Tuesday, August 28, 2012

Ibu's delivery story and road to recovery (Part IV)

Citer tak habis lagi ni pasal pengalaman bersalin.

Hari di discharged dr hospital adalah hari Sabtu (11/08/2012), iaitu 10 hari setelah diadmitted.
Apakah perasaan hari ni?? huii... rasa macam walking on air je.. girang sungguh dalam hati.. akhirnya habis jugak seksa duduk hospital sikit punya lama.

My bro in law yg datang jemput aku keluar hospital. wpon hari sabtu, hubby tetap kene keje hari ni. kesian dia. well, kesian kat aku jugak ler. since takde keluarga dtg melawat sejak isnin, brg mmg banyak la nak dibawak.
N since hari ni hari sabtu, kaunter hospital semua tutup. yes, even though ni hospital besar di bandar ni, tapi sabtu ahad tutup ok. bukan mcm spital kat msia 24-7 ada org kat kaunter pendaftaran. mmg senyap sunyi je hospital hari tu. kita yg dok dlm ward je mmg tak perasan.

jadi nye bile semua kaunter tutup, macamana nak buat bayaran, nak sign borang discharged etc? tiada semua tu ye tuan2 dan puan2, cakap2 dgn nurse, amik baby, hantar trolley baby ke nursery, terus je jalan keluar hospital menuju ke teksi yg sudah sedia menunggu. dlm hati aku pk, pergh kalu aku tau gini lama dah aku amik anak aku lari balik je kalu dah meroyan sgt nak keluar kan.. hahahah....

masuk teksi, tunjuk alamat kat drebar teksi, n kami pun balik... tgk luar mcm, uh dah lamanya aku tak hirup udara luar dr ward tingkat 5 tu.. dahsyat sungguh perasaan time tu. hilang semua stress2 duk kat dlm hospital.

sampai je rumah, kami disambut oleh umar n my parents in law yg baru tiba malam sebelumnya.. mmg meriah rumah kami masa ramai ada tu.

Ok tu la dia cerita pengalaman bersalin kali kedua secara pembedahan cesarean, n pengalaman recover dr surgery sepanjang di spital. next time kalu bersalin kat mesia, wpon akan didischarge awal, mungkin boleh ikut rutin di spital supaya boleh recover cepat mcm ni. sbb mmg sgt2 lain speed of recovery melahirkan qisti dengan melahirkan umar dulu.

amalan yang elok kita amik, amalan yg tak elok kita tinggalkan...

next post pasal raya pulak..


Sunday, August 26, 2012

Gambar kenangan di Machida Municipal Hospital

Kali ni aku letak serba sedikit gambar2 yg aku tangkap waktu kesangapan di hospital tempohari. I am almost sure yg aku takkan bersalin di Jepun dah. Jangka masa 3 tahun ini akan digunapakai sepenuhnya utk menggapai PhD, tumpukan pada pembesaran Umar dan Qisti, n bagi sokongan padu pada hubby utk cemerlang dlm kerjaya beliau.
Balik Msia 2016 baru nak tambah ahli lagi kot. time tu Qisti pun dah 3 tahun, sama besar dgn abg Umar skarang masa menerima kedatangan Qisti
Again, ini perancangan aku saja.. sesungguhnya Allah swt tu sebaik2 perancang.. kita doa je la utk yg terbaik... 

Ok jom tgk gambar.

 
Hari rabu sebelum kedatangan Mar n Mijah, time lunch aku dihidangkan dgn Western Meal cenggini. slalu nya makanan di letak dlm bekas2 makanan jepun tu je. kali ni spesel sikit pinggan mcm corelle. mcm je la, aku takde la sampai belek tgk jenama pinggan tu. ntah apa yg spesel aku pun taktau.  salad tak habis sbb byk sgt, salsa tu pun tak habis sbb tak brapa kena dgn tekak, tempura cauliflower aku tak makan. ikan tu habis tapi garlic bakar tu ku tinggalkan. mmg garlic kat sini sedap, tak powerful sgt mcm msia, mmg dimakan seketul mcm tu tapi tak lalu la aku hai.... klu hubby mmg dia telan je garlic tu huhu. (come to think of it, kat msia dia cukup tak suka garlic. mesti dah jatuh hati dgn garlic jepun. skang baru aku tau. huhu.)

meal ni dtg sekali dgn kad di bawah ni. yg aku paham nama aku sendiri je. yg lain mintak mijah tlg translate kan masa depa dtg. 


 hari Qisti baru mandi. kat sini baby cuma dimandikan hari ke-3 dan ke-7. tak puas hati aku. baby dah la byk minum susu sampai tumpah2. dah depa tak mandikan. tak brapa wangi dah baby campur2 bau susu masam. summer pulak tu panas. ni yg aku tangkap gambar waktu dia baru mandi. nampak bersih n kemas je.  


Ok bbrp lagi keping gambar Qisti baru mandi.. 




Last but not least, salah satu gambar dia baru mandi telah diedit mnjadi latarbelakang biru utk gambar passport sewaktu kami ke embassy khamis sebelum raya utk urusan pendaftaran kelahiran dan passport.. kelaka je. dah la guna paint je. aku tak reti guna photoshop.. huhuhu... 


Saturday, August 25, 2012

Ibu's delivery story and road to recovery (Part III)

