Saturday, August 18, 2012

Ibu's delivery story and road to recovery

Ok this is going to be a long one. nak cerita ttg pengalaman bersalin di jepun dan juga keadaan dalam 'pantang' ni. Dari hari pertama operate sampai la hari ni, lebih kurang 2 minggu. supaya boleh dijadikan rujukan kalu dikurniakan rezeki beranak lagi di masa hadapan. sbb sekarang pun byk bukak balik catatan lama masa bersalinkan umar dulu. penting jugak buat perbandingan. mana lagi cepat recover, apa yg membezakan cepat ke lewat recover etc.

Day of admission into Machida Municipal Hospital (Thursday 02/08/2012)
Pagi ni hospital suruh datang kul 10.30. Tapi sbb malam tadi aku berjaga sampai 3 pagi menyiapkan makanan utk ditinggalkan utk hubby,umar, n adik hubby, pagi ni kul 10 baru semua orang bangun. Kul 11 masih bersiap2, hospital dah telepon. risau kot. depa taktau aku ni tawar hati je nak pegi. kene paksa bedah, tak bagi try vbac etc. wpon aku dah seakan2 redha, but subconsciously masih berat hati so automatically badan pun saja lengah2.. ye ke? tapi sbb letih pun ye jugak. mmg non stop sejak... sejak sampai sini bulan april haritu!

Sampai Hospital dlm kul 12 lebih. naik teksi wpon mahal. tak daya nak tuakr2 train. dlm taxi aku loya. motion sickness. like i said traffic kat tokyo ni macam tooot. traffic every 50-100m. asyik gerak berenti gerak berenti. aku loya je. umar siap muntah... terbaik.... padahal jarak dr rumah ke hospital 6km je. but it takes half an hour to reach the hospital. ngarut betul.

dah sampai, register, nurse terus bawak naik ke tingkat 5, iaitu wad bersalin. pastu rupenye doktor yg nak bedah aku tu dah tunggu. hohoho. dia tanya, can you speak english? turns out dia punya english very good. aku bajet dia dah pegi training ke blajar ke kat oversea. tak ramai japanese yg english bagus mcm dia. so dia pun terangkan la prosedur semua. mmg panjang lebar lagi renyah. dengar je la. tengok dah siap jadual dari hari kene admit sampai la hari keluar spital. dlm bhs jepun la tapi. aku tengok, pergh.... lama gile. banyak gile. hari apa boleh mandi, hari apa takleh makan, hari apa boleh bergerak, etc etc. sangat detailed. lepas doktor dah explained tu balik la ke ward.. depa dah siapkan lunch utk aku. aku makan lunch yg depa sediakan, hubby n umar pegi makan kat kafe hospital. lepas makan, diorg turun tengok aku, n i said, ok la gi lah balik... umar tgk aku tinggal kat spital pun mcm a bit konfius tapi ayah dia soh salam n kiss dia buat je. n lambai kat ibu sebelum berlalu... apa ek perasaan aku time ni.. takde perasaan. numb kan segala perasaan. kalu ikut hati, lari balik rumah, kemas beg, beli tiket air asia, terbang balik. so enough said la kan.
petang lepas umar n ayahnye balik tu, aku tido je.. catch up tido yg tak pernah cukup sejap start bulan puasa haritu. come to think of it, sejak dtg sini pun mmg tak penah dapat tido solid. sbb waktu subuh jam 3 pagi kan.
oh ada e-mail tak best jugak yg baru dpt ptg ni yg membuatkan aku upset. hii kalu ingat balik, rasa macam, how did i go through all that alone dkat hospital dgn besok dah nak kene belah perut?? i must be stronger than i thought.
malam tu kul 9 lampu pun tutup. berbalas2 sms dgn hubby, aku pun tido.....

Day of Delivery aka Day 1 (Friday 03/08/2012)
Pagi kul 6 dah bangun sbb depa bukak lampu kul 6. kul 8 breakfast dihantar ke katil. tapi aku tak de bfast sbb dah nak kene bedah en.. so keep sleeping je la. kejap2 nurse dtg suh salin pakai operation punya gown, suh pakai waist cover aka seluar dalam pembedahan, pastu doktor dtg, kenalkan doktor lagi sorang yg akan assist beliau dlm pembedahan. pastu kul 9.30 datang lagi kata, ok it is time.. kesimpulannya aku tak tido pun. just tutup mata je taktau nak buat apa. pk macam2 pun buat jadi nervous je.
bila doktor dah kata it is time tu, hubby gue tak muncul lagi. so i called him. suara mamai2, baru bangun tido.. masih kat rumah.. adeh.. the story of my life. hari nak kene bedah hubby terlajak tido. dia kata dah bangun kul 7 tunggu aku call tak call2 pastu dozed off.. takpe lah beliau pun pecut la naik beskal ke spital.. kesimpulannya berjalan la aku ke operation thatre di tingkat brapa tah, tanpa berjumpa hubby dahulu. mintak maaf kat telefon ja. perasaan time ni? masih numb... apa nurse n doktor suruh buat, aku buat je. depa keep asking, r u ok ru ok? aku jawab positif je. sakit tak? tak.. tapi mmg sepanjang operation takde sakit langsung, kecuali masa dia cucuk yg awal tu je. mmg operate tak sakit, nak recover tu yg sakit.
so pembedahan start dlm kul 10 pagi.. Baby keluar jam 10.38. I was awake the whole time. mmg sgt berdebar2 nak tunggu babys first cry, Alhamdulillah.. bila dengar tangisan Qisit for the first time rasa, wush.. lega..... pastu doktor 2 orang tu mula la menutup apa yg patut ditutup kat perut aku. masa nak keluarkan baby tu diorg tka borak pun. tapi masa nak jahit tu baru diorg rilek n borak2. doktor byk cakap jugak dgn aku sampai ada nurse tanya, doktor ni gaijin ke? selammba badak nurse tu tanya gitu. maksudnye dia tanya, doktor ni org asing ke ? sbb terer nye doktor tu cakap english. tapi doktor tu gelak2 je. aku mmg suka la kat dia. muda lagi, pandai cakap omputeh, very humble pada pandangan aku. oh tapi kedua2 doktor adalah lelaki ye. err tak nampak pun doktor pompuan kat level tu sebenarnya. tapi staff lain semua perempuan. nurse etc. so kalu ada lelaki kat ward tu mmg org tu adalah doktor. so takda la aku gatai nak tanya, takd tke doktor pompuan ke? byk songeh lak. mmg some ppl cringed when i mentioned, doktor lelaki. tapi dah tak boleh tidak kene bedah gak. takda pilihan lain.

sambil doktor tutup perut aku tu, depa pun tunjuk la baby kat aku. wah comel gile. lepas tu baby pun dibawa utk dibersihkan...
dah habis operate, depa pun angkat aku ramai2 dari katil bedah ke atas katil aku sendiri. dan dibawa balik ke ward. time ni dah kul 11 kot.

sampai ke ward, dlm 5 minit pastu hubby pun muncul dgn baby.. lama jugak la kan doktor nak tutup perut tu. hubby pulak rupanya dah sampai dlm 10.20, baby tak kluar lagi la time tu. time jumpa aku kat ward ni pun dah siap azan kat baby dah. orait... cakap2 sekejap dlm 15 minit. dia pun takleh dok lama sbb belum waktu melawat (3pm-7pm), so dia pun keluar, baby pun nurse bawak pegi utk check up. aku? tido la apa lagi. the whole time during the operation mcm nak doze off jugak tapi dah orang asyik tanya, ok tak sakit tak.. mmg tak leh. or issit diorg mmg nak keep me awake so they keep asking questions so that they know that im alert? dok tahu ler aku.....

kul 3 hubby dtg balik. dia siap balik rumah amik dokumen etc n dtg balik. dgn tak sahur nye. aku dgr pun hiii...... takde aku takjadi ape.... geram... tapi dlm keadaan tu, tka mampu nak marah atau upset. terpaksa biarkan saje, doa je, harap2 la semua ok sepanjang aku kat spital.

byk gile gambar qisti dia upload kat fb dia.. kelaka tengok. tp yg aku upload kat fb aku satu je hari pertama ni.. iaitu ini :


tengok sekali pun terdetik, berani laki aku pegang baby baru brapa jam lahir cenggini.. aduih la. aku pun tak berani. hoho.

xingat hubby stay smpi kul brapa. tapi aku suh balik cepat sbb teringat kat umar. wpon umar n hubby penah tinggalkan aku 2 minggu balik msia haritu, tapi tu lain. depa balik dgn ada family ramai leh tengokkan umar.. xde la aku risau sgt. kali ni aku yg meninggalkan diorg. thats y masa hari masuk hospital tu pun i insisted that we brought umar along. wpon diakui leceh jugak nak masuk spital sambil melayan umar yg mcm2 gaya. tapi at least dia tau aku kat mana. bukan la aku keluar pintu rumah n dia fikir, ibu pegi mana tak balik2? so bila tanya dia, ibu mana, dia kata, ibu tido kat hospital... good boy umar..

ok balik cerita asal..
time ptg harini sgt la lapar... drpd 9pm malam tadi takleh makan.minum pun minum air khas je yg sama function dgn drip. by ptg dah kelat gile tekak..... nurse cuma bagi berkumur je. nightmare sungguh.

malam ni baby tak tido dgn aku lagi. nak bangun pun takleh kan. tapi sakit nye tgh malam ni yaRabbi... tapi takde sakit mcm nak melayang nyawa macam masa lahirkan umar dulu. tgh malam kul 2 kot panggil nurse kata ittaii..... nurse pun pegi amik dose ubat, dia tambah kat drip. pastu baru la aku boleh tido sampai kul 6pagi.

Day 2 (Saturday 04/08/2012):
Hari Sabtu, hubby dtg sorang. xbawak umar. hari ni xleh makan n minum lagi. dinner baru boleh. so no bfast n lunch for me. seksa nya Allah je tahu.. haus gile tekak... 

nurse pun dtg htr baby.. try bagi susu, Alhamdulillah ada rezeki Qisti. awal lagi la dr umar. time umar dulu hari ke-4 baru ada susu. sebelum tu guna susu tepung je la.. takpe la apa nak buat. bukan bersalin normal. terus boleh menyusu. tapi dapat start menyusu qisti hari kedua ni pun dah rasa seronok sangat. wpon baru cuba2 tengok ada susu ke tidak. nurse dtg cek, tgk aku cuba nak bagi susu, dia pun cek la, ada ke tidak susunya.. tetengok ada.. aku pun terkejut. 

pagi ni nurse dtg ajak bangun. terkejut la aku, aik baru sehari dah suruh bangun? mmg takut. tapi nurse ajak, kene kuatkan badan jugak. ok try bangun. nak duduk pun tka boleh. pedih gile kat bawah. still can remember the pain. so tak berjaya. ptg bila hubby ada, nurse ajak lagi jalan. this time boleh duduk. tapi bila bangun, rasa mcm nak pitam.so baring la balik. nurse kata sbb hemoglobin dlm darah kurang. (just found out yesterday that i lost quite a lot of blood during the operation. tau pun sbb baca buku laporan bersalin semalam. 1 week lepas balik rumah. hoho.)
dahsyat gak rasa nak pitam tu. took me a while nak hilangkan rasa nak pitam tu. so kesimpulannya hari ni belum berjaya bangun.

hubby stayed for a couple of hours, pastu dia pun balik. aku mintak dia dtg bawak umar the next day, dah rindu sgt kat umar.

