Monday, August 13, 2012

Sebelum bercerita mengenai Qisti..

Banyak masa lagi utk bercerita ttg anakku yg baru lahir, insyaAllah. tapi post kali ni nak sebut ttg artikel yg ditulis oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yg aku baca dari website malaysiakini.

Masa duduk di hospital haritu, rasa tersangat lah susah nya utk suami dtg melawat sbb takde kereta. beliau berbasikal 6km utk ke hospital lawat aku. dah sah2 la tak boleh nak bawak umar. seminggu lebih tak jumpa umar masa di hospital. nak suruh adik ipar dtg bawak umar pun, dia tak brapa familiar dgn jalan. plus tambang yg mahal. sudahnya duduk la aku sorang2 dari hari selasa hingga ke jumaat. tapi hari rabu ada kawan dari u dtg. jadinye happy la haritu. depa dtg bawak hadiah,makanan, tangkap gambar, borak2 sampai habis waktu melawat. mmg terharu sungguh.
malam2 bila hubby dah habis keje, baru lah boleh ber-sms dgn beliau. nak call, kene bawak baby keluar dr ward ke lounge. sbb bilik kongsi 4 orang. tak dibenarkan call dalam ward. leceh nak angkat baby keluar, lampu pun tutup pukul 9 malam, so hanya mampu ber-sms saje. terasa sgt lonely nye dan ada waktu2 mmg tak boleh tahan. 
antara sms2 yg dihtr pada hubby semasa di hospital tu, ada yg aku sebut, 
[susahnye hidup kat sini..]
[sometimes rasa nak lari balik. Pedulikkan semua kat sini.] 

sekali dia pun cakap dia rasa yg sama. naik train pegi balik sendat mcm nak lemas. pressure performance keje.. 

terkejut jugak. sbb tak sangka he will admit it. but he said that he always knew that its gonna be tough. but he still decided that we should come here. n sbb kami ni muda lagi (wpon dah berada di digit terakhir utk 20-an..). plus he also said, ingat surah al-insyirah n movie pursuit of happiness. 

mmg bila kdg2 rasa hilang semangat i would think, fainna maal usri yusra, inna maal usri yusra. dua kali diulang ayat yg sama. jadi kene selalu ingat, bersama kesusahan tu ada kesenangan.

dan harini terbaca artikel tulisan dr asri di malaysiakini ni, (bosan dah baca gosip artis msia n hollywood...!), rasa baru ternampak balik cahaya kat sini. 

dulu sebelum pegi mmg rasa macam, i can do this!.. tapi bila sampai sini macam2 dugaan dihadapi, kadang2 goyah jugak keyakinan nak berjaya kat sini. tu yg cakap mcm nak lari balik rumah[bangi] tu. lagi2 masa sunyi kat sepital tu terimbau kembali kenangan berpantang kat rumah masa bersalinkan umar dulu. ada semua orang. hubby sibuk kerja pun tak apa. hidup sentiasa dikelilingi keluarga. but now hubby sibuk, tinggal lah kat rumah dgn umar. soon bertiga dgn umar n adiknye. 

org kata dlm pantang ni emosi mmg tak brapa stabil. a couple of days sebelum discharged, i called abah. cakap2 terus nangis. dgn abah sng sikit nak nangis banding dgn mama. ntah kenapa. sbb depan mama kene tunjuk kuat kot. klu tak kuat dia pulak susah hati. taknak dia susah hati so depan dia takleh nak nangis. cakap rindu, susah etc tu semua cakap jugak lah cuma emosi dikawal. dgn abah boleh nangis2 sikit lah.

but yg kelaka nye, cakap dgn mama n abah on different days. dgn dua2 org i said, [i wanna go home, even just for a while]. and both said the same thing to me, [duduk oversea mmg rasa macam tu..] iya lah. both of them studied in the us in the 70s for 4 years without coming home at all. so they know exactly how i am feeling. 

ok sedikit petikan dari artikel yg aku mention tu, 

[.., kembara sering membuat anda berfikir dan merenung kembali banyak perkara yang dilihat dan menilai banyak perkara yang dipegang.]

[Mereka meninggalkan kenikmatan hidup di tempat sendiri, bergantung kepada Allah untuk mencari ilmu. ]

[Doa golongan di atas (insan bermusafiran @ pengembara ilmu) mustajab kerana pergantungan perasaan yang bulat kepada Allah. Sudah pasti lebih susah kembara lebih khusyuk doa dan pergantungan kepada Allah. ]

Artikel ni sedikit sebanyak menaikkan semangat utk terus berjuang menimba ilmu di sini, walau sesusah mana pun kehidupan sehari2.

Aku ni pun masih diperingkat permulaan. baru selesai 1/7, ada 6/7 lagi utk ditempuhi. Doakan kejayaan kami disini.

Ok lah bye.

p/s: aku menulis camni bukan la tanda nya aku nak give up., blajar tak susah insyaAllah. life yg susah. sekadar nak mengingatkan diri sendiri, duduk tempat orang mmg memerlukan pengorbanan yg tinggi. ini pun ada keluarga bersama. cuba kalu dtg sorang.. yg ni mmg give up betul2 dah. balik menyorok dlm tempurung bangi lagi best..

No comments: