Saturday, December 01, 2012

bila nak mula serius?

mujok la aku tarik balik post haritu.. ada le pulak makhluk Allah cube nak translet guna pakcik google ke bhs jopun... menyibuk betul.
kakak ku telah pun selamat melahirkan anak kedua beliau malam jumaat lepas. bertambah la cucu atok zol n opah zan menjadi 4 orang setakat ni. Alhamdulillah murah rezeki..
aku ni mesti kena selalu ingatkan diri sendiri.. rezeki Allah dtgkan dlm mcm2 bentuk, dugaan juga dlm mcm2 bentuk. jadi kene sabar makin byk sabar.
mujur lah suami sgt memahami. aku ni kdg2 perangai mmg mencabar kesabaran. tapi dia rilek je.
ni baru aku, tak cerita umar lagi. kami pegi ke yokohama port tadi. nak tengok red brick warehouse kat tepi laut yg byk bot2 n ada kapal besar venus cruise ke apetah.. si umar ni nampak ada org beratur nak naik bot. so dia pun nak jugak. aku agak dia ingat gi disneyland haritu kami naik bot best. driver bot buat lawak umar gelak paling kuat sekali. tu yg dia nak naik bot jugak kat sini tu kot. tapi hari dah nak gelap n mmg xde plan pun nak naik bot. angin sejuk gile aku amik wudhuk nak solat maghrib kul 4.20 pun sampai rasa kebas muka ni. kami masuk kereta umar jerit sampai nak keluar anak tekak. very scary i tell u. tgk dia mengamuk teringat kat diri sendiri. camana lah mama abah handle perangai kitorg adik beradik dulu. masing2 pelbagai kerenah. now anak sendiri pulak buat kat aku.
mengamuk2 sampai terlelap. balik pulak jalam jem. jarak yokohama port ni dari rumah tak sampai 20 km pun. tapi nak balik 2jam lebih baru sampai. the downside of living in tokyo. jem semedang.

now semua orang dah tido. dlu2 slalu stay up lepas org dah tido. skarang tak mampu lagi. anak2 tido slalu nya aku pun dah flat. hari ni ada tenaga sket sbb dah tido dlm jem tadi.. kihkihkih. boleh la aku lipat kain sambil tonton drama2 download minggu ini. di balik window blogger ni ada 2 window study. 1 pdf buku utk dibaca. tapi mmg susah sangat nak bukak window2 tersebut. kalau bukak pun tengok tak smapai 5 minit pastu ralit balik ke window2 yg lagha ini.

apasal susah sangat ye? brapa kali dah mengeluh. plan mcm2. tindakannye, hampeh. dah 2 bulan dah aku officially start phd ni. unofficially, sejak april. tapi hasil.. erghh segan nak cakap.

last thursday masa seminar di uni, aku seperti biasa time seminar baru tunjuk muka. kalu tak, dok umah je lah. konon nak stadi kat rumah. tapi spt ku katakan. window2 study ada utk sedapkan hati je. bukak nye tidak. sedar2 dah tiba masa nak pi amik anak2 dr nursery. kenapakah begini??

anyways balik ke kisah seminar. seminar utk ahli lab di tingkat 2. lab kami di tingkat 9. aku sampai on time. tapi kene naik lab dlu amik buku. org lain dah turun pegi seminar dah. masa nak turun dari amik buku, terserempak dgn asst. prof. masa aku baru datang dlu beliau cakap omputeh dgn aku. lepas tu takde dah cakap dgn beliau. aku pun takde apa2 nak tanya. sbb tak stat apa2 lagi kan (heh). tapi masa terserempak tu. dia cakap nihongo dgn aku. sihat ke. husband keje ke. anak nama ape. anak hantar nursery ke. prof cakap dlm seminar paham ke. takde sebutir english pun keluar dr mulut dia. tp yg kelaka nye, dia guna bahasa jepun yg simple gile mmg aku paham la. wpon xpaham sebijik2 tapi dpt tangkap perkataan2 yg dia guna n i can guess what shes talking about. pastu bole kata nihongo aku dah bagus. hehe. walhal aku rasa in daily conversation org jepun tak guna pun ayat2 macam tu. tapi bila dia kata dahbagus tu aku hepi laa.

honestly. i took me this long. 8 months. nak baca nihongo laju2. itu pun kanji masih lemah. dalam 2000 kanji biasa digunakan, yg aku hapal mungkin.. 10? yg aku tau maksud dia la. dlu masa amik intensive course belajar dlm 100 lebih tapi belajar tanpa amal mana nak ingat ye dak?

listening masih poor. speaking lagi la hampeh. but its ok. i know im moving forward. bukan aku taknak belajar langsung. tapi aku percaya, it takes time. n i dont wanna force myself to hapal anything. like i said, ilmu tanpa amal. ibarat? pokok tak berbuah? ada ke peribahasa tu? anyways.

aku taktau la speed aku nak sesuaikan diri ni laju atau pelahan but i know im making progress. lama2 ni baru paham kenapa diorg ni perangai macam ni, kenapa keadaan negara ni macam ni.
makin hari makin boleh accept keadaan di sini. cuma aku selalu tak puas hati bila org nak suh aku cepat2 adapt. cepat2 settle down, cepat2 buat research.
depa taktau pressure aku dok kat sini. bukannya ada orang nak tolong. so biar lah aku ikut pace aku sendiri. toksah nak paksa2 okey.

lagi satu pasal bahasa ni. dlu masa mula2 sampai semua orang try cakap english dgn aku. lama2. diorg expect aku dah paham nihongo rupa2nya depa ni mmg tak suka cakap english. or mmg elak nak communicate dlm english. aku cite kat suami pasal ni. aku kata, rupa2nye belakon je awal2 dulu. rupanya semua tak suka cakap english n we are expected to learn japanese asap.

sampai kan yg awal2 dlu mesra jadi tak cakap dah dgn aku sbb dah taktau nak cakap apa dlm english agaknya.. relaks la wei.. jom la cakap english..... bukannya susah pon. korg nak ajak aku cakap jepun. aku ajak korang cakap omputeh korang berat mulut lak en. tu baru cakap. belum tulis lagi.. camana nak publish paper kalu nak cakap english pon takleh@taksuka?? upah translator ke...

ok lah nak paksa diri baca buku... bye2....

Tambahan: lepas baca buku ie thesis lab alumni, skang br phm dlm 20-30%. Masa br pinjam dr sensei dlu(5months ago)xpaham stabuk!!