Friday, August 17, 2012

Untuk baby Qisti

Semalam kami segerombolan telah pergi ke Embassy of Malaysia in Tokyo untuk mendaftarkan kelahiran adik Qisti dan pertanyaan ttg passport beliau.
Alhamdulillah, berjalan lancar, wpon ada dokumen tak lengkap. hubby yg takmau aku naik hangin tak bgtau pun ada dokumen xlengkap. tau2 harini nak pos surat ke embassy utk pos dokumen yg tak lengkap tu. pandai je.. tapi klu aku tau smalam mmg aku ngamuk dah. semua benda buat last minit. bazir 1 jam nak fotostat semua dokumen n print gambar qisti, walhal waktu nak daftar 9-12 jer. klu ikut time, mmg dah tutup dah kaunter. mujur la depa panggil jugak org2 yg amik nombor sebelum jam 12 pon waktu nombor dipanggil dah lepas jam 12. gambar passport qisti pulak mcm terlebih besar pun buat aku hangin jugak. macam2 lah hanginb kesimpulannya smalam.

tapi dlm hangin2 tu boleh jugak bawak mak ayah jalan2 sekitar tokyo esp shibuya. sebenarnye sempat round shibuya je. nak balik kejar solat asar n buka pose n pulangkan stepwgn sebelum jam 8 malam.

tiap2 kali sewa keta mesti haku tenson. tokyo ni jam mmg melewatkan urusan. pastu kalu dah berurusan dgn pejabat kerajaan depa.. hadui lagi la lembab. renyah sangat. laju sket takleh ke. cekap tapi renyah pun  jadi lembab jugak. kul 3 baru urusan kat embassy selesai. tinggal 2 jam je nak jalan b4 rushing balik rumah.

tgh tunggu rezeki dtg bergolek nak beli kereta. doa2 la utk kami yer. ekceli ada kereta pun bukannya boleh bawak gi skolah.. tapi klu ada tu mudah la nak pegi beli barang, buat urusan2 penting.. yg utama skali takyah bayar 13-17k setiap kali nak guna kereta. gile mahal!! 10 kali sewa kereta dah boleh beli kereta sebijik.(kot)

bos hubby nak datang 24hb ni.. i mean bos beliau dimsia yg beliau tinggalkan utk ikut bininye dtg ke tokyo. now bos lain dah la wpon masih company yg sama. jadi nye bos msia tu risaukan ayam tmabatannye di tokyo ni.. nak dtg tengok how he is doing in tokyo. siap tanya, ada apa2 barang nak pesan tak? kalu ada barang2 yg boleh beli kat midvalley tu boleh je dia belikan. nak je aku cakap, bawak midvalley datang kat aku boleh?? kalu takleh, nak pesan pun takde mood. camana nak kata, ok kanda-san, tlg masuk jusco pegi tingkat 2, gi kat tpt baju baby, jenama babykiko, anakku n pigeon, belikan set baju siang n baju tido utk girls. boleh ke pakcik tu buat? me dont think so....

ok la malas nak cakap banyak2. smalam dah alang2 gi embassy kat shibuya tu, mak ayah pi beli kasut boots n sandals kat crocs (crocs msia takde boot okeh. bapak mertua ku nak pi pasar kat jerangau pakai boot crocs, dia kata baru nampak macam petani...)


lalu depan seibu, aku ajak pulak hubby pi beli infant insert utk ergo baby carrier. utk carry qisti sampai qisti boleh duduk tanpa support... hasilnye..


tah apesal la gambar sume senget/terbalik ni...

paperbag seibu.. org marhaen mcm aku ni bukan slalu dpt shopping kat seibu..

pilihan yg ada : original(3990yen), performance(5030yen) atau organic(5030yen). pilih yg paling murah iaitu original. nak pakai mungkin dlm 6 bulan je.

pandang belakang

gambar yg terbalik 180 darjah. taktau nak tebalikkan camane. malas nak godek. 

ergo baby carrier mmg famous kat jepun ni. kat jusco pun ada jual. kalu kat msia mmg tak jumpa jual kat kedai. kene beli kat spesific baby shop. zaman aku beli 2009 dlu dari thelilcaliph kot tak silap. lagi yg ada jual time tu tinytapir, n 1-2 kedai je lagi kot. skang ni mcm2 jenis dah ada kat msia tu. but lemme tell you wpon aku tak guna yg lelain tu, ergo baby is the best among them. kalu tak takkan femes gile kat jepun ni. left n right mommies yg carry anak2 pakai ergo baby. kat sini kat org byk travel guna public transport, so ergo baby ni sgt2 convenient n selesa. beli la woi aku rekomen.

mmg sgt2 berjasa ergo baby ni dari umar brapa bulan tah sampai la aku pregnant haritu.  kitorg punye ergo baby yg ini :

ergo baby organic cotton in dark chocolate 


wpon kaler ergo baby n infant insert tak brapa matching, takpe la.. bole la...

ok lah slamat hari raya utk semua.... bye...

No comments: