity, lunch kat yoyogi park. 2 km jugak jalan rasanya. hari ni rasa perut mcm dah turun! hoho.. sakit2 pun dah beralih tmpat. so i know my time is getting nearer. that is one of the reason kenapa takleh focus dah ke hal2 blajar, sibuk nak shopping brg baby n so on. i feel like she can be ready to come out anytime now. walhal belum masuk tempoh matang lagi.(hjg minggu ni matang ler insyaAllah) orang keliling pun memahami. takde pun push2 suruh buat itu ini. rilek sudah. kdg2 jeles jugak bila teringat mak2 kat msia, up until the delivery day masih mampu ke opis. alah tapi tu drive or org htrkan. cuba kene jalan kaki berjam2 cam kat sini. boleh ke? jgn marah ni ayat2 nak menenangkan hati sendiri sebenarnya. last time masa mengandungkan umar pun, dlm hujung bulan ke tujuh dah dok lepak rumah dah. masa tu baru habis 1st semester masters. best je lepak kat rumah, menjahit, main game sambil tunggu umar keluar. tu yg skarang ni bila dah start sakit2, keinginan nak balik rumah tu sangat tinggi. rindu kat mama n abah. rindu nak rehat2 je. i told hubby,"rindu nak balik rumah.." hubby kata, "ni pun rumah jugak.." makin panjang la sedu sedan.. rumah ni takdo mak bapak den.. huhuhu.. sabor mas.. sabo.....
ok itu je la utk hari ni. besok ponteng lagi kelas terakhir nihongo sbb ada appointment kat spital. now dah 36 weeks, weekly dah kene pegi appointment. tapi tak sampai week 40 la sbb week 38 dah kena operate... sekali lagi, aku mohon kawan2, kenalan yg membaca supaya doakan semuanya berjalan lancar... 

till next time. bye2...

No comments: