Friday, October 19, 2012

kebergantungan

aku rasa, sejak datang ke bumi jepun ni, tahap kebergantungan aku pada suami adalah sangat tinggi. nak buat urusan remeh seperti daftar kad shopping kat supermarket pun perlu bantuan beliau. nak burn dvd kat pc toshiba ni pun kene kejut beliau bangun dari tidur. kalu kat mesia?? bye2 pegi la hang keja sana aku leh buat kad jusco sendiri, burn cd? heleh.. pi buat pasport anak2, buat visa, pegi check up kat spital etc etc. pendek kata bole survive la kat msia nun kalu suami kene pegi outstesen ke jakarta berbulan2 tu..
kat sini.. anak sakit pun aduiyaii... tunggu la bapaknye boleh cuti.. kalu tak alamatnye selesema pun baik sendiri tak sempat nak bawak gi klinik..

now mujur la aku dah bole drive. mmg le aku bole drive dari dlu lagi tapi haritu masa mula2 dtg kami pk, ah dok tokyo mmg takkan guna kereta.so suami je la buat international driving license, sudahnya bila dtg sini. aiyak mmg la tokyo tapi ceruk tokyo mana kitorg tercampak ni. supermarket plg dekat pun 1km. kalu nak yg dekat lagi kene naik train. dari rumah 350m ke train station. pastu berenti la kat station yg ada supermarket yg melekat dgn station tu. kene bayar tiket train la pulak. pastu mak ayah adik2 dtg kesian takleh bwk gi jalan sbb takde kereta. naik tren sikit2 je tempat boleh sampai. so aku balik haritu pi buat international license.. balik sini berdebar2 jugak nak drive. rules dia tak sama kan. tapi sbb dah terpaksa numb kan hati seperti biasa, n buat je. sedar2 dah terer dah drive keta kat jopun.

haritu masa balik sini dari msia, mmg desperate nak kereta, desperate nak baby sitter utk qisti sementara aku pegi seminar kat uni. tetengok ada la kakak yg sanggup jaga qisti ni. rumah depa pulak dlm 4km dari sini. n entah apa rezeki diorg beli kereta baru n nak let go kereta lama. depa juai la kat kami dgn harga yg sungguh nominal. jadi dapat la keta sebijik utk aku drive umar ke sekolah n qisti ke rumah kakak yg tolong jaga ni. rasa dipermudahkan urusan.. umar pun sbb dah ada kereta dia pun takde perangai malas nak gi skolah. dulu masa sebelum bersalinkan qisti ni ya Rabbi... kdg2 penah aku dah siap pakai baju nak pegi kelas bahasa tu, boleh sambung tido sbb umar taknak bangun. dahsyat betul waktu tu. ekceli skang pun dahsyat jugak lagi tapi lain pulak dahsyat nye. sejak jejak kaki ke bumi jepun ni mmg penuh pancaroba la hidup kami. sabar sabar... 3 tahun je lagi... sabar......

ok nak pegi baca2 lagi.. baca baca baca... bye2...

No comments: