Friday, October 19, 2012

kebergantungan

aku rasa, sejak datang ke bumi jepun ni, tahap kebergantungan aku pada suami adalah sangat tinggi. nak buat urusan remeh seperti daftar kad shopping kat supermarket pun perlu bantuan beliau. nak burn dvd kat pc toshiba ni pun kene kejut beliau bangun dari tidur. kalu kat mesia?? bye2 pegi la hang keja sana aku leh buat kad jusco sendiri, burn cd? heleh.. pi buat pasport anak2, buat visa, pegi check up kat spital etc etc. pendek kata bole survive la kat msia nun kalu suami kene pegi outstesen ke jakarta berbulan2 tu..
kat sini.. anak sakit pun aduiyaii... tunggu la bapaknye boleh cuti.. kalu tak alamatnye selesema pun baik sendiri tak sempat nak bawak gi klinik..

now mujur la aku dah bole drive. mmg le aku bole drive dari dlu lagi tapi haritu masa mula2 dtg kami pk, ah dok tokyo mmg takkan guna kereta.so suami je la buat international driving license, sudahnya bila dtg sini. aiyak mmg la tokyo tapi ceruk tokyo mana kitorg tercampak ni. supermarket plg dekat pun 1km. kalu nak yg dekat lagi kene naik train. dari rumah 350m ke train station. pastu berenti la kat station yg ada supermarket yg melekat dgn station tu. kene bayar tiket train la pulak. pastu mak ayah adik2 dtg kesian takleh bwk gi jalan sbb takde kereta. naik tren sikit2 je tempat boleh sampai. so aku balik haritu pi buat international license.. balik sini berdebar2 jugak nak drive. rules dia tak sama kan. tapi sbb dah terpaksa numb kan hati seperti biasa, n buat je. sedar2 dah terer dah drive keta kat jopun.

haritu masa balik sini dari msia, mmg desperate nak kereta, desperate nak baby sitter utk qisti sementara aku pegi seminar kat uni. tetengok ada la kakak yg sanggup jaga qisti ni. rumah depa pulak dlm 4km dari sini. n entah apa rezeki diorg beli kereta baru n nak let go kereta lama. depa juai la kat kami dgn harga yg sungguh nominal. jadi dapat la keta sebijik utk aku drive umar ke sekolah n qisti ke rumah kakak yg tolong jaga ni. rasa dipermudahkan urusan.. umar pun sbb dah ada kereta dia pun takde perangai malas nak gi skolah. dulu masa sebelum bersalinkan qisti ni ya Rabbi... kdg2 penah aku dah siap pakai baju nak pegi kelas bahasa tu, boleh sambung tido sbb umar taknak bangun. dahsyat betul waktu tu. ekceli skang pun dahsyat jugak lagi tapi lain pulak dahsyat nye. sejak jejak kaki ke bumi jepun ni mmg penuh pancaroba la hidup kami. sabar sabar... 3 tahun je lagi... sabar......

ok nak pegi baca2 lagi.. baca baca baca... bye2...

Wednesday, October 17, 2012

precise sungguh pangolin ini


maka bermula lah... perjalanan phd ku.. (benda kat atas ni bukan aku buat. aku cuma nak 'kerja'kan je..)
ekceli lama dah mula. sejak jejak kaki ke bumi jepun ni april lalu. tapi 2 minggu lepas baru daftar jadi doctoral student. so secara rasminye aku kini sudah bergelar D1 student. iaitu doctoral student year 1. bukan lagi research student seperti sebelum ni. stipend pun naik sikit la.tak byk 80hengget jer.
cabaran masih banyak n most of the time rasa tak tertanggung. but theres no turning back. hadap je lah sampai habis.

bbrp lagi berita gembira ..

fellowship iium.. betambah la sikit duit kat sini. sangat ditunggu2 kerana nak membayar yuran skolah anak2 yg berjumlah 90k yen or RM3600 sebulan.. elaun uia nak bagi pun tak tau lah sebanyak ni atau kurang atau lebih.. (>_<;) 

gi disneyland di hujung sept lepas balik dari msia. sempena adanye adik hubby aka pakteh umar. 3 org dewasa nak jaga 2 org budak tu berbaloi la pegi disneyland. kalu kami berempat je malas nak pi... bayar kat rm600 utk 3 adults (kids under 4yo free admission). tapi kul 12 baru masuk gate disneyland. sbb sibuk sightseeing kat tokyo station, pastu dah sampai depan gate lunch n solat dulu.. and kul 4.15 masa tengah2 parade halloween dah kena berlari balik sebab taufan dah tiba. nasihat hubby, jgn pandang rendah pengaruh cuaca kat negara ni.. kalu kat mesia tu hujan lebat2 pun slalunya 2 jam habis. sini jgn buat main.. baru aku tau.. maafkan daku wahai hubby. wpun train dah sampai kat stesen kat rumah, aku gatai nak pi makan soba.. nak naik balik train patah balik ke stesen kat rumah tengok2 train dah stop. terpaksa beratur 2 jam tunggu teksi dlm taufan. dahsyat betul pengalaman hari ni. 

ok dah nak baca buku. what can i say. im on a roll. n im gonna keep rollin until i get that scrollin.. hoh hoh hoh.