Day 5-8(Tuesday-Friday)
Hari selasa konfem la hubby takkan datang punye so duduk la aku di spital menjalani regim rutin harian spt ibu2 lain yg baru bersalin.. from what i can see, semua mak2 kat wad yg aku duduk ni mak2 yg melahirkan thru cesarean section. dah 5 hari baru perasan benda ni sbb kalu bersalin normal after 5 days mesti diorg keluar dah. ni day in day out kat nursery kat toilet asyik terjumpa orang yg sama. sampai ada gelaran2 dlm kepala utk mak2 ni. ni mak gemuk yg anak menangis kuat gile, ni mak yg dah berumur tapi baru bersalin, ni mak muda terkial2 nak menyusu anak, ni mak yg berdengkur kuat gile malam2... hahaha dah nama pun lonely kan. mcm2 benda la lalu kat kepala ni. like i mentioned b4 satu bilik kongsi 4 orang. satu lagi aku perasan, mmg silih berganti org yg masuk wadutk bersalin. sorang mak keluar, mak baru pulak masuk, n i saw them going thru exactly what i went through masa baru masuk spital. mula2 admit, dok kat katil hari pertama, doktor dtg cakap2.. malam tido diam2.. next day salin hospital gown, jalan turun, kene bedah, datang balik ke wad disorong atas katil lepas kene bedah... family dtg lawat etc etc.
dapat la jugak aku tgk camana org jepun melahirkan anak. yg aku nampak mak2 jepun ni penyabar nye lah layan anak... tapi almost all dlm bilik sama dgn aku tu dah anak no 2. dah ada pengalaman. but still nampak terkial2 gak nak breastfeed anak. kat sini tak brapa kuat sgt kot amalan menyusu anak (sbb depa beranak rapat2.. 2-3 org dlm masa 5 tahun pastu tutup kilang. huhu.) pastu ada gak mak yg masa sebelum bedah tido diam je lepas bedah tiap2 malam berdengkur mcm jantan.huhu stress la tu. aku paham.. ntah2 aku pun berdengkur gak who knows kan? underlying stress wpon nampak rilek je handle anak. mmg Qisti tak byk kerenah nak dibandingkan dgn umar waktu baru lahir dulu. dgn umar dlu honestly rasa nak lari pun ada. takut,stress, etc etc. kalu baca balik catatan lama mmg aku ada mention going through quite a bad post partum phase. kali ni i believed that i handled it much better. masih ada juga stress sbb bersalin di ngr orang, but an easy baby made quite a lot of difference.

Btw rutin harian duk di spital adalah begini :

7am : hantar baby ke nursery utk ditimbang setiap hari = utk monitor pembesaran baby for the 1st week of his/her life. selalunya akan duduk dinursery sampai kat2 kul 8 sbb nak cabut baju, timbang, pakai baju balik, bg susu, tunggu baby settle down baru leh tinggal.

8am : bfast di wad. hari2 bfast dihtr kul 8 pagi. one hour later staff akan dtg amik balik tray. so kene makan cepat2.

9am: mandi, kemas2 katil. sambung tido atau kalu malam dah cukup tido, dok lepak2 sambil tunggu nurse call through walkie talkie hospital utk dtg amik baby.

11am: waktu utk amik balik baby dr nursery kalu nurse tak call. tp selalu nye b4 11 nurse akan call sbb baby dah menangis nak menyusu.

12pm: lunch time. kat sini mmg setiap meal akan makan nasik. wpon lauk nye adehh ikan rebus/steam/baked, dgn sayur2 japanese style, aku habiskan jugak sbb kalu tidak lapoooo.... dah la takde org nak tlg belikan makanan. ada waktu2 makanan nye sedap, tapi ada dg2 semua lauk steamed adeh mmg mcm org sakit betul lah.

lepas lunch selalu nye tido sebelum waktu melawat jam 3pm.

3-7pm : waktu melawat. satu yg aku betul2 annoyed kat sini adalah kebisingan keluarga yg dtg melawat. kdg2 mcm bawak satu kampung. since sape2 leh masuk waktu melawat, mmg husband,mak ayah, older siblings of the baby sume akan dtg. fine la mmg la jeles family aku takde, tapi ya Allah bising nye. bayangkan tiap2 katil ada 4 org pelawat. bilik kongsi 4 orang, so 3 mak lain ada 4 org pelawat dewasa, campur anak yg tua. 5*3 tak ke 15 orang bercakap serentak selama 3 jam non stop??? aku pulak dah sah2 la kene tutup langsir sbb ada lelaki dlm wad kan. tapi time bukan waktu melawat pun slalu tutup langsir gak for privacy. bingit nye sampai pening kepala sbb bising sgt. i get it diorg dtg nak menceriakan mak yg baru bersalin tu. tapi diorg lupa disebalik langsir yg tertutup ada mak n baby yg cuba nak tido. dah la Qisti tak menangis kuat. lagi la diorg xprasan. aku siap dah label. nenek baby depan katil ni datang je bercakap non stop. kakak/abang baby depan ni kuat merengek, tiap2 kali waktu melawat habis meraung2 tanak tinggalkan mak dgn adik kat spital.. awal2 rasa cute. tapi kalu dah hari2 meraung tensen gak. anak aku pun tinggalkan aku gak rilek je dia. sume simpan dalam hati je. huhuhu. maybe like i said, diorg ni beranak rapat2 so kakak/abang kecik lagi, tak paham lagi. n mmg kat rumah duduk dgn mak je. now mak kene tido spital, meraung la. i can see semua mak2 kat sini pun tak sabor2 nak balik rumah lepas bersalin.

6pm : dinner is served. makan2. dinner lagi wajib habiskan sbb next meal will be tomorrows bfast at 8am. kalu baby berjaga malam, mmg kelaparan la. mujur hubby belikan roti n buah oren hari isnin haritu. dapat la menampung kelaparan di mlm hari. ekceli boleh je turun jap pegi hospital punya kedai beli roti time baby kene tinggal kat nursery pagi2 tu tapi malas aih...

7pm : semua keluarga yg membising dah balik, baru la tenang balik wad tu...... semua mak2 pun kembali diam. dlm diam tu terasa juga stress nye tapi pada aku baik la dok diam2 dr semua orang bercakap2 non stop mcm keretapi. ratatatatata. hubby kata, awak tak suka sbb awak tak paham kot.. cih kalu paham lagi la mcm2 singgah dlm kepala ni, buat kesimpulan itu ini. baik la aku tak paham diorg borak apa.

8pm : prepare utk tido. gi toilet, gi timbang baby. oh ye kat sini, setiap kali nak menyusu baby, mesti salin pampers, timbang baby kat baby weighing station, balik bilik bagi susu, 20 minit saje feeding ok. 5 minit each breast twice. maknanya, kanan kiri kanan kiri. pastu gi balik weighing station, timbang lagi. nak tgk brapa gram naik aka brapa byk baby dah minum. pastu kene catat kat dlm jadual feeding. leceh nye woiiii..... awal2 aku buat ler. lama2 aku main taram je dlm jadual tu. nurse2 bila tgk jadual depa kata, sugoiiii. hihihihi. kdg2 aku taram letak bb minum sikit je tp bila ikut betul2 arahan tgk byk la pulak dia minum. so patutnye lg bagus la ikut arahan tapi tak larat la tgh2 malam nak bangun berjalan pegi weighing station tu berkali2. koserr tahu.

9pm : lampu tutup. b4 lampu tutup tiap2 mlm nurse akan dtg inject ubat dlm perut. ubat anti thrombosis katanya. wallhualam kat msia takde pun doktor inject perut bagi ubat.....

pastu klu ptg dah tido lama, mmg takleh lelap smpi midnight la. tunggu hubby balik, skype in silence.. tgk muka umar je. tapi takleh cakap nnt kantoi dgn nurse gune tepon dlm wad. main sms,surfing boleh, cakap tepon je xboleh. mmg slalu menangis la time ni rindu umar n ayahnye. pastu slalu terbayang kalu kat mesia boleh balik dah ni, kalu kat mesia best dok pantang kat rumah etc etc. sgt tidak membantu proses penyembuhan la kan kalu dah mcm ni. sabo jer ler. nangis pun diam2 je. satu lagi tabiat biasa nangis time mandi.. takde sape dengar.. heheheh......

itu la dia rutin harian sampai la keluar spital.

kecuali hari rabu, when i received two visitors that really made my day. on tuesday, i received an sms from mar, a sempai from tokodai yg dah nak balik dah bulan depan. kat kampus aku di suzukakedai ni tak ramai msian. ada la 3 org girls. guys taktau la mmg tak penah join apa2 gathering sejak dtg sini. so mar kata la nak datang the next day iaitu on wednesday. i said, dtg la, hubby pun takleh nak dtg sampai discharged nnt. so on wed mar pun dtg dgn mijah, another msian kat suzukakedai campus ni. kirenye kitorg 3 org plus another girl yg sama building dgn aku n slalu berselisih tapi slalu bg salam je. taknah stop borak pun. kitorg ber4. mar pun nak balik dah so tinggal la 3 org girls. mmg life is lonely here.

diorg dtg dlm kul 4. kitorg borak punya borak, padahal sebelum ni tak penah jumpa properly pun hoho bole tak. diorg dtg bawak hadiah, makanan, orange juice yg sedap!, n then tangkap gambar sbb mar ni an avid photographer. sampai habis waktu melawat. all i can say is their visit really lifted up my spirit at the hospital. hari tu rasa segar sampai ke malam. kalu tak sepanjang masa rasa nak tido je.... sgt dahsyat ok. but since both of them dah duduk kat bumi jepun ni more than 4 years, diorg berdua kata, they know how it feels to be sick n far away from family. sgt terharu ok ada orang kata diorg paham apa yg kita rasa.n it feels good to talk in malay.. kihkihkih.

so since diorg dah dtg on wednesday, tinggal 2 hari je lagi berseorangan sebelum di discharge hari sabtu. itu pun mula2 both me n hubby thought that i was to be discharged on sunday. dah tgh minggu baru perasan, eh bukan ahad la... tapi sabtu. punya la happ yrasa mcm dah dipendekkan satu hari kene dok spital. padahal diri sendiri salah tgk tarikh.

on thursday, doktor pompuan datang cabut kan jahitan kat perut ni.
on friday, doktor yg bedah aku yg aku suka tu tgk jahitan, n tengok uterus... n then he said, your wound looks good, so you can go home tomorrow. happy betul dgr doktor cakap camtu.

orait last part utk hari discharged.. til then.. bye2..



Friday, August 24, 2012

Ibu's delivery story and road to recovery Part II


Day 4 (Monday) :
Hari ni hubby kata dia dah takleh dtg sbb dah keja. last week thursday n friday dia dpt cuti sbb kompeni dia bagi cuti 2 hari kalu wife bersalin (al-malangnye kat branch tokyo ni cume 2 orang je yg ada anak.. so sad yg lain sume single). jadinye nak amik cuti 2 hari tu pun dia bersalah. so aku pun kena la prepare kuatkan hati dari hari ni sampai hari discharge nnt takde sape akan dtg lawat. duduk la kat hospital ni sorang2. kalu nak diikutkan boleh jatuh ke dalam depresi gile2 punye lah 5 hari berseorangan dgn baby, nobody to talk to. tapi as always, the key here is, sila numb kan hati dari segala perasaan.
tgh ngadap lunch tghari ni dlm kul 12 tiba2 ada orang selak langsir n said, "Maslina-sama.." mcm nurse2 panggil aku.. hubby muncul disebalik langsir tsbt. punya la happy..... rupenye beliau terlewat bangun (lagi.. boleh tak..) kul 8 lalu terus telepon boss kata, [oh saya kat city hall ni nak daftarkan kelahiran anak.] pandai je ko kan... takpe lah mmg urusan pendaftaran kene buat dlm masa 2 minggu pun so logik la kene buat asap kan. but dia dtg kejap je sbb belum waktu melawat lagi tghari tu. dia dtg utk amik passport aku n terus ke city hall utk mendaftarkan nama baby ni.
pastu dapat sms kata, ok dah siap daftar. i was like, eh tak decide pun sama2 nak bg nama apa kat baby? suddenly muncul dlm sms, Qisti binti 'Adil. i was like.. dude... ejaan pun tak finalise sama2.... mmg la dah pilih2 nama dr awal, tapi takde kata putus pun.. alih2 tengok dah siap tulis atas kertas dah. sebelum ni tak pernah pun cuba2 tulis, main sebut je.. nak kata suka ke tidak, aku pun taktau.. tapi time tu pk macam, aih sukati lah. little that i know that he was already fond of that name for quite some time.. So jadi lah nama nye Qisti Binti 'Adil.
lepas selesai register nama adik Qisti tu hubby came back to the hospital sebelum visiting hours habis. dia dgn naik basikal nye ke hulu ke hilir. ada lebih 15km jugak kot .. dgn tak sahur nye... mmg kagum dgn kecekalan hubby waktu ni. even though rasa susah sbb takde kereta.. but he made it look easy. Teringat lagu aris ariwatan, Satu, kasih nan abadi, tiada tandingi, Dia yg Satu... Dua, sayang berpanjangan, membawa ke syurga, kasihnya ibu.. Tiga, lapar dan dahaga, rela berpayahan, setianya Ayah.. Empat, mudah kau ketemu, berhati selalu, beza antara, kasih dan kekasih... 
Mmg besar sungguh jasa ayah..

My dinner came at 6, aku pun makan ler sambil hubby dukung Qisti, pastu masuk maghrib, hubby pun buka pose, baru la beliau balik ke rumah.. dlm hati mmg teringat kat dua bujang kat rumah ie adik hubby n umar.. makan apa la depa malam ni... mmg doa dlm hati, semoga depa pandai nak survive sementara my parents in law dtg hari jumaat n myself balik rumah hari sabtu..

to be continued.. susah nak cari masa nak update.. bye2...

Saturday, August 18, 2012

Ibu's delivery story and road to recovery

Ok this is going to be a long one. nak cerita ttg pengalaman bersalin di jepun dan juga keadaan dalam 'pantang' ni. Dari hari pertama operate sampai la hari ni, lebih kurang 2 minggu. supaya boleh dijadikan rujukan kalu dikurniakan rezeki beranak lagi di masa hadapan. sbb sekarang pun byk bukak balik catatan lama masa bersalinkan umar dulu. penting jugak buat perbandingan. mana lagi cepat recover, apa yg membezakan cepat ke lewat recover etc.

Day of admission into Machida Municipal Hospital (Thursday 02/08/2012)
Pagi ni hospital suruh datang kul 10.30. Tapi sbb malam tadi aku berjaga sampai 3 pagi menyiapkan makanan utk ditinggalkan utk hubby,umar, n adik hubby, pagi ni kul 10 baru semua orang bangun. Kul 11 masih bersiap2, hospital dah telepon. risau kot. depa taktau aku ni tawar hati je nak pegi. kene paksa bedah, tak bagi try vbac etc. wpon aku dah seakan2 redha, but subconsciously masih berat hati so automatically badan pun saja lengah2.. ye ke? tapi sbb letih pun ye jugak. mmg non stop sejak... sejak sampai sini bulan april haritu!

Sampai Hospital dlm kul 12 lebih. naik teksi wpon mahal. tak daya nak tuakr2 train. dlm taxi aku loya. motion sickness. like i said traffic kat tokyo ni macam tooot. traffic every 50-100m. asyik gerak berenti gerak berenti. aku loya je. umar siap muntah... terbaik.... padahal jarak dr rumah ke hospital 6km je. but it takes half an hour to reach the hospital. ngarut betul.

dah sampai, register, nurse terus bawak naik ke tingkat 5, iaitu wad bersalin. pastu rupenye doktor yg nak bedah aku tu dah tunggu. hohoho. dia tanya, can you speak english? turns out dia punya english very good. aku bajet dia dah pegi training ke blajar ke kat oversea. tak ramai japanese yg english bagus mcm dia. so dia pun terangkan la prosedur semua. mmg panjang lebar lagi renyah. dengar je la. tengok dah siap jadual dari hari kene admit sampai la hari keluar spital. dlm bhs jepun la tapi. aku tengok, pergh.... lama gile. banyak gile. hari apa boleh mandi, hari apa takleh makan, hari apa boleh bergerak, etc etc. sangat detailed. lepas doktor dah explained tu balik la ke ward.. depa dah siapkan lunch utk aku. aku makan lunch yg depa sediakan, hubby n umar pegi makan kat kafe hospital. lepas makan, diorg turun tengok aku, n i said, ok la gi lah balik... umar tgk aku tinggal kat spital pun mcm a bit konfius tapi ayah dia soh salam n kiss dia buat je. n lambai kat ibu sebelum berlalu... apa ek perasaan aku time ni.. takde perasaan. numb kan segala perasaan. kalu ikut hati, lari balik rumah, kemas beg, beli tiket air asia, terbang balik. so enough said la kan.
petang lepas umar n ayahnye balik tu, aku tido je.. catch up tido yg tak pernah cukup sejap start bulan puasa haritu. come to think of it, sejak dtg sini pun mmg tak penah dapat tido solid. sbb waktu subuh jam 3 pagi kan.
oh ada e-mail tak best jugak yg baru dpt ptg ni yg membuatkan aku upset. hii kalu ingat balik, rasa macam, how did i go through all that alone dkat hospital dgn besok dah nak kene belah perut?? i must be stronger than i thought.
malam tu kul 9 lampu pun tutup. berbalas2 sms dgn hubby, aku pun tido.....

Day of Delivery aka Day 1 (Friday 03/08/2012)
Pagi kul 6 dah bangun sbb depa bukak lampu kul 6. kul 8 breakfast dihantar ke katil. tapi aku tak de bfast sbb dah nak kene bedah en.. so keep sleeping je la. kejap2 nurse dtg suh salin pakai operation punya gown, suh pakai waist cover aka seluar dalam pembedahan, pastu doktor dtg, kenalkan doktor lagi sorang yg akan assist beliau dlm pembedahan. pastu kul 9.30 datang lagi kata, ok it is time.. kesimpulannya aku tak tido pun. just tutup mata je taktau nak buat apa. pk macam2 pun buat jadi nervous je.
bila doktor dah kata it is time tu, hubby gue tak muncul lagi. so i called him. suara mamai2, baru bangun tido.. masih kat rumah.. adeh.. the story of my life. hari nak kene bedah hubby terlajak tido. dia kata dah bangun kul 7 tunggu aku call tak call2 pastu dozed off.. takpe lah beliau pun pecut la naik beskal ke spital.. kesimpulannya berjalan la aku ke operation thatre di tingkat brapa tah, tanpa berjumpa hubby dahulu. mintak maaf kat telefon ja. perasaan time ni? masih numb... apa nurse n doktor suruh buat, aku buat je. depa keep asking, r u ok ru ok? aku jawab positif je. sakit tak? tak.. tapi mmg sepanjang operation takde sakit langsung, kecuali masa dia cucuk yg awal tu je. mmg operate tak sakit, nak recover tu yg sakit.
so pembedahan start dlm kul 10 pagi.. Baby keluar jam 10.38. I was awake the whole time. mmg sgt berdebar2 nak tunggu babys first cry, Alhamdulillah.. bila dengar tangisan Qisit for the first time rasa, wush.. lega..... pastu doktor 2 orang tu mula la menutup apa yg patut ditutup kat perut aku. masa nak keluarkan baby tu diorg tka borak pun. tapi masa nak jahit tu baru diorg rilek n borak2. doktor byk cakap jugak dgn aku sampai ada nurse tanya, doktor ni gaijin ke? selammba badak nurse tu tanya gitu. maksudnye dia tanya, doktor ni org asing ke ? sbb terer nye doktor tu cakap english. tapi doktor tu gelak2 je. aku mmg suka la kat dia. muda lagi, pandai cakap omputeh, very humble pada pandangan aku. oh tapi kedua2 doktor adalah lelaki ye. err tak nampak pun doktor pompuan kat level tu sebenarnya. tapi staff lain semua perempuan. nurse etc. so kalu ada lelaki kat ward tu mmg org tu adalah doktor. so takda la aku gatai nak tanya, takd tke doktor pompuan ke? byk songeh lak. mmg some ppl cringed when i mentioned, doktor lelaki. tapi dah tak boleh tidak kene bedah gak. takda pilihan lain.

sambil doktor tutup perut aku tu, depa pun tunjuk la baby kat aku. wah comel gile. lepas tu baby pun dibawa utk dibersihkan...
dah habis operate, depa pun angkat aku ramai2 dari katil bedah ke atas katil aku sendiri. dan dibawa balik ke ward. time ni dah kul 11 kot.

sampai ke ward, dlm 5 minit pastu hubby pun muncul dgn baby.. lama jugak la kan doktor nak tutup perut tu. hubby pulak rupanya dah sampai dlm 10.20, baby tak kluar lagi la time tu. time jumpa aku kat ward ni pun dah siap azan kat baby dah. orait... cakap2 sekejap dlm 15 minit. dia pun takleh dok lama sbb belum waktu melawat (3pm-7pm), so dia pun keluar, baby pun nurse bawak pegi utk check up. aku? tido la apa lagi. the whole time during the operation mcm nak doze off jugak tapi dah orang asyik tanya, ok tak sakit tak.. mmg tak leh. or issit diorg mmg nak keep me awake so they keep asking questions so that they know that im alert? dok tahu ler aku.....

kul 3 hubby dtg balik. dia siap balik rumah amik dokumen etc n dtg balik. dgn tak sahur nye. aku dgr pun hiii...... takde aku takjadi ape.... geram... tapi dlm keadaan tu, tka mampu nak marah atau upset. terpaksa biarkan saje, doa je, harap2 la semua ok sepanjang aku kat spital.

byk gile gambar qisti dia upload kat fb dia.. kelaka tengok. tp yg aku upload kat fb aku satu je hari pertama ni.. iaitu ini :


tengok sekali pun terdetik, berani laki aku pegang baby baru brapa jam lahir cenggini.. aduih la. aku pun tak berani. hoho.

xingat hubby stay smpi kul brapa. tapi aku suh balik cepat sbb teringat kat umar. wpon umar n hubby penah tinggalkan aku 2 minggu balik msia haritu, tapi tu lain. depa balik dgn ada family ramai leh tengokkan umar.. xde la aku risau sgt. kali ni aku yg meninggalkan diorg. thats y masa hari masuk hospital tu pun i insisted that we brought umar along. wpon diakui leceh jugak nak masuk spital sambil melayan umar yg mcm2 gaya. tapi at least dia tau aku kat mana. bukan la aku keluar pintu rumah n dia fikir, ibu pegi mana tak balik2? so bila tanya dia, ibu mana, dia kata, ibu tido kat hospital... good boy umar..

ok balik cerita asal..
time ptg harini sgt la lapar... drpd 9pm malam tadi takleh makan.minum pun minum air khas je yg sama function dgn drip. by ptg dah kelat gile tekak..... nurse cuma bagi berkumur je. nightmare sungguh.

malam ni baby tak tido dgn aku lagi. nak bangun pun takleh kan. tapi sakit nye tgh malam ni yaRabbi... tapi takde sakit mcm nak melayang nyawa macam masa lahirkan umar dulu. tgh malam kul 2 kot panggil nurse kata ittaii..... nurse pun pegi amik dose ubat, dia tambah kat drip. pastu baru la aku boleh tido sampai kul 6pagi.

Day 2 (Saturday 04/08/2012):
Hari Sabtu, hubby dtg sorang. xbawak umar. hari ni xleh makan n minum lagi. dinner baru boleh. so no bfast n lunch for me. seksa nya Allah je tahu.. haus gile tekak... 

nurse pun dtg htr baby.. try bagi susu, Alhamdulillah ada rezeki Qisti. awal lagi la dr umar. time umar dulu hari ke-4 baru ada susu. sebelum tu guna susu tepung je la.. takpe la apa nak buat. bukan bersalin normal. terus boleh menyusu. tapi dapat start menyusu qisti hari kedua ni pun dah rasa seronok sangat. wpon baru cuba2 tengok ada susu ke tidak. nurse dtg cek, tgk aku cuba nak bagi susu, dia pun cek la, ada ke tidak susunya.. tetengok ada.. aku pun terkejut. 

pagi ni nurse dtg ajak bangun. terkejut la aku, aik baru sehari dah suruh bangun? mmg takut. tapi nurse ajak, kene kuatkan badan jugak. ok try bangun. nak duduk pun tka boleh. pedih gile kat bawah. still can remember the pain. so tak berjaya. ptg bila hubby ada, nurse ajak lagi jalan. this time boleh duduk. tapi bila bangun, rasa mcm nak pitam.so baring la balik. nurse kata sbb hemoglobin dlm darah kurang. (just found out yesterday that i lost quite a lot of blood during the operation. tau pun sbb baca buku laporan bersalin semalam. 1 week lepas balik rumah. hoho.)
dahsyat gak rasa nak pitam tu. took me a while nak hilangkan rasa nak pitam tu. so kesimpulannya hari ni belum berjaya bangun.

hubby stayed for a couple of hours, pastu dia pun balik. aku mintak dia dtg bawak umar the next day, dah rindu sgt kat umar.

Malam ni baru la ada makanan dihidangkan kat aku. kul 6  rasa excited sgt sbb lapar giler.. sekali bila makanan sampai, bukak satu2 tengok.. semuanya air!! bubur yg dah ditapis amik air nye saje, sup rasa ikan, tah apa lagi tah. tapi semua air je lah. nak nangis wei........ hubby kata, ok takpe besok dia dtg bawak karipap.. huhuhuhuhu..... Malam ni baby masih tak tido dgn aku lagi.



Day 3 (Sunday 05/08/2012):
Pagi ni nurse ajak jalan lagi. tak berjaya jugak. kenape tah. sakit lagi kot. tapi one hour later dia dtg, ajak lagi, baru boleh. itu pun cuma jalan tak sampai 20 langkah nak ke toilet. nak sampai toilet, ok, tapi bile nak balik ke katil tu dah pedih. arghh.... ngilu bile teringat balik.

tghari tu hubby,umar n adik hubby pun dtg melawat... umar berpeluh2 dtg. aku tengok pun rasa tak puas hati. awat la berlengas sangat anak aku ni. sabo jer ler.
ekceli aku perasan satu perangai aku yg agak tka boleh belah, nobody can take care of my kids better than me. so org mcm aku ni sebenarnye tak sesuai nak tinggalkan anak utk org lain jaga. hatta suami sendiri pun. tu kdg2 naik angin jugak tgk camana hubby handle anak. itu baru hubby, belum atok nenek lagi.. or cikgu kat skolah! tapi keraskan hati jugak. pk, takpe, biar la org lain jaga tak memuaskan hati. aku pastikan anak ni tetap ada depan mata aku malam2, time tido, time pagi.. n on weekends. make them know that, the world out there might not be so nice, but u can assure that u will always feel happy when ur home.

hari ni hubby dtg bawak karipap.. aku pun bantai la makan sbb makanan spital sodih sgt. hari ni pagi dapat la bubur yg ada nasik wpon still cair. tghari bubur lagi but then again keras sikit dari bagi. its getting better n better, but still takleh lawan karipap. biar la tak berak lagi pun sejak operate, tetap ku bantai jugak karipap tu. huhu.

pastu dlm kul 5 lebih depa pun balik...

malam ni Qisti pun dah start tido dgn aku dah. sbb dah boleh bangun ke toilet etc. mula2 panik gak sbb umar dlu masa kat spital mmg xtido dgn aku pun. so the whole 3 nights kat annur tu mmg tido nursery. pastu the whole 3 nights hubby boleh dtg tido di spital sbb bilik sorang. terbalik dgn kat sini, dah sah2 la hubby takleh tido spital, time operate pun hubby tak boleh ada.. mujur la dah ada pengalaman bersalin, kalu 1st baby kene lalui mcm ni.. taktau lah.

Alhamdulillah, Qisti is an easy baby. Mama slalu puji umar sng jaga. but seeing Qisti, i would say qisti lg senang. atau sbb dah ada pengalaman. plus since Qisti ni girl, naturally minum susu lagi kurang dr umar. n menangis pun tak selantang umar. or maybe sbb masa umar dlu aku tak paham apa yg dia nak?? both my mom n mil pulak dua2 umar tu la cucu pertama, kat rumah dah lama tak ada baby. diorg pun mcm blur jugak seriously. pantang baby menangis, terus kata, nak susu ni nak susu ni. aku yg jadi bengang, padahal baby baru minum. baru salin pampers.
bila datang Qisti ni rasa bersalah betul kat umar dulu, brapa banyak kali tak paham bila dia nangis.  brapa byk kali dgr dia menangis kuat2 n didnt know what to do. padahal senang je nak figure out baby ni. maafkan ibu umar.... huhuhuhu.




Friday, August 17, 2012

Untuk baby Qisti

Semalam kami segerombolan telah pergi ke Embassy of Malaysia in Tokyo untuk mendaftarkan kelahiran adik Qisti dan pertanyaan ttg passport beliau.
Alhamdulillah, berjalan lancar, wpon ada dokumen tak lengkap. hubby yg takmau aku naik hangin tak bgtau pun ada dokumen xlengkap. tau2 harini nak pos surat ke embassy utk pos dokumen yg tak lengkap tu. pandai je.. tapi klu aku tau smalam mmg aku ngamuk dah. semua benda buat last minit. bazir 1 jam nak fotostat semua dokumen n print gambar qisti, walhal waktu nak daftar 9-12 jer. klu ikut time, mmg dah tutup dah kaunter. mujur la depa panggil jugak org2 yg amik nombor sebelum jam 12 pon waktu nombor dipanggil dah lepas jam 12. gambar passport qisti pulak mcm terlebih besar pun buat aku hangin jugak. macam2 lah hanginb kesimpulannya smalam.

tapi dlm hangin2 tu boleh jugak bawak mak ayah jalan2 sekitar tokyo esp shibuya. sebenarnye sempat round shibuya je. nak balik kejar solat asar n buka pose n pulangkan stepwgn sebelum jam 8 malam.

tiap2 kali sewa keta mesti haku tenson. tokyo ni jam mmg melewatkan urusan. pastu kalu dah berurusan dgn pejabat kerajaan depa.. hadui lagi la lembab. renyah sangat. laju sket takleh ke. cekap tapi renyah pun  jadi lembab jugak. kul 3 baru urusan kat embassy selesai. tinggal 2 jam je nak jalan b4 rushing balik rumah.

tgh tunggu rezeki dtg bergolek nak beli kereta. doa2 la utk kami yer. ekceli ada kereta pun bukannya boleh bawak gi skolah.. tapi klu ada tu mudah la nak pegi beli barang, buat urusan2 penting.. yg utama skali takyah bayar 13-17k setiap kali nak guna kereta. gile mahal!! 10 kali sewa kereta dah boleh beli kereta sebijik.(kot)

bos hubby nak datang 24hb ni.. i mean bos beliau dimsia yg beliau tinggalkan utk ikut bininye dtg ke tokyo. now bos lain dah la wpon masih company yg sama. jadi nye bos msia tu risaukan ayam tmabatannye di tokyo ni.. nak dtg tengok how he is doing in tokyo. siap tanya, ada apa2 barang nak pesan tak? kalu ada barang2 yg boleh beli kat midvalley tu boleh je dia belikan. nak je aku cakap, bawak midvalley datang kat aku boleh?? kalu takleh, nak pesan pun takde mood. camana nak kata, ok kanda-san, tlg masuk jusco pegi tingkat 2, gi kat tpt baju baby, jenama babykiko, anakku n pigeon, belikan set baju siang n baju tido utk girls. boleh ke pakcik tu buat? me dont think so....

ok la malas nak cakap banyak2. smalam dah alang2 gi embassy kat shibuya tu, mak ayah pi beli kasut boots n sandals kat crocs (crocs msia takde boot okeh. bapak mertua ku nak pi pasar kat jerangau pakai boot crocs, dia kata baru nampak macam petani...)


