Saturday, July 21, 2012

Plan terbantut


Plan nak basuh2 baju baby wiken ni terbantut. Tensen pulak hai. bila dah plan elok2 ada benda yg dtg mengganggu mmg boleh buat satu badan hangin, sudahnya takmau buat apa2. tido lagi baik. begitu lah dahsyatnye bila mood swing dah datang.
Kelas bahasa jepun atau nihongo dah berlalu. result final exam mmg hampeh. ppl tell me to take it easy, tapi kalu sensei pun tak take it easy, camano? ni yg buat aku benci dgn cikgu2 bahasa ni tautak. cikgu english ke, ustazah bhs arab ke, cikgu bm ke, now sensei nihongo. fanatik sgt dgn bahasa yg diorg ajar. ingat dlu masa skolah menengah, budak2 yg terer english jadi kesayangan cikgu english. budak2 terer bahasa arab jadi kesayangan ustazah bhs arab (suami aku ler tu!! sampai dah kawin ustazah kenal dia. aku ni tak ingat pun... poooohh!!), cikgu bahasa melayu pun over sensitip klu org salah guna ayat.
hiii aku rasa belajar bahasa is much more than that la.. aku tak bagus bukan makna aku tak cuba. ingat sng ke blajar bahasa. cuba suruh depa blajar bhs lain pulak. sensei yg skema kat sini pun wpon penah gi blajar kat us sekejap, sebut level one masih lagi raberu one. bengang tau. bahasa bukan nye dlm 3 bulan dah boleh terer. budak lain nak terer lantak pi depa la. blajar tunggang tebalik semata2 nak pass. pastu bukannya guna sgt pon. kalu dah research buat dlm english, cakap dgn sensei dlm english. grrrrrr....

salah satu sbb lagi kenapa tenson pasal kelas nihongo ni adalah besok sebenarnya dah masuk 37 minggu. baby can come out any time now. cakap kat hubby, dibuatnya besok sakit kene pi hospital? pedulik apa ko nak suh aku dtg present poster ke hape ke minggu depan kalu nak bagi aku sijil. siap kata klu x present poster takleh dpt sijil intensive course tu. yg aku berkali2 nak pitam dok dlm train pegi kelas tu ko tak pk. pastu nak salahkan aku dtg jugak wpon pregnant. hei klu aku tunggu lepas bersalin ko nak sponsor pulak aku dtg sini ke? sensei lab aku pun takleh accept kalu aku pilih utk dtg oktober sbb dia pun nak pencen dah 2015 ni. benci betul. (masaapply scholarship haritu boleh pilih utk dtg april or october. wpon aku boleh pilih utk dtg october iaitu lepas baby lahir, aku still nak dtg april gak. sbb rasa kalu tangguh takut ada hal lain pulak yg buat takleh dtg sini.)

ekceli sensei nihongo ni penah tanya masa awal2 dlu, masa dtg sini dah tau ke pregnant. apekah punye soalan tu..... kalu tau dah pregnant takleh dtg ke... lagi skali aku nak tanya, sape yg bagi aku rezeki ni. orang ke. manusia ke. bukan kan.. yg ko nak soal macam2 tu ape sal. dah la tipu masa ada klas trip pegi satu tempat ni. kata tepi laut la etc. aku tanya, banyak jalan tak? dia kata taktau la, kalu tak larat boleh duduk kat kafe la sementara org lain jalan. aku dah sense mcm tak kena, so aku tak join pun trip tu. sekali tgk klasmate tangkap gambar. kene panjat tangga tinggi gila ok! utk pegi tengok temple pulak tu!!!!! dlm hati, ceh nak cover konon... silap besar.. tgk air muka pun tau nak sorokkan fakta sebenar.

hii bengang2...

if there are a few things im good at, one of them is, reading ppls expression. masuk bakul angkat sendiri tapi who cares.

dapat suami yg err... banyak akal ni mmg makin handal la baca perangai orang. oi aku bukan ngumpat suami aku oi. dia dari kecik lagi mmg budak bijak, mcm2 idea dlm kepala (bdasarkan cerita mak,ayah,kakak dia, dan juga pemerhatian aku sendiri sejak kenal dia di umur 14 tahun). so kene prepare utk anak yg mungkin ada byk akal gak. lama2 ni makin terer baca perangai orang.

anyways what i meant to say it.. byk betul pandangan serong orang2 jepun ni pada aku yg perut besar ni datang stadi kat tokodai ni. semua risau. masa entrance exam utk masuk ke doctoral course ni, hal ni jugak yg jadi tajuk soalan. anak macamana. aiyaa.... padahal aku nak feedback pasal future plan nak dapat phd ni. depa pi risau hal lain pulak. anak2 tu biar la aku uruskan.. just bcoz u dont see it happening here, doesnt mean that it does not happen anywhere else...

bukannye kalu ada keluarga takde masa nak siapkan phd. aku tau labmember aku yg foreigners pun brapa ramai yg buat baito.. sbb cost of living kat tokyo ni tinggi. stakat scholarship mmg tak cukup. so apa bezanya. at least takde aku huhahuha nak pegi parti sana sini, jalan sana sini. mmg pegi lab,pegi kelas, balik rumah. wiken je jalan kdg2. rasa dgn keadaan kewangan mcm ni,dgn sensei nak pencen soon, dgn hubby kata, my company needs me in msia. so we need to go back as soon as u get ur phd. mmg tak kemana la kami ni.. ah tapi aku tak kisah pun. rasa dok tokyo ni dah sangat2 interesting dah. dgn syorga beli belah shibuya tu 40 menet je dari rumah. disneyland boleh pegi balik hari... more than enough dah pada aku. klu hubby nak gi main snobod dia tu time winter setahun sekali, ah silakan... cukup dah. waktu lain mmg akan fokus kat blajar n family je. itu pun patut dah lebih dr bersyukur dah kan?

n bukannye kalu ada anak or pregnant IQ mak ni akan turun. ini pun kene buktikan kat sensei gak. haritu amik toeic dapat kat2 full marks. komen dia nmpk macam dia impressed. padahal aku rasa soklan senang jer. reading n listening je. yg buat aku nak muntah sbb sampai 200 soalan. tapi objektif je kot... bukannya subjektif. mmg tak mustahil ada org boleh dpt perfect score. exam english utk monbusho haritu jauh lg susah. tapi impressed nya sensei sampai tunjuk kat examiner lain masa entrance exam. padahal dlm hati aku kata, terer english tak semestinye terer blajar benda lain. tapi kalu dia dah anggap macam tu, masak ler aku. sudahnye dlm seminar pun tak nak cakap english byk2 dah. dia anggap aku sng paham bahasa baru (padahal dah blajar english dr dajah 1. sini dah brapa belas tahun baru blajar english). makin kurang dia nak translate jpns ke english dlm seminar dah skarang. aku yg tensen. dia taktau aku cuma paham 50% je dr nihongo yg dia cakap tu.. adeh la sensei..

lagi satu, ni aku omelkan jugak ke suami, di sbbkan mak2 jepun ni bila kawin beranak je terus dok rumah, mcm syumul sangat. tapi aku kata, alah dok rumah dgn anak sampai dia 10 tahun pun belum tentu anak tu turn out jadi baik. kalu cam tu seluruh jepun ni dipenuhi dgn org2 yg baik2. ni byk sakit jiwa je aku tengok.
mak2 jepun ni pun byk yg aku tgk esp kat tokyo ni, tgh2 hari or awal ptg dok berkumpul dgn mak2 lain mcm utk sesi play date ke, tunggu anak2 balik skolah,tadika ke... depa sibuk borak je (dah boring dok rumah tak buat apa2.. laki dah malam baru balik mcm laki aku..)... anak lari kat jalan batu2 buat dono je.  anak lari kat kwsn rumput yg curam buat dono je. anak naik beskal kat jalan curam buat dono je. haritu nampak satu group mak2 dok sibuk borak2 kat taman depan stesen ketapi, anak dia biarkan dok atas bench, gedebuk budak tu jatuh tersembam sbb bench tu agak tinggi. naik suara mak dia mcm salah anak tu pulak dia terjatuh. padahal aku rasa baby tu baru setahun lebih kot. ingat aku tak nampak ke semua tu. pastu dok lunch bawah pokok suap anak makan mcdonalds.. tu belum cerita anak baru 2-3 tahun dah kene pakai baju,seluar,pampers,kasut sendiri. yg ko tu dok rumah je buat apa? tu yg boring sampai kene keluar kawan dgn mak2 lain tu. bila anak dah besar, keluar rumah, tinggal lah depa ni berseorangan. dah ko ajar anak ko buat semua sendiri masa kecik. dia dah besar dia pun suh ko buat semua sendiri jugak la kan? kan bagus kalu paham depa paham maksud rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kamarabbayaa nissoghiro.. baru akan treat anak dgn lebih kasih sayang.
nak cerita pasal warga tua kat jepun ni lagi sadis. dah bongkok seribu masih kene keluar naik bas/train sendat sbb nak beli brg dapur. brapa byk mati sorang2 dlm rumah n org cuma tau bila dah rumah dah ada bau......

ada satu peristiwa menarik masa kami tgh beli groceries kat supermarket baru2 ni. ada satu mak ni tgh beli brg gak dgn anak dia. mak muda, anak kecik lagi dari umar tapi girl. the kid being a kid, mmg nak pegi pegang semua barang la. segala mala price display dia nak pegang/tarik.. yg mak nye dok sebut, "dame! dame!" meaning, tak boleh! tak boleh! (si umar pun itu la perkataan nihongo pertama dia sebut. dame! cikgu byk sebut kat skolah la ni.) sekali masa tgh bayar brg2 kat kaunter, dgr ada baby jerit/protest/nangis kuat gile mmg malu la kalu jadi mak. bila kitorg toleh, tgk, that girl yg tgh mengamuk dgn mak dia. hubby kata, ha tu la cakap lagi dame dame kat anak.
tergelak aku dgr suami cakap camtu. tapi mmg betul pun. budak tu 3 tahun belum sampai lagi. mak nye dah cakap. itu takleh, ini takleh!
bukannye nak kata, biarkan dia nak buat apa yg dia suka. tapi nama pun budak. takde ke perkataan lagi lembut dari dame tu. kalu bm mungkin ada, jangan.. intonasi pun kene lembut. dame tu lebih kepada, tak boleh! dah semuanya tak boleh, apa yg boleh? menjerit la yg boleh. no body can tell me that i cannot menjerit because this is my voice and i can do whatever i want with it.

n takde pun nampak cium anak ke, peluk anak ke, jalan pun tak pegang tangan... ok mungkin sbb bangsa diorg ni very private. tak tunjuk affection sgt. but i wonder, kat rumah pun tak tunjuk ke? bukannya org boleh baca perasaan kita, wpon org tu anak/suami sendiri. klu u tak cakap, u tak tunjuk, how would they know? jadi lah mereka bangsa yg membesar dgn tanggapan, aku hidup di dunia ni nak buat benda bagus utk mankind dan tidak menyusahkan orang lain! hasilnya hari2 keluar notis kat papan tanda jadual keretapi, ada kemalangan melibatkan nyawa. sbb hari2 ada org bunuh diri. sbb dah penat hidup tanpa menyusahkan/xnak bergantung pada orang lain... isnt that just sad...

seriously 3 bulan baru dok sini, mcm2 perangai msyrkt jepun ni masuk dlm kepala. kata2 sstgh org yg aku penah dengar iaitu, jepun ni cara hidup diorg dah perfect, cuma takde hidayah je lagi. kalu ada mmg jadi masyarakat yg ideal. pada aku, mmg jauh panggang dari api. byk lompongnya di sana sini. smalam boleh cikgu skolah umar ni, balik sekali dgn kitorg, jalan kaki tuju ke stesen ketapi, dia tak acknowledge pun yg dia kenal umar/aku ni. masa tunggu train pun betul2 duk depan kitorg cuma arah berlawanan. dia buat dono je. umar dok tengok berkali2, eh tu cikgu aku tu, gaya dia. aku pun heran. takleh tegur ke? professional sampai tahap macam tu ke? outside the school i dont know u. is that it?

dah la penat aku membebel. tu yg kdg2 nak keluar rumah pun malas. mmg ingat dlm hati ni, hantar anak pegi skolah, aku pegi skolah, balik skolah, amik anak dari skolah, balik rumah. wiken kita dok rumah spend time sama2. dah. orang2 kat luar sana ramai sgt prejudis dgn makcik bertudung perut besar bawak beg skolah menuju masuk ke tokodai. aku rimas!

ni baru dari aku punya side. belum side hubby lagi. camana org2 company dia komen bila tau situasi kami ni. lagi dahsyat. boleh tak jgn dok bawah tempurung je n cuba blajar budaya masyarakat lain yg datang tempat korg ni??  melainkan ko nak kata ko lah bangsa paling perfect kat dunia ni. which we all know is not true.

bye.

No comments: