Wednesday, August 15, 2012

Olympics Closing Ceremony

aku tak tengok pun.. masa semua org dok sibuk tengok lee chong wei n pandelela menang pingat, aku masih di hospital. xdpt nak join in sama2 semangat tengok. even closing ceremony pun tak tengok gak. tapi nak mention kat sini.. sbb nye antara group yg diberi penghormatan utk perform di closing ceremony ni adalah spice girls and take that. dua2 my all time favourite band. hubby kata, kan diorg ni dah tua. kenapa diorg yg perform, aku jawab dgn serba tahu nya, sbb takde lagi british act yg boleh menandingi kehebatan diorg ni. mungkin adele tu boleh la kot tapi dia single. tak sama dgn penangan group performance.. tengok take that especially, buat aku cari balik video2 lama diorg kat youtube, yg dulu siap beli kat speedy videos kat mines tu, hari2 tengok kat rumah... ni circa 1996-1998... zaman2 baru berkenalan n fall in love dgn hubby. hehehe.
n i can see why i was quite obsessed dgn take that ni. mmg best pun!! suara dlm konsert 80% sama mcm dlm album! sapa tak suka? bukan macam taylor swift. hehe.

itu je le berkaitan dgn closing ceremony., ingat zaman muda2 gila dgn artis2.. skang tobat dah.. takde suke gile2 mana lagu pun. lagu pun tak dengar.. tivi pun tak tengok. apa sumber entertainment kat sini?? hohoho stakat download drama /movie jer pastu tgk sama2 dgn hubby. itu pun habis dah masa.
ni tgh rilek ptg2 ni tunggu ayam siap bakar utk lunch.. org lain pose so kene pandai2 sendiri la nak makan. kesian lak nak suh mak masak utk aku yg tak pose ni. masak pun sonang2 je. blend bawang2 ape sume,lumur kat ayam, masuk oven, tunggu masak. sonang cito. umar pun leh makan sekali. malam2 mak+ayah masak sodap2... makan ramai2 mmg menyelerakan.

tu la, wpon mak ayah aku tak dtg, mak ayah n adik hubby ada mmg sgt menceriakan rumah ni. semua dok kelek Qisti. asyik kene peluk je. bertuah hang anak oi ramai orang sayang...

hubby pulak cuti sepanjang minggu sampai la hari raya ahad ni. mcm ni cuti raya beliau la, sempena natsu yasumi or summer holiday. masa umar dlu pun dia takda cuti panjang mcm ni kat msia. mmg best la dia ada je kat rumah. i told him, taknak dgr apa2 pasal keja for the rest of the week. sila spend as much time with the kids. sbb dah masuk keje esok, 6.30 dah keluar rumah, 8.30 baru sampai rumah balik.. dia pun nampak sungguh ceria sbb org2 kesayangan nya datang.. malam2 borak panjang dgn ayah dia padahal klu kat msia pun takde borak lama2 mcm ni. hehehe.

seboleh2 nya tanak la puji hubby melambung2 tapi i have to admit dia mmg sangat suka baby. kdg2 Qisti tidur dia boleh pi angkat kejut sbb dia nak main2 dgn anaknye tu. dlu dgn umar dia buat jugak, kene marah la dgn aku. now dah paham perangai dia, biarkan aje. kalu dia nangis, pandai la layan... he is so happy with the arrival of Qisti he even said to me masa Qisti baru lahir kat spital, [thank you, ibu, i hope for the same cooperation in the future..] aku agak konpius dgn ayat ni.. mcm beliau bg hint. i want to feel this happy again in the future. nak anak lagi ler tu..

dia taktau malam pertama kene bedah tu dlm gelap2 kat ward tu aku bercakap dlm hati [mama, sakit.. abah,sakit...] sbb drugs dari operation dah wore off n ubat drip tak cukup kuat. sampai panggil nurse tambah dose. haa dia tak tahu tu... tahu nye happy dpt baby.. yg kelaka nye lagi, aku takda pun sebut nama dia time sakit tu.. selawat, panggil mama abah ada ler. kenape ye.. bile pk2 balik, kalu aku cakap sakit kat tiga2 orang ni pun mereka akan bagi reply yg sama, [sabar la...] klu mak bapak aku cakap sabar la, aku boleh la sabar. klu hubby cakap sabar laa,, rasa mcm nak cakap balik, cuba rasa skali tengok.... wahahahaha!! sama jugak mcm lahir kat umar dulu. i dont think hubby understood my pain. i thought sbb time tu baru kawin. but skarang pun masih rasa, dia takkan paham. now i know why. nobody can understand your pain more than your parents yg melahirkan dan membesarkan kita. itu lah sebabnya kasih sayang depa tu dipanggil unconditional love. kasih sayang yg tiada sempadan.

i miss my mom. lagi2 dah dekat nak raya ni. pertama kali tak sambut raya dgn mama. wpon sebelum ni dah penah raya jerangau etc tapi slalunya a couple of days b4 raya ada lagi kat rumah.. buat kuih raya ke tlg masak ke. kiranya 4 tahun la akan beraya di perantauan. tahun ni ok la mak ayah ada dtg jaga baby skali. tahun depan?? huhuhuhu... bertabahlah yer.....

gambar2 Qisti klu nak tengok sila ke fb ye... hari2 aku letak gambar dia utk tatapan keluarga n kawan2 fb. kalu ada yg muak tu.. tak dapek den nak nolong. anak den jauh dari atuk opah sanak sodaro deh... kono la lotak byk2 kat fb tu bagi sumo dapat tengok. even my aunties pun ramai yg like n comment kat gambar2 n video Qisti. aku pk klu la ada kat bangi ni mesti diorg dah dtg lawat.. huhuhuhuhu..... i miss my aunties n relatives too.... kesimpulannya miss semua orang....

oklah til later. bye2.

1 comment:

mama_umar_maryam said...

alorrr....sape2pon kt tmpt u mmg akan tepek gmbr anak2 byk2..mmg your families tertgu2...bile dh jauh..kite akan hargai family kite teramat2 :)