lalu depan seibu, aku ajak pulak hubby pi beli infant insert utk ergo baby carrier. utk carry qisti sampai qisti boleh duduk tanpa support... hasilnye..


tah apesal la gambar sume senget/terbalik ni...

paperbag seibu.. org marhaen mcm aku ni bukan slalu dpt shopping kat seibu..

pilihan yg ada : original(3990yen), performance(5030yen) atau organic(5030yen). pilih yg paling murah iaitu original. nak pakai mungkin dlm 6 bulan je.

pandang belakang

gambar yg terbalik 180 darjah. taktau nak tebalikkan camane. malas nak godek. 

ergo baby carrier mmg famous kat jepun ni. kat jusco pun ada jual. kalu kat msia mmg tak jumpa jual kat kedai. kene beli kat spesific baby shop. zaman aku beli 2009 dlu dari thelilcaliph kot tak silap. lagi yg ada jual time tu tinytapir, n 1-2 kedai je lagi kot. skang ni mcm2 jenis dah ada kat msia tu. but lemme tell you wpon aku tak guna yg lelain tu, ergo baby is the best among them. kalu tak takkan femes gile kat jepun ni. left n right mommies yg carry anak2 pakai ergo baby. kat sini kat org byk travel guna public transport, so ergo baby ni sgt2 convenient n selesa. beli la woi aku rekomen.

mmg sgt2 berjasa ergo baby ni dari umar brapa bulan tah sampai la aku pregnant haritu.  kitorg punye ergo baby yg ini :

ergo baby organic cotton in dark chocolate 


wpon kaler ergo baby n infant insert tak brapa matching, takpe la.. bole la...

ok lah slamat hari raya utk semua.... bye...

Wednesday, August 15, 2012

Olympics Closing Ceremony

aku tak tengok pun.. masa semua org dok sibuk tengok lee chong wei n pandelela menang pingat, aku masih di hospital. xdpt nak join in sama2 semangat tengok. even closing ceremony pun tak tengok gak. tapi nak mention kat sini.. sbb nye antara group yg diberi penghormatan utk perform di closing ceremony ni adalah spice girls and take that. dua2 my all time favourite band. hubby kata, kan diorg ni dah tua. kenapa diorg yg perform, aku jawab dgn serba tahu nya, sbb takde lagi british act yg boleh menandingi kehebatan diorg ni. mungkin adele tu boleh la kot tapi dia single. tak sama dgn penangan group performance.. tengok take that especially, buat aku cari balik video2 lama diorg kat youtube, yg dulu siap beli kat speedy videos kat mines tu, hari2 tengok kat rumah... ni circa 1996-1998... zaman2 baru berkenalan n fall in love dgn hubby. hehehe.
n i can see why i was quite obsessed dgn take that ni. mmg best pun!! suara dlm konsert 80% sama mcm dlm album! sapa tak suka? bukan macam taylor swift. hehe.

itu je le berkaitan dgn closing ceremony., ingat zaman muda2 gila dgn artis2.. skang tobat dah.. takde suke gile2 mana lagu pun. lagu pun tak dengar.. tivi pun tak tengok. apa sumber entertainment kat sini?? hohoho stakat download drama /movie jer pastu tgk sama2 dgn hubby. itu pun habis dah masa.
ni tgh rilek ptg2 ni tunggu ayam siap bakar utk lunch.. org lain pose so kene pandai2 sendiri la nak makan. kesian lak nak suh mak masak utk aku yg tak pose ni. masak pun sonang2 je. blend bawang2 ape sume,lumur kat ayam, masuk oven, tunggu masak. sonang cito. umar pun leh makan sekali. malam2 mak+ayah masak sodap2... makan ramai2 mmg menyelerakan.

tu la, wpon mak ayah aku tak dtg, mak ayah n adik hubby ada mmg sgt menceriakan rumah ni. semua dok kelek Qisti. asyik kene peluk je. bertuah hang anak oi ramai orang sayang...

hubby pulak cuti sepanjang minggu sampai la hari raya ahad ni. mcm ni cuti raya beliau la, sempena natsu yasumi or summer holiday. masa umar dlu pun dia takda cuti panjang mcm ni kat msia. mmg best la dia ada je kat rumah. i told him, taknak dgr apa2 pasal keja for the rest of the week. sila spend as much time with the kids. sbb dah masuk keje esok, 6.30 dah keluar rumah, 8.30 baru sampai rumah balik.. dia pun nampak sungguh ceria sbb org2 kesayangan nya datang.. malam2 borak panjang dgn ayah dia padahal klu kat msia pun takde borak lama2 mcm ni. hehehe.

seboleh2 nya tanak la puji hubby melambung2 tapi i have to admit dia mmg sangat suka baby. kdg2 Qisti tidur dia boleh pi angkat kejut sbb dia nak main2 dgn anaknye tu. dlu dgn umar dia buat jugak, kene marah la dgn aku. now dah paham perangai dia, biarkan aje. kalu dia nangis, pandai la layan... he is so happy with the arrival of Qisti he even said to me masa Qisti baru lahir kat spital, [thank you, ibu, i hope for the same cooperation in the future..] aku agak konpius dgn ayat ni.. mcm beliau bg hint. i want to feel this happy again in the future. nak anak lagi ler tu..

dia taktau malam pertama kene bedah tu dlm gelap2 kat ward tu aku bercakap dlm hati [mama, sakit.. abah,sakit...] sbb drugs dari operation dah wore off n ubat drip tak cukup kuat. sampai panggil nurse tambah dose. haa dia tak tahu tu... tahu nye happy dpt baby.. yg kelaka nye lagi, aku takda pun sebut nama dia time sakit tu.. selawat, panggil mama abah ada ler. kenape ye.. bile pk2 balik, kalu aku cakap sakit kat tiga2 orang ni pun mereka akan bagi reply yg sama, [sabar la...] klu mak bapak aku cakap sabar la, aku boleh la sabar. klu hubby cakap sabar laa,, rasa mcm nak cakap balik, cuba rasa skali tengok.... wahahahaha!! sama jugak mcm lahir kat umar dulu. i dont think hubby understood my pain. i thought sbb time tu baru kawin. but skarang pun masih rasa, dia takkan paham. now i know why. nobody can understand your pain more than your parents yg melahirkan dan membesarkan kita. itu lah sebabnya kasih sayang depa tu dipanggil unconditional love. kasih sayang yg tiada sempadan.

i miss my mom. lagi2 dah dekat nak raya ni. pertama kali tak sambut raya dgn mama. wpon sebelum ni dah penah raya jerangau etc tapi slalunya a couple of days b4 raya ada lagi kat rumah.. buat kuih raya ke tlg masak ke. kiranya 4 tahun la akan beraya di perantauan. tahun ni ok la mak ayah ada dtg jaga baby skali. tahun depan?? huhuhuhu... bertabahlah yer.....

gambar2 Qisti klu nak tengok sila ke fb ye... hari2 aku letak gambar dia utk tatapan keluarga n kawan2 fb. kalu ada yg muak tu.. tak dapek den nak nolong. anak den jauh dari atuk opah sanak sodaro deh... kono la lotak byk2 kat fb tu bagi sumo dapat tengok. even my aunties pun ramai yg like n comment kat gambar2 n video Qisti. aku pk klu la ada kat bangi ni mesti diorg dah dtg lawat.. huhuhuhuhu..... i miss my aunties n relatives too.... kesimpulannya miss semua orang....

oklah til later. bye2.

Monday, August 13, 2012

Sebelum bercerita mengenai Qisti..

Banyak masa lagi utk bercerita ttg anakku yg baru lahir, insyaAllah. tapi post kali ni nak sebut ttg artikel yg ditulis oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yg aku baca dari website malaysiakini.

Masa duduk di hospital haritu, rasa tersangat lah susah nya utk suami dtg melawat sbb takde kereta. beliau berbasikal 6km utk ke hospital lawat aku. dah sah2 la tak boleh nak bawak umar. seminggu lebih tak jumpa umar masa di hospital. nak suruh adik ipar dtg bawak umar pun, dia tak brapa familiar dgn jalan. plus tambang yg mahal. sudahnya duduk la aku sorang2 dari hari selasa hingga ke jumaat. tapi hari rabu ada kawan dari u dtg. jadinye happy la haritu. depa dtg bawak hadiah,makanan, tangkap gambar, borak2 sampai habis waktu melawat. mmg terharu sungguh.
malam2 bila hubby dah habis keje, baru lah boleh ber-sms dgn beliau. nak call, kene bawak baby keluar dr ward ke lounge. sbb bilik kongsi 4 orang. tak dibenarkan call dalam ward. leceh nak angkat baby keluar, lampu pun tutup pukul 9 malam, so hanya mampu ber-sms saje. terasa sgt lonely nye dan ada waktu2 mmg tak boleh tahan. 
antara sms2 yg dihtr pada hubby semasa di hospital tu, ada yg aku sebut, 
[susahnye hidup kat sini..]
[sometimes rasa nak lari balik. Pedulikkan semua kat sini.] 

sekali dia pun cakap dia rasa yg sama. naik train pegi balik sendat mcm nak lemas. pressure performance keje.. 

terkejut jugak. sbb tak sangka he will admit it. but he said that he always knew that its gonna be tough. but he still decided that we should come here. n sbb kami ni muda lagi (wpon dah berada di digit terakhir utk 20-an..). plus he also said, ingat surah al-insyirah n movie pursuit of happiness. 

mmg bila kdg2 rasa hilang semangat i would think, fainna maal usri yusra, inna maal usri yusra. dua kali diulang ayat yg sama. jadi kene selalu ingat, bersama kesusahan tu ada kesenangan.

dan harini terbaca artikel tulisan dr asri di malaysiakini ni, (bosan dah baca gosip artis msia n hollywood...!), rasa baru ternampak balik cahaya kat sini. 

dulu sebelum pegi mmg rasa macam, i can do this!.. tapi bila sampai sini macam2 dugaan dihadapi, kadang2 goyah jugak keyakinan nak berjaya kat sini. tu yg cakap mcm nak lari balik rumah[bangi] tu. lagi2 masa sunyi kat sepital tu terimbau kembali kenangan berpantang kat rumah masa bersalinkan umar dulu. ada semua orang. hubby sibuk kerja pun tak apa. hidup sentiasa dikelilingi keluarga. but now hubby sibuk, tinggal lah kat rumah dgn umar. soon bertiga dgn umar n adiknye. 

org kata dlm pantang ni emosi mmg tak brapa stabil. a couple of days sebelum discharged, i called abah. cakap2 terus nangis. dgn abah sng sikit nak nangis banding dgn mama. ntah kenapa. sbb depan mama kene tunjuk kuat kot. klu tak kuat dia pulak susah hati. taknak dia susah hati so depan dia takleh nak nangis. cakap rindu, susah etc tu semua cakap jugak lah cuma emosi dikawal. dgn abah boleh nangis2 sikit lah.

but yg kelaka nye, cakap dgn mama n abah on different days. dgn dua2 org i said, [i wanna go home, even just for a while]. and both said the same thing to me, [duduk oversea mmg rasa macam tu..] iya lah. both of them studied in the us in the 70s for 4 years without coming home at all. so they know exactly how i am feeling. 

ok sedikit petikan dari artikel yg aku mention tu, 

[.., kembara sering membuat anda berfikir dan merenung kembali banyak perkara yang dilihat dan menilai banyak perkara yang dipegang.]

[Mereka meninggalkan kenikmatan hidup di tempat sendiri, bergantung kepada Allah untuk mencari ilmu. ]

[Doa golongan di atas (insan bermusafiran @ pengembara ilmu) mustajab kerana pergantungan perasaan yang bulat kepada Allah. Sudah pasti lebih susah kembara lebih khusyuk doa dan pergantungan kepada Allah. ]

Artikel ni sedikit sebanyak menaikkan semangat utk terus berjuang menimba ilmu di sini, walau sesusah mana pun kehidupan sehari2.

Aku ni pun masih diperingkat permulaan. baru selesai 1/7, ada 6/7 lagi utk ditempuhi. Doakan kejayaan kami disini.

Ok lah bye.

p/s: aku menulis camni bukan la tanda nya aku nak give up., blajar tak susah insyaAllah. life yg susah. sekadar nak mengingatkan diri sendiri, duduk tempat orang mmg memerlukan pengorbanan yg tinggi. ini pun ada keluarga bersama. cuba kalu dtg sorang.. yg ni mmg give up betul2 dah. balik menyorok dlm tempurung bangi lagi best..