Malam ni baru la ada makanan dihidangkan kat aku. kul 6  rasa excited sgt sbb lapar giler.. sekali bila makanan sampai, bukak satu2 tengok.. semuanya air!! bubur yg dah ditapis amik air nye saje, sup rasa ikan, tah apa lagi tah. tapi semua air je lah. nak nangis wei........ hubby kata, ok takpe besok dia dtg bawak karipap.. huhuhuhuhu..... Malam ni baby masih tak tido dgn aku lagi.



Day 3 (Sunday 05/08/2012):
Pagi ni nurse ajak jalan lagi. tak berjaya jugak. kenape tah. sakit lagi kot. tapi one hour later dia dtg, ajak lagi, baru boleh. itu pun cuma jalan tak sampai 20 langkah nak ke toilet. nak sampai toilet, ok, tapi bile nak balik ke katil tu dah pedih. arghh.... ngilu bile teringat balik.

tghari tu hubby,umar n adik hubby pun dtg melawat... umar berpeluh2 dtg. aku tengok pun rasa tak puas hati. awat la berlengas sangat anak aku ni. sabo jer ler.
ekceli aku perasan satu perangai aku yg agak tka boleh belah, nobody can take care of my kids better than me. so org mcm aku ni sebenarnye tak sesuai nak tinggalkan anak utk org lain jaga. hatta suami sendiri pun. tu kdg2 naik angin jugak tgk camana hubby handle anak. itu baru hubby, belum atok nenek lagi.. or cikgu kat skolah! tapi keraskan hati jugak. pk, takpe, biar la org lain jaga tak memuaskan hati. aku pastikan anak ni tetap ada depan mata aku malam2, time tido, time pagi.. n on weekends. make them know that, the world out there might not be so nice, but u can assure that u will always feel happy when ur home.

hari ni hubby dtg bawak karipap.. aku pun bantai la makan sbb makanan spital sodih sgt. hari ni pagi dapat la bubur yg ada nasik wpon still cair. tghari bubur lagi but then again keras sikit dari bagi. its getting better n better, but still takleh lawan karipap. biar la tak berak lagi pun sejak operate, tetap ku bantai jugak karipap tu. huhu.

pastu dlm kul 5 lebih depa pun balik...

malam ni Qisti pun dah start tido dgn aku dah. sbb dah boleh bangun ke toilet etc. mula2 panik gak sbb umar dlu masa kat spital mmg xtido dgn aku pun. so the whole 3 nights kat annur tu mmg tido nursery. pastu the whole 3 nights hubby boleh dtg tido di spital sbb bilik sorang. terbalik dgn kat sini, dah sah2 la hubby takleh tido spital, time operate pun hubby tak boleh ada.. mujur la dah ada pengalaman bersalin, kalu 1st baby kene lalui mcm ni.. taktau lah.

Alhamdulillah, Qisti is an easy baby. Mama slalu puji umar sng jaga. but seeing Qisti, i would say qisti lg senang. atau sbb dah ada pengalaman. plus since Qisti ni girl, naturally minum susu lagi kurang dr umar. n menangis pun tak selantang umar. or maybe sbb masa umar dlu aku tak paham apa yg dia nak?? both my mom n mil pulak dua2 umar tu la cucu pertama, kat rumah dah lama tak ada baby. diorg pun mcm blur jugak seriously. pantang baby menangis, terus kata, nak susu ni nak susu ni. aku yg jadi bengang, padahal baby baru minum. baru salin pampers.
bila datang Qisti ni rasa bersalah betul kat umar dulu, brapa banyak kali tak paham bila dia nangis.  brapa byk kali dgr dia menangis kuat2 n didnt know what to do. padahal senang je nak figure out baby ni. maafkan ibu umar.... huhuhuhu.




No